Beli Baju Raya 2023 di Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf Cawangan Bertam, Penang

Beli Baju Raya 2023 di Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf Cawangan Bertam, Penang | Hasthtag #beliawaitakkalut memang dah lama Marsha amalkan. Sebab dah pernah kena tak ingat tahun bila nak beli masa pertengahan puasa warna & saiz dah OOS. Haa….orang perak kata mangkorr…hihi

Semenjak itu, Marsha memang akan pastikan baju raya satu keluarga dah setel sebelum Ramadan. Jadi bulan Ramadan tu tak kalut nak cari baju raya dan boleh fokus dengan ibadah puasa. Sebab tu last year bila #rayamengejut kami tak terkesan sebab baju raya dah setel awal-awal…hihihi.





Beli Baju Raya 2023 di Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf Cawangan Bertam, Penang


 
Mesti korang kenal kan Imam Muda Asyraf , Juara Imam Muda Musim 1? Butik Aisy Asyraf ini adalah milik beliau. Jenama Aisy Asyraf adalah diilhamkan bersempena nama Imam Muda Asyraf (Juara Imam Muda Musim 1) yang digabungkan dengan nama anak beliau iaitu Aisy Raihan. Niat beliau untuk memperkenalkan fesyen lelaki kontemporari dengan rekaan moden & terkini mengikut peredaran masa tetapi tetap mengikut syariat.




Mula beroperasi pada 4 Julai 2015 bersamaan 17 Ramadhan 1436 Hijrah dan kini Butik Aisy Asyraf telah  mempunyai 5 cawangan butik di Malaysia iaitu di Bangi, Shah Alam, Angsana JB Mall, Bertam dan yang terbaru di Bukit Jambul, Penang. Butik Aisy Asyraf By Imam Muda Asyraf juga telah mengorak langkah pertama dengan pembukaan cawangan di Pattani, Selatan Thailand. Tahniah diucapkan kepada Imam Muda Asyraf atas pencapaian sehingga hari ini .Butik Aisy Asyraf ini berasaskan perusahaan / perkhidmatan / pembekalan koleksi pakaian untuk lelaki yang mengikut syariat dari umur 2 tahun sehingga ke Dewasa Plussize (7XL). 

Paling Marsha teruja bila tahu rekaan pakaian jenama Aisy Asyraf direka khas secara eksklusif dengan potongan istimewa supaya si pemakai nampak tampan bergaya dengan material yang sangat selesa, tidak panas untuk dipakai sepanjang hari. Variasi rekaan yang berbagai dengan harga yang berpatutan membuatkan rambang mata kepada yang melihat. Patutlah suami Marsha try semua nampak bergaya dan memang dia rambang mata…hihi.







Koleksi Baju Raya 2023

Bila tengok website Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf dah release koleksi baru, apa lagi Marsha terus lah ajak suami ke Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf cawangan Bertam sebab itu je cawangan yang paling dekat dengan kami yang di Ipoh ni. Kalau lambat-lambat mesti saiz dan warna akan terhad nanti sebab koleksi Butik Aisy Asyraf ni memang hot.

Ok jom Marsha nak jamu mata korang serba sedikit dengan koleksi baju raya 2023 Butik Aisy Asyraf. Koleksi raya edisi 2023 ni bertemakan ‘Back to Basic’ dan tetap menampakkan si pemakai nampak bergaya dan selesa. Antara koleksi baju raya 2023 ialah Kurta Afgan, Kurta Zayne, Kurta Izzi, Kurta Nasz, Kurta Lawla, Baju Melayu Andika dan banyak lagi. 

Material kain yang digunakan sangat berkualiti, sejuk, selesa dan lembut. Paling Marsha suka design setiap baju sangat kemas dan cutting yang sangat ok. Jahitan pun sangat kemas. Warna pilihan juga sangat banyak. Ada satu design tu lebih 20 warna tau!

#Kurta Afgan



  • Kolar leher Teluk Belanga dengan butang esklusif Aisy Asyraf
  • Berlengan panjang
  • Dua poket depan
  • Regular cutting
  • 14 Pilihan Warna
  • Normal Size: S - 3XL
  • Harga Normal: RM109.00

# Kurta Zayne



  • Kolar leher Teluk Belanga dengan butang esklusif Aisy Asyraf
  • Berlengan 3 1/4
  • Dua poket tepi ( tersembunyi )
  • Regular Cutting
  • Normal Size: S - 3XL
  • 27 Pilihan Warna
  • Harga Normal: RM99

# Kurta Izzi



  • Kolar Cekak Musang dengan butang esklusif Aisy Asyraf
  • Berlengan panjang
  • Butang seakan baju melayu dengan design tersembunyi
  • Tiada pesak
  • Dua poket tepi (tersembunyi)
  • Regular cutting
  • 27 Pilihan Warna
  • Normal Size: S - 3XL
  • Harga Normal: RM99.00


# Kurta Nasz 




  • Kolar leher Teluk Belanga dengan butang esklusif Aisy Asyraf
  • Berlengan 3 1/4
  • Bercorak jalur
  • Cutting Regular
  • Dua poket tepi ( tersembunyi )
  • 15 Pilihan Warna
  • Normal Size: S - 3XL, Plus Size: 4XL - 7XL
  • Harga Normal: RM109.00
  • Harga Plus Size: RM149.00

# Jubah Adni


  • Kolar Cekak Musang dengan butang esklusif Aisy Asyraf
  • Berlengan panjang
  • Butang seakan baju melayu dengan design tersembunyi
  • Ada pesak
  • Poket tepi (tersembunyi)
  • Regular cutting
  • 10 Pilihan Warna
  • Normal Size: S - 3XL
  • Harga Normal: RM169.00
  • SALE!! Warna Red sahaja : RM99.00 sehingga 10 Mei 2023

Koleksi Baju Melayu 2023

Baju Melayu? Mestilah ada korang. Ada beberapa koleksi Baju Melayu di Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf seperti Baju Melayu Tilka dan Baju Melayu Andika. Pada 24 Mac 2023 akan datang ada 2 koleksi Baju Melayu Aisy Asyraf sedondon ayah anak iaitu Baju Melayu Zaidan dan Baju Melayu Fayyad.





Semua lawa kan? Jadi kena serbu butik atau grab dekat online tau! Lambat melepas nanti…hihihi

Koleksi Sedondon Ayah Anak di Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf

Seiring dengan trend sedondon, Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf juga ada koleksi sedondon ayah anak iaitu Kurta Lawla & Kurta Lawla Kids. Bila suami dan anak-anak Marsha cuba Kurta Lawla ni memang in love sangat!





Selain baju raya, Butik Aisy Asyraf juga ada kain pelikat, sampin, songkok, butang baju dan minyak wangi. Jadi memang boleh beli siap-siap terus dekat sini.




Alhamdulillah setel dah beli baju raya 2023 di Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf Cawangan Bertam. Pengalaman beli baju raya dekat sini pun best sebab staf dorang memang mesra. Marsha bagi 5 bintang!



Jomlah kome orang Perak dan juga berdekatan serbu Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf cawangan Bertam ini. Nak grab yang sale sempena Pre-Ramadhan pun boleh sebab harga kurta kebanyakannya sale sehingga harga bawah RM100 best kan?  Staf cakap aritu dah ramai yang serbu tau! Kalau yang tak dapat datang ke butik boleh je beli online di website : https://aisyasyraf.com/ sebab sekarang ni FREE POSTAGE tau!



🚘 NO 7-G Jalan Dagangan 12, Pusat Bandar  Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang
🚘 Waze: Aisy Asyraf Penang
🛣 Landmark: Berhadapan Sunshine
🕰 Waktu : 11am - 8pm

📲Admin Iqmal : http://www.wasap.my/60174547539/NakPromoPreRamadhan


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us