Kekalkan Usus yang Sihat dengan Rangkaian Produk GKB

Kekalkan Usus yang Sihat dengan Rangkaian Produk GKB | Assalamualaikum. Penjagaan usus amat penting bagi mengekalkan tahap kesihatan badan secara optimum. Bila usus tidak sihat, kesihatan badan akan terganggu sebab ia akan jadi toksik dalam badan. Mulalah rasa pening, nak pitam  dan lama-lama ia akan menjadi penyakit kronik seperti kanser kolon tanpa kita sedar. Scary kan?

Marsha pun salah seorang individu yang mempunyai usus yang tidak sihat sebab Marsha jenis yang mudah sembelit dan juga pesakit gastrik. Memang seksa rasa. Kalau stress, tak cukup tidur dan makan tak ikut jadual, anxiety gerd dan gastrik pula menjelma. Bila dah kena memang seksa sangat. Tambah pula Marsha  dah berumur 40-an jadi memang kesihatan usus memang kena jaga.

Baru-baru ni Marsha ada berbual dengan kawan tentang masalah Marsha ni. Kawan Marsha cadangkan produk suplemen prebiotik dan probiotik GKB (GK BIO International Sdn. Bhd. ) untuk Marsha tambahkan dalam diet harian Marsha. Jadi Marsha buka laman web GKB dan baca info serta beberapa testimoni. Bila tengok semua produk kesihatan GKB diperakui dan diiktiraf oleh badan berwajib. Ia juga disahkan HALAL dan mempunyai jaminan keselamatan yang telah diperakui. 

Marsha sangat teliti dengan pemilihan supplemen harian. Sebab itu Marsha kena tahu beberapa info sebelum amalkan supaya Marsha tidak risau dah nak amalkan. Jadi bila dah dapat maklumat dan Marsha terus order  dan dah sampai pun.






GKB Supplemen Kesihatan Usus 100% Semulajadi


Marsha memilih rangkaian produk GKB sebab ianya berasaskan 100% bahan semulajdi. Ia lebih selamat dari produk lain yang bukan 100% bahan semulajadi. Kalau korang nak tahu, GKB adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan.

Rangkaian produk GKB (GK BIO International Sdn. Bhd.) telah berada di pasaran semenjak tahun 2018 lagi. Matlamat sebenar GKB ialah menegketengahkan  kepentingan kesihatan dengan menyediakan produk kesihatan untuk membantu mengawal fungsi badan yang berkualiti tinggi di Malaysia pada harga yang berpatutan.

Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. GKB ialah satu-satunya syarikat suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotiknya, untuk memastikan probiotik berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi. 

Sangat menarik bila Marsha mengetahui yang GKB telah menggunakan lebih daripada 40 jenis cendawan dan probiotik dalam rangkaian produknya dan memastikan produk tersebut 100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia serta tiada kesan sampingan.  Semestinya ia sesuai untuk seisi keluarga. 



5 Produk GKB Penting untuk Kesihatan Usus

GKB telah memperkenalkan 5 produk yang penting untuk perut & usus serta membantu individu mengekalkan kesihatan usus mereka dan seterusnya dapat membantu dalam kesihatan dan juga kecantikan kulit dari dalam.

#1 GKB Probio+ - Untuk Memperbaiki Sistem Usus





GKB Probio+ berbentuk granul dalam sachet dan mengandungi 5 jenis bakteria probiotik yang berfungsi aktif serta 4 jenis prebiotik, yang membantu pencernaan dan mengurangkan sembelit dan cirit-birit. Hanya amalkan 1 sachet 2 kali sehari selepas makan. Boleh makan terus dari sachet atau bancuh dalam segelas air dan minum.




Gabungan mantap bakteria probiotik dan prebiotik ini memberikan perlindungan optimum kepada saluran usus, membantu pencernaan dan melancarkan penyerapan nutrien daripada makanan, mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti. 




Setiap sachet mengandungi 20 bilion jumlah bakteria probiotik hidup. Ia sangat sesuai untuk penjagaan harian usus dan kesihatan usus keluarga. Kalau korang ada mengalami gejala sembelit ringan dan senak perut yang ringan ia sangat sesuai diamalkan.


#2 GKB Probizymes - Untuk Mengurangkan Gastritis


Kalau korang ada penyakit gastrik memang Marsha sangat recommend GKB Probizymes ni. Ia diformulasi khas daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak yang khusus untuk menangani masalah kembung perut berpanjangan, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik dengan berkesan. 



Seperti GKB Probio+ ia juga berbentuk granul yang mudah cair bila dituang atas lidah. Hanya 1 sachet setiap hari boleh membantu melegakan perut dari kembung dan juga serangan gastrik.




#3 GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus - Untuk Memperbaiki Kulit


Bila kerap stress dan usus tak menyerap nutrien dengan baik, makan supplemen yang kita ambil pun akan rugi sebab nutrien tak diserap secara optimum. Jadi Marsha grab GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus untuk menyihatkan usus dan dalam masa yang sama memperbaiki kulit dari dalam.




Probiotik Lactobacillus Rhamnosus digunakan secara meluas untuk mencegah penyakit gastrousus seperti usus bocor atau dysbiosis, mengurangkan masalah kulit kering, mengurangkan sensitiviti kulit dan mempromosikan kesihatan kulit. 




la juga membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita, meningkatkan imuniti dan melegakan penyakit berkaitan ketidakseimbangan mikrob. Produk ini memang sangat sesuai untuk para wanita. Ia juga berbentuk granul dan boleh diambil 1 sachet 2 kali sehari untuk kesan yang terbaik.




#4 GKB G-Pro Gold - Untuk Mengurangkan Sembelit 




Marsha sangat bersyukur kalau dapat buang air besar dengan lancar setiap hari sebab Marsha mengalami masalah sembelit. Seksa betul kalau kena sembelit ni satu badan rasa tak sihat sebab banyak toksik berkumpul. Sembelit ini berpunca dari gaya hidup yang tidak teratur atau tekanan kerja yang tinggi.

GKB G-Pro Gold dirumuskhas dari 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik, dan berbentuk kapsul. Kapsul vegetarian ini mengandungi 80 bilion jumlah bateria probiotik hidup, yang boleh meningkatkan flora usus. 




Produk ini dirumuskhas untuk memperbaiki usus dan sesuai untuk orang ramai termasuk orang yang mengalami masalah sindrom iritasi usus, cirit-birit yang teruk dan sembelit. 




Probiotik akan membiak dan memetabolismekan dalam usus, meningkatkan pH dan rembesan usus, untuk membantu mengurangkan kemandirian bakteria patogen, dengan itu meningkatkan fungi penghalang usus dan mengurangkan kejadian keradangan usus. 

#5 GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 - Untuk Mengawal Minyak dan Mengkurangkan Kalori 






Paling menarik, GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 adalah satu-satunya produk bakteria yang boleh menyerap minyak. Produk ini juga sesai untuk orang yang ingin menurunkan berat badan, tetapi masih boleh menikmati makanan yang sedap. Berbentuk kapsul dan badan boleh jadi langsing dengan pengambilan 1 biji sehari dengan konsisten. 




Selain menurunkan berat badan, produk ini sesuai juga untuk orang yang ingin mengekalkan bentuk badan dan orang yang mengalami masalah sembelit ringan atau  masalah kulit kering. Selain dapat meningkatkan kesihatan usus dan perut, produk ini megurangkan kedutan kulit, serta meningkatkan kesihatan dan keanjalan kulit. 



Testimoni Marsha Selepas Amalkan 5 Produk GKB yang Penting untuk Usus




Memang pada asalnya Marsha hanya nak amalkan GKB Probio+ untuk masalah sembelit Marsha. Alhamdulillah sepanjang amalkan GKB Probio+ dengan konsisten, masalah sembelit seolah dah hilang. Betapa happynya rasa tak perlu rasa seksa bila membuang air besar.

Untuk GKB Probizymes pula Marsha juga rasa perubahannya iaitu sepanjang bulan puasa ni Marsha belum lagi diserang gastrik seperti sebelum ni. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Memang tiap kali nak puasa mesti risau diserang gastrik. Alhamdulillah sekarang dah lega.

Marsha juga amalkan GKB Lactobacillus Rhamnosus secara konsisten. Perubahan yang Marsha amali ialah kulit Marsha yang dulu kering nampak lebih lembap. Kulit pun rasa lembut je bila pegang. Keradangan kulit pun dah kurang. Kalau tak sebelum ni kulit akan keradangan kemerahan bila keluar.

GKB G-Pro Gold juga untuk sembelit. Tetapi ia lebih kepada sembelit yang agak berat. Jadi Marsha amalkan selepas berbuka. Alhamdulillah usus rasa sihat dan sekarang ni mudah je nak membuang.

GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 sesuai untuk individu yang nak turunkan berat badan dan juga yang nak kekalkan berat badan. So far Marsha rasa badan lebih ringan dari sebelum ni. Marsha belum lagi timbang tapi dapat rasa badan makin ringan. Eh jom la layan video ni




Semakin tinggi kadar bakteria probiotik di dalam saluran usus manusia, semakin kurang toksin di dalam usus, jadi menyebabkan usus lebih sihat. Selain Marsha, ramai pengguna yang telah menggunakan produk probiotik GKB menyatakan keberkesanan produk tersebut yang dapat membantu meningkatkan fungsi penghadaman dan meningkatkan taraf kesihatan.

Nak Dapatkan Produk GKB Dekat Mana?


Korang boleh dapatkan produk GKB di  cawangan Farmasi besar di Malaysia, termasuk Alpro Pharmacy. 

GKB Official Selling Platform:

All major pharmacies in Malaysia, including

Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy         
Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak        
Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy        
Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy        
East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan         
Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy        
Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy        
Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

For latest list of pharmacies, please see https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188 


Juga boleh dapatkan secara online di lama web dibawah:

Laman web: 
www.mygkb.com 

Facebook: 
www.facebook.com/mygkb 

Instagram: 
www.instagram.com/mygkb 

TikTok: 
www.tiktok.com/@gkbmsia 

RED ID: 
1318211221 (GKB 集康宝) 

YouTube: 




 #gkbinternational #gkbsoftlaunch2023 #gkbprobiotics #gkbspacesuit


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review











0 Comments

Subscribe Us