Koleksi Raya Bob Rock Clothing Menawarkan Baju Raya Plus Size yang Bergaya

Koleksi Raya Bob Rock Clothing Menawarkan Baju Raya Plus Size yang Bergaya | Assalamualaikum. Sekarang ni sangat normal sebelum puasa kelengkapan baju raya dah mula dicari. Korang dah mula membeli belah belum? Sebab kalau lambat, saiz dah mula tak ada dan mungkin hanya tinggal warna-warna atau design baju yang kurang menarik. Itu mungkin masalah biasa bagi yang bersaiz biasa atau normal. Bagi yang bersaiz plus size pula pilihan sangat-sangat terhad memandangkan tidak semua jenama atau butik menawarkan saiz plus size.

Marsha pun ada kawan-kawan lelaki yang plus size ni. Memang dorang selalu mengeluh kalau nak cari baju plus size. Bila dengar keluhan dorang rasa kesian juga sebab baju plus size ni sangat terhad. Kalau ada pun harga dia boleh tahan juga.

Koleksi Raya Bob Rock Clothing Menawarkan Baju Raya Plus Size yang Bergaya


Plus Size Clothing Online Malaysia yang dikenali ramai, Bob Rock Clothing (BRC) tahun 2023 ini menawarkan baju raya 2023 untuk jejaka-jejaka plus size yang berkualiti, design terkini dan tampak bergaya dengan harga yang mampu milik. Jadi jejaka yang plus size dah tak perlu risau nak cari baju raya saiz besar. Cari je di Bob Rock Clothing (BRC) memang confirm puas hati.

Korang nak tengok design dan jenis Men’s Plus Size Clothing yang ada di Bob Rock Clothing (BRC)? Jom kita tengok



Koleksi Raya 2023 Bob Rock Clothing ( BRC )


Ada beberapa koleksi raya Bob Rock Clothing (BRC) ni tau. Antaranya ialah Baju Melayu Cotton Twill dan 2 design Kurta :


#1 Baju Melayu Cotton Twill 



Nampak bergaya kan model-model plus size menggayakan Baju Melayu Cotton Twill koleksi raya Bob Rock Clothing (BRC)? Nampak smart dan tak nampak menggelebeh pun. Sebab ianya direka khas untuk plus size fashion. Material kain yang digunakan juga sangat bermutu tinggi.

Material Baju Melayu dari Cotton Twill yang lebih ringan dan mudah menyerap peluh memberikan keselesaan kepada si pemakai. Kita pun sedia maklum bila plus size kita akan cepat berpeluh. Jadi material Cotton Twill ini sangat sesuai dan memberikan keselesaan yang berpanjangan. Ia juga tahan lasak.




Saiz Baju Melayu Cotton Twill bermula dari XL sehingga 6XL. Jadi jangan risau tentang saiz ok. Baju Melayu Cotton Twill ini berkolar cekak musang dan mempunyai 5 butang. Ia juga mempunyai tiga poket baju iaitu 1 di dada kiri dan 2 di bahagian perut. Seluar pula ada 2 poket iaitu di sebelah kiri dan kanan.




Baju Melayu Cotton Twill ini tiada pesak menampakkan si pemakai nampak tidak menggelebeh. Seluar Baju Melayu Cotton Twill bergetah jadi memberikan keselesaan dan memudahkan si pemakai memakai dengan mudah dan boleh regangkan bahagian pinggang. Baju Melayu Cotton Twill ini ada 6 warna iaitu Baby Blue, Black, Jade Green, Light Brown, Red & Royal Blue. Korang nak tengok lebih jelas boleh Baju Melayu Plus Size dan boleh terus order online.



Harga sebenar Baju Melayu Cotton Twill ini ialah RM269 tetapi sekarang ni ada diskaun tau! Selepas diskaun harganya ialah RM229. Berbaloi kan?



#2 Kurta Adam V2 

Kurta Adam V2 Lengan Pendek




Kurta Adam V2 didatangkan dengan 2 variasi iaitu lengan panjang dan juga lengan pendek. Siapa yang selesa dengan salah satu variasi boleh pilih salah satu antara keduanya atau boleh juga ambil keduanya sekali...hihi.

Kalau korang nak tahu Kurta Adam V2 diperbuat dari Cotton Oxford yang selesa dan tekstur kain yang rata supaya nampak lebih kemas dan lembut. Material Cotton Oxford lebih ringan dan lebih nipis, menjadikannya lebih selesa untuk kulit bernafas dan menyerap peluh. Ianya juga lebih lasak.

Kurta Adam V2 Lengan Panjang



Saiz Kurta Adam V2 ini dari  XL hingga 6XL dan berkolar cekak musang 4 butang tembaga. Ia mempunyai tiga poket iaitu 1 di dada kiri dan 2 di bahagian sisi.

Poket dan butang yang kemas




Paling menarik Kurta ada V2 mempunyai butang perhiasan atau juga sebagai butang extra di bawah poket sisi. Nampak macam design unik juga walaupun ia sebenarnya tempat butang extra. Kurta plus size ini memang tampak bergaya tau sebab ianya jenis fit.

Butang extra boleh dibuat butang perhiasan di bahagian bawah poket sisi



Bagi Marsha Kurta Adam V2 ini sangat elegan dan si pemakai nampak macho. Tengoklah model pakai, nampak bergaya dan tampan kan? Mempunyai 8 warna iaitu: Black, Gold, Mint Green, Navy Blue, Olive Green, Periwinkle Blue, Purple & White. Harga untuk Kurta Adam V2 Lengan Panjang ialah RM129 manakala Kurta Adam V2 Lengan Pendek ialah RM115. 

Nak tengok lebih jelas warna yang lain? Boleh sangat Kurta Adam V2 Lengan Panjang & Kurta Adam V2 Lengan Pendek


#3 Kurta Teluk Belanga 

Kurta Teluk Belanga Lengan Pendek


Kurta Teluk Belanga adalah salah satu kurta plus size keluaran Bob Rock Clothing sempena Raya 2023 ini. Ia juga didatangkan dengan 2 variasi iaitu Lengan Panjang & Lengan Pendek. Material kain juga sama dengan Kurta Adam V2 iaitu Cotton Oxford. Jadi Cotton Oxford ini amat sesuai untuk buat pakaian saiz besar lelaki kerana ianya tahan lasak, menyerap peluh dan juga lebih ringan. Jadi tak perlu risau nak pakai seharian dan juga bergerak secara lasak.

Kurta Teluk Belanga Lengan Panjang





Kurta Teluk Belanga juga mempunyai saiz dari  XL sehingga 6 XL dan berkolar telok belanga. Berbeza dengan Kurta Adam V2, Kurta Telok Belanga mempunyai hanya satu butang dan tiga poket iaitu 1 di dada kiri dan 2 di sisi. 

Kurta Teluk Belanga Lengan Pendek



Sama seperti Kurta Adam V2, Kurta Telok Belanga mempunyai 8 warna: Aqua Blue, Army Green, Black, Dark Red, Navy Blue, Purple & Turquoise. 

Kurta Teluk Belanga Lengan Panjang






Harga untuk Kurta Telok Belanga ialah RM129 untuk Lengan Panjang dan RM115 untuk Lengan Pendek. Warna lain boleh tengok Kurta Telok Belanga Lengan Panjang & Kurta Telok Belanga Lengan Pendek .

Fuh menarik betul baju raya plus size di kedai baju saiz besar lelaki, Bob Rock Clothing (BRC) ni. Tengok website dia Bob Rock Clothing Online pun rambang mata. Marsha ada adik ipar lelaki yang kategori plus size juga nanti boleh cadangkan dekat dia beli je online di Bob Rock Clothing (BRC) ni. Confirm sampai depan rumah.

Korang juga boleh beli dekat platform Shopee & Lazada tau. Jom ler shopping awal-awal. Tak kalut nanti...hihi



Shopee



Lazada



Untung kalau beli sekarang sebab Bob Rock Clothing menawarkan perkhidmatan free delivery bagi pembelian online yang melebihi RM199.90 ke seluruh Malaysia. Berbaloi kan? Selamat membeli belah raya! 

#BobRockClothing #BRC #MensPlusSizeClothing #PlusSizeFashion #PlusSIzeClothingOnlineMalaysia #PakaianSaizBesarLelaki #KedaiBajuSaizBesarLelaki #BajuRaya2023 #BajuRayaPlusSize #BajuRayaSaizBesar #KurtaPlusSize






Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

2 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us