Rangkaian Starbucks ‘Ready to Drink’ Terbaru Dilancarkan oleh Nestlé Malaysia

Rangkaian Starbucks ‘Ready-to-Drink’ Terbaru Dilancarkan oleh Nestle Malaysia | Assalamualaikum. Salam 17 Ramadan korang! Moga bulan mulia ini memberikan kerberkatan pada kita semua. Aaamin. Sebenarnya Marsha sangat teruja sebagai peminat Starbucks. Ini kerana Nestlé dengan kerjasama Starbucks telah melancarkan rangkaian Starbucks ‘Ready-to-Drink’. So, kita boleh menikmati produk Starbucks Ready-to-Drink, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja tak perlu dah nak ke cawangan Starbucks.

Rangkaian Starbucks RTD ( Ready-to-Drink) yang baharu telah dilancarkan pada 21 Mac 2023 yang lalu di mana Nestlé akan mengkomersialkan dan mengeluarkan minuman kopi Starbucks RTD di beberapa negara di seluruh Asia Tenggara, Oceania dan juga Amerika Latin, dengan memanfaatkan kecekapan operasi Nestlé dalam sektor kopi tempatan dan keupayaan pelaksanaannya di rantau tersebut. 

Ini menandakan satu lagi titik penting dalam Perikatan Kopi Global antara Starbucks dan Nestlé yang telah dicipta pada 2018 untuk membuka peluang, meningkatkan pengalaman kopi dan membuka lembaran baharu bagi kedua-dua syarikat ikonik itu.

Mr Juan Aranols [centre right] and Ms April Wong [centre left] flanked by local influencers in Starbucks-inspired designs by students from De Institute of Creative Arts & Design, UCSI University, showcasing how the Starbucks Ready-to-Drink Range can be enjoyed by Malaysians from all walks of life, whenever, wherever.



Sejak Perikatan Kopi Global pada 2018, Nestlé dan Starbucks telah memperkenalkan pilihan produk kopi premium yang luas ke pasaran baharu dengan pantas termasuklah kopi bijian penuh, kopi dipanggang dan dikisar, kopi larut dan campuran kopi, serta kapsul Starbucks untuk digunakan dalam sistem hak milik Nespresso dan Nescafé Dolce Gusto. Pada hari ini, Nestlé telah mengedarkan produk kopi Starbucks berbungkus yang boleh didapati di lebih daripada 80 negara di luar cawangan Starbucks di bawah Perikatan Kopi Global.

Rangkaian Starbucks ‘Ready to Drink’ Terbaru Dilancarkan oleh Nestle Malaysia


Pelancaran Starbucks RTD di Malaysia telah melibatkan dua daripada pilihan minuman Starbucks yang paling ikonik iaitu Starbucks® Frappuccino®, kopi yang dibancuh sempurna dengan susu berkrim dan manis secukup rasa, dan juga Starbucks® Doubleshot™, pilihan minuman yang dikenali dan digemari ramai, boleh dinikmati bersama bagi mengharungi rutin harian yang sibuk. Starbucks® Frappuccino® (280 ml) boleh didapati dalam perisa Kopi, dan Mocha (280ml) manakala Starbucks® Doubleshot™(220 ml) tersedia dalam pilihan Mocha dan Espresso Latte (220ml).

Menurut kata Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé - Malaysia & Singapore,

“Kedua-dua Starbucks® Doubleshot™ dan Starbucks® Frappuccino® telah mendapat pensijilan Halal, sekali gus memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati minuman ikonik tersebut tanpa rasa ragu-ragu, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa,” 

Mr Juan Aranols, Chief Executive Officer of Nestlé Malaysia & Singapore [right] and Ms April Wong, Business Executive Officer of Nestlé Ready-to-Drink Malaysia [left] kicking off the launch of the Starbucks Ready-to-Drink Range in Malaysia.

 

“Tambahan pula, dalam usaha mengembangkan kategori Produk Sedia Diminum Malaysia, tawaran inovatif dan khusus ini bertujuan menarik minat para belia di Malaysia yang dinamik yang inginkan kemudahan pengalaman kopi yang hebat di mana sahaja mereka berada. Kami akan terus memperkasakan inovasi untuk mencipta detik-detik kopi yang penuh kenikmatan dan keseronokan,”

tambah Aranols lagi.

Pertunjukan Fesyem dengan Karya Busana Berilhamkan Starbucks di Majlis Pelancaran


Pada hari pelancaran, Nestlé Malaysia telah menganjurkan pertunjukan fesyen dengan karya busana berilhamkan Starbucks oleh para pelajar dari De Institute of Creative Arts & Design, UCSI University untuk meraikan detik istimewa ini. Busana ini digayakan oleh para pempengaruh popular tempatan. Busana yang ditampilkan mencerminkan kehidupan harian rakyat Malaysia – termasuk pakaian gaya jalanan mahupun pakaian ke pejabat, semasa bersantai di rumah atau untuk urusan harian – fesyen bergaya ini mempamerkan kepelbagaian Starbucks RTD ( Ready-to-Drink) yang boleh disesuaikan dalam setiap detik kehidupan.

Dapatkan Rangkaian Kopi Starbucks Ready-to-Drink Sekarang


Korang boleh dapatkan kopi Starbucks RTD boleh didapati menerusi pasar raya besar dan pasar raya utama, kedai serbaneka, kedai stesen petrol dan juga platform e-dagang seperti Lazada dan Shopee. Produk-produk ini juga akan ditawarkan di Singapura menerusi peruncit dan platform e-dagang yang terpilih. Jom!




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us