KITSUI, Trusted Health Supplement Brand Berasaskan Teknologi Korea HALAL Certified

KITSUI, Trusted Health Supplement Brand Berasaskan Teknologi Korea HALAL Certified | Assalamualaikum.

Sekarang ni produk kesihatan tumbuh macam cendawan kan? Pelbagai jenama produk kesihatan yang wujud tanpa kita ketahui adakah ia selamat dan dipercayai? Bila tengok banyak sangat jenama produk kesihatan ni Marsha pun agak ragu-ragu risau terkena dengan produk timbang kilo yang mungkin akan memudaratkan diri di kemudian hari. 

Dah banyak kes berlaku dimana produk yang diambil tidak tahu kesahihannya dan akhirnya terpaksa menanggung kesan dari amalan produk timbang kilo. Kesannya mungkin seringan kulit breakout dan boleh jadi juga memberi kesan yang buruk kepada organ dalaman kita seperti kegagalan buah pinggang. Menakutkan bukan?

KITSUI, Reputable Brand untuk Produk Kesihatan

Pengambilan produk kesihatan sebagai makanan tambahan harian amat penting dengan rutin harian yang sibuk. Tetapi cabaran pada masa kini ialah memastikan produk yang kita ambil itu dipercayai dan juga selamat juga halal.

Tips Nak Tahu Produk Kesihatan Berdaftar dengan KKM?

Kalau korang nak tahu produk ubat-ubatan termasuk produk kesihatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu sebelum dipasarkan kepada pelanggan dan ia termasuklah produk-produk yang dibuat di luar negara. Jadi jom Marsha kongsikan beberapa tips:

1# Semak No Pendaftaran dan Hologram di Pakaging Produk


Produk yang berdaftar secara automatik terjamin daripada segi Keselamatan (Safety), Kualiti (Quality) dan Keberkesanan (Efficiency). Produk yang telah berdaftar akan mempunyai nombor pendaftaran MAL (contoh MAL20231234T) dan label keselamatan Hologram pada pakaging. Sekiranya sesuatu produk kesihatan tidak mempunyai kedua-dua ciri ini, produk tersebut mungkin tidak berdaftar dengan KKM. 

2# Semak Status Pendaftaran 

Hologram juga tidak menjamin produk kesihatan tersebut berdaftar dengan KKM. Nak lebih kepastian lagi korang boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk kesiahatan melalui laman sesawang https://www.npra.gov.my 

Korang boleh klik ikon ‘Produk Search’. Carian produk berdaftar boleh dibuat dengan menggunakan :
  1. Nama produk
  2. Nombor pendaftaran
  3. Nama pemegang pendaftaran
  4. Bahan-bahan aktif dan juga
  5. Nama pengilang/pengimport

Jika produk tersebut telah berdaftar, status pendaftaran akan dipaparkan. Jangan lupa semak kesahihan label hologram melalui ahli farmasi di hospital, klinik atau premis farmasi berdekatan supaya keputusannya lebih sahih selepas dapat no pendaftaran ok!

#3 Pastikan Produk di Jual di Drugstore & Farmasi

Sebenarnya untuk pengetahuan korang, ada supplemen yang juga diklasifikasikan bawah makanan. Jadi ia tidak ada no pendaftaran dan juga label hologram. So, tips yang ketiga ini mungkin membantu korang. Jika korang nak cari trusted health supplemen brand, korang boleh cari di farmasi dan juga drugstore seperti Watsons & Guardian. Tiga tempat ini tidak akan menjual produk timbang kilo dan produk ini semestinya berdaftar dengan KKM dan jika diklasifikasikan dibawah makanan, produk tersebut telah mendapat pelbagai pengiktirafan yang sesuai dengan makanan.  Jadi memang selamat untuk kita beli produk kesihatan di farmasi atau drugstore bukan di kiosk-kiosk ataupun di website yang tidak tahu kesahihannya. 


KITSUI, Well-respected brand dan Disahkan HALAL JAKIM






Kalau korang ke farmasi, Watsons atau Guardian mesti korang ada nampak kan jenama KITSUI ni? Kalau korang nak tahu jenama produk kesihatan KITSUI ini adalah antara yang terlaris yang dijual. Ini kerana ianya dipercayai dan ramai pengguna telah memberikan testimonials yang positif.

Marsha sendiri adalah salah seorang pengguna dari beribu pengguna KITSUI yang berpuas hati dengan kesan positif selepas mengamalkan produk kesihatan KITSUI ini. Jenama KITSUI vitamin dipercayai produk semulajadi dan plant-based ingredients. Ia juga telah mendapat Halal Asia Award. 





Kitsui juga telah mendapat pengiktirafan The World’s SMEs Best Brands, THE BRAND LAUREATE. Jadi ternyata KITSUI bukan calang-calang dan ia bertaraf industry standard kerana ia mendapat pelbagai pengiktirafan.






Untuk pengetahuan korang, semua produk dibawah jenama Kitsui telah melalui dan lulus ujian keselamatan dan ujian makmal, malah ia juga telah mendapat sijil halal dari kilang bertaraf GMP sebelum di pasarkan kepada orang ramai melalui Farmasi, Watsons Top Brand & Guardian yg terkemuka di Malaysia. Jadi ianya memang terbukti selama kerana mendapat sijil ISO, HACCP, GMP. KITSUI sangat mementingkan quality control demi untuk menghasilkan safe & effective Superhealth Brand.








Kandungan produk-produk kitsui pula terdiri daripada bahan-bahan yang alami dan berkualiti tinggi serta kaya dengan vitamin dan mineral yang sesuai untuk lelaki dan wanita. Jadi produk Kitsui ini bukan sahaja fokus untuk kesihatan wanita sahaja, malah juga sesuai untuk orang lelaki.

Produk KITSUI Pilihan Marsha

KITSUI telah mengeluarkan pelbagai jenis produk kesihatan dari increased energy, kesihatan kulit, improved digestion dan juga produk supplemen untuk membantu penurunan berat badan. Marsha ada amalkan beberapa produk KITSUI ini antaranya ialah:

#1 Kitsui Belloss Fibre




Usus yang sihat bermakna badan pun sihat. Ini kerana usus memainkan peranan penting dalam kesihatan optimum kita dari dalam dan juga luar. Marsha amalkan Kitsui Belloss Fibre ni sebab Marsha kurang lawas dan ia membantu Marsha detox.

Alhamdulillah sepanjang amalka Kitsui Belloss Fibre ni Marsha tiada lagi masalah percernaan dan rasa badan lebih bertenaga. Kulit pun makan glowing. Ini kerana usus dapat menyerap segala nutrien dengan baik dan badan mendapat nutrien yang secukupnya.




Kitsui Belloss Fiber bukan sahaja berkesan, malah ia produk safe consumption yang tidak mengandungi bahan pengawet, pigment, gula tambahan dan mengandungi bahan yang boleh mengganggu sistem hormon.

Kandungan Kitsui Belloss Fiber ni:

a. Acacia Gum – mengandungi serat prebiotic yang mengekalkan sistem usus serta melancarkan sistem penghadama
b. Apple – Mengandungi Catechin –yang membantu meningkatkan kadar metabolism badan
c. Senna mengandungi Sennosides yang membantu merangsang pergerakan usus
d. Epal, Kiwi, Oren, Avocado, Tomato, Lemon, Nenas pula buah-buahan yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan kaya dengan pelbagai vitamin yang mengekalkan tahap hidrasi dalam tubuh badan


#2 Kitsui Meal Replacement Plus



Kitsui Meal Replacement Plus pula Marsha amalkan untuk ikhtiar turunkan berat badan. Marsha rasa ini produk yang membantu Marsha turunkan berat badan yang rasanya memang sedap. Ia mengandungi bijirin oat, oat protien, konjac, L-carnitine dan juga Chia Seed. Ia juga dirumuskhas dengan milk chocolate  powder dan biskut cip yang sangat sedap dan mengenyangkan.

Kitsui Meal Replacement Plus ni Marsha amalkan sebagai meal replacement untuk dietary restrictions Marsha seharian. Alhamdulillah kesan sangat positif dan Marsha sangat suka dengan hasilnya. Ia kaya dengan nutrisi dan jadikan Marsha sentiasa bertenaga walaupun dalam fasa diet.



Sebab itu Marsha setia dengan produk KITSUI ni sebab ianya trusted brand, testimoni yang baik dan juga ia halal dan mendapat pelbagai pengiktirafan. Jadi tak perlu ragu-ragu dan gusar. Malah ia juga ada customer support yang sangat baik untuk membantu customer. Memang love sangat!






Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

  1. Menarik juga dua produk Marsha try tu . Macam nak try juga lah...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us