INTEC Education College Kini Menawarkan Pendidikan Perintis untuk Pengajian Pra-Universiti, Diploma dan Program Perakaunan Profesional

INTEC Education College Kini Menawarkan Pelbagai Program Termasuk Pendidikan Perintis untuk Pengajian Pra-Universiti, Diploma dan Program Perakaunan Profesional | Assalamualaikum.

Sekarang ni musim pelajar lepasan SPM 2022/2023 mendaftar di pilihan IPTA dan IPTS pilihan masing-masing. Tumpang happy bila dengar anak-anak kawan-kawan yang mendaftar di IPTA & IPTS pilihan dengan jurusan pilihan masing-masing. Anak sendiri masih lagi ada 2 tahun sebelum ke menjejak ke fasa pelajar universiti. Berdebar juga hati seorang ibu ni dimanakah hala tuju anak sendiri. 

INTEC Education College Kini Menawarkan Pelbagai Program Termasuk Pendidikan Perintis untuk Pengajian Pra-Universiti, Diploma dan Program Perakaunan Profesional



Buat yang masih belum mendapat tawaran kemana-mana IPTA atau IPTS jangan sedih. Jom Marsha kongsikan dengan korang tentang INTEC Education College. INTEC menawarkan Program Pra-Universiti iaitu program persediaan ke luar negara, Diploma, Perakaunan Profesional dan juga kursus jangka masa pendek. 

Kalau korang nak tahu, INTEC mempunyai reputasi yang sangat baik kerana ia telah melahirkan graduan yang berpengetahuan luas dan profesional yang cemerlang. Dahulunya INTEC dikenali sebagai Pusat Pengajian Persediaan (Pusat Pendidikan Persediaan, PPP) sebelum mengekalkan nama INTEC Education College sehingga kini.

Tentang INTEC Education College

INTEC Education College bermula dengan kursus-kursus persediaan pada tahun 1982 dan dikenali sebagai Kolej Pengajian Persediaan pada tahun 1985. Pada tahun 1988 ia telah dinaiktaraf menjadi Pusat Pendidikan Persediaan. Pada tahun 2000 mereka telah diberi mandat untuk melengkapkan pelajar cemerlang dengan persediaan ke luar negara menjadi tempat Program Persediaan Luar Negara. 




Program yang Ditawarkan oleh INTEC Education College


INTEC menawarkan program Pra-Universiti seperti A Level, A Level German, O-Level, SACEi, IGCSE, UEC, Japanese Preparatory Programme, Korean Preparatory Programme, dan American Degree Transfer Programme ( ADTP ). Kebiasaanya para pelajar akan mengikuti program-program persediaan ini di INTEC sebelum melanjutkan pelajaran ke negara-negara pilihan mereka sekaligus menjadikannya pilihan yang ideal untuk melanjutkan pelajaran jika korang merancang untuk belajar di luar negara juga.





Bagi program Diploma pula, INTEC menawarkan program Diploma Pengurusan Perniagaan (DBM), Diploma Pengurusan Awam dan Tadbir Urus (DPMG), Diploma Amalan Halal Saintifik (DSHP), Diploma Kewangan Islam (DIF) dan Diploma Perakaunan (DIA)

Program diploma secara 'fast track' dengan kursus sepenuh masa akan memastikan sesiapa sahaja memperoleh sijil Diploma dalam tempoh masa yang singkat. Jika korang rasa ragu-ragu kenapa diploma di INTEC ni boleh diambil dalam tempoh yang singkat ( 2 tahun je menurut sumber ), korang tak perlulah risau kerana kesemua 5 program Diploma di INTEC ni telah mendapat akreditasi penuh daripada MQA. Oleh itu, boleh lah pertimbangkan untuk ambil Diploma di INTEC. Jimat masa berbanding dengan institusi yang lain. 

Jika korang ingin melanjutkan pelajaran dalam program Professional Accountancy, berikut ialah program yang ditawarkan oleh INTEC, ACCA Foundation in Accountancy (FIA), The Association of Chartered  Certified Accountants (ACCA) (UK), ICAEW Certificate in Finance, Accounting and Bussiness (ICAEW CFAB) dan Association of Chartered Accountants (ACA) for Institute of Chartered Accountants  in England and Wales (ICAEW) . INTEC bermatlamat untuk melahirkan akauntan bertauliah berkualiti selepas tamat pengajian. INTEC secara konsisten menghasilkan world prize winner dan achiever, untuk program perakaunan profesional seperti ACCA dan ICAEW. Menariknya lagi, bagi pelajar Lepasan Ijazah Sarjana Muda dan telah bekerja, pelajar ada peluang untuk belajar secara sepenuh masa atau separuh masa. Namun, ini bergantung kepada pengambilan pada tahun tersebut.

Kursus Pendek di INTEC 


INTEC juga menawarkan Kursus Pendek untuk program sepenuh masa ACCA bagi mereka yang sedang bekerja tetapi mempunyai kelayakan Akademik di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Namun, program ini tertakluk kepada pengambilan dan subjek yang ditawarkan pada tahun tersebut. Selain daripada itu, menariknya pelajar profesional perkaunan di INTEC, mereka mempunyai nilai tambah dalam digital skills yang mana mereka diberikan pilihan untuk mengambil kursus ICDL yang mana kursus ini diiktiraf di seluruh Asia. Untung kan jadi pelajar INTEC?


Jadi bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan program-program yang ditawarkan di INTEC,  boleh layari laman web rasmi INTEC www.intec.edu.my

Think Future Think INTEC





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

1 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us