Mudah Derma Secara Online dengan Aplikasi Sujood


Masjid adalah rumah ibadah bagi umat Islam. Masjid bagi sesebuah negara yang mempunyai penduduk beragama Islam adalah sebuah mercu tanda dan pelancong luar pasti akan melawatinya. Malaysia sendiri terdapat banyak masjid yang senibinanya indah dan bernilai tinggi. Masjid yang besar dan luas seperti Masjid Putra, Putrajaya, Masjid Bandar Baru Sendayan dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, masjid yang besar dan indah tiadalah gunanya jika tiada yang datang mengimarahkannnya. Kita sebagai umat Islam wajib mengimarahkan masjid kerana masjid adalah rumah Allah dan menjadi pusat kegiatan Islam bagi satu satu mukim.

Masjid adalah sebagai sebagai tempat ibadah, khususnya mendirikan solat sama ada solat fardhu atau sunat. Masjid juga adalah tempat penyebaran ilmu dan dakwah. Umat Islam boleh mendapatkan jawapan daripada segala kemusykilan di masjid. Masjid juga adalah tempat musyawarah bagi penduduk setempat.Masjid juga adalah tempat untuk pasangan berakad nikah. Masjid dipilih sebagai simbolik kepada membina masjid dalam rumah tangga. Masjid juga sebagai hub mendapatkan bantuan seperti bantuan perlindungan ketika musibah bencana alam dan sebagainya.

Sebuah aplikasi Sujood telah didirikan untuk tujuan memudahkan masjid mengutip derma melalui orang ramai.




Aplikasi Sujood boleh dimuat naik melalui phone store masing-masing dan hanya perlu daftar sekali sahaja. Selepas itu, derma sudah boleh disalurkan kepada masjid yang ada didalam aplikasi Sujood. Urusan derma yang sangat mudah dan hanya dihujung jari sahaja. Setiap derma yang dilakukan

Setiap derma yang dilakukan adalah secara online dan setiap transaksi direkodkan. Pengguna boleh semak sejarah derma didalam aplikasi dan setelah derma dibuat sekali, tidak perlu mengisi maklumat untuk derma yang seterusnya. Seusai derma, kita boleh kongsikan link derma masjid kepada orang lain juga. Link derma masjid tersebut boleh didapati di dalam aplikasi sujud. Jika kita kongsikan link tersebut dan bertebaran kepada orang ramai, atas asbab kita kongsikan link, pahala dan saham kita berpanjangan. 




Pengguna yang menderma akan mengisi maklumat diri ketika transaksi dilakukan. Melalui aplikasi sujood, jika kita tidak ingin dedahkan maklumat kita,memang pihak Sujood tak boleh sewenang-wenang maklum kepada orang maklumat kita pon, cuma diberi pilihan untuk pilih tidak mengisi maklumat diri. Kita boleh memilih sebagai hamba Allah sahaja. 







Selain untuk elak diri dari dikenali, kita juga dapat menjimatkan masa tanpa perlu mengisi maklumat diri. Pilihan ini sangat baik kerana seperti peribahasa ada menyebut, derma tangan kanan, tangan kiri tidak tahu. Amalan yang sembunyi lebih baik daripada amalan yang diketahui. 


Jangan tak tahu, di Malaysia ini terdapat masjid ala Rusia dan diberi julukan masjid Rusia. Masjid Rusia atau nama sebenarnya Masjid Lapan Kubah terletak di Besut, Terengganu. Memang mengikut senibina Saint Basil di Moscow yang menelan kos sebanyak 4 juta. derma masjid lapan kubah boleh dilakukan di link ini 


Masjid ini telah menjadi mercu tanda popular di Besut Terengganu. Selain daripada keindahan Pulau Perhentian yang popular di Besut. Daerah Besut adalah bersempadan dengan negeri Kelantan. Orang Besut bercakap seperti orang Kelantan, disebabkan bersebelahan dengan negeri itu. Negeri Terengganu adalah negeri yang indah dan menarik. Terdapat banyak tempat menarik di Terengganu. Disebabkan jajaran negeri Terengganu kebanyakannya persisiran pantai, banyak hasil mahsul dan laut disini. Orang yang tinggal di tepi pantai kebiasaannya bekerja sebagai nelayan dan salah satu sumber ekonomi utama negeri Terengganu. Antara pantai yang popular di Terengganu adalah Rantau Abang, Pantai Penarik dan Pantai Batu Buruk. Selain daripada Pulau Perhentian, terdapat juga Pulau Redang yang terletak dalam daerah Marang. Dengan kemudahan lebuhraya seperti LPT telah memudahkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu. Mercu tanda yang baru di Kuala Terengganu adalah Jambatan Angkat Kuala Terengganu. Ramai orang mengambil peluang mengambil gambar sebagai kenang kenangan disitu. Makanan yang popular di Terengganu adalah nasi dagang, nasi kerabu dan celup tepung. tak lupa juga keropok lekor yang menjadi trademark bagi negeri Terengganu. Keropok lekor yang diperbuat daripada ikan laut yang segar adalah sangat sedap. Rasa ikan melebihi rasa tawar tepung menyebabkan keropok lekor terengganu begitu popular. Keropok lekor boleh digoreng dan direbus.Terengganu juga mempunyai institusi pendidikan tinggi seperi Unisza dan UMT. Ramai graduan berjaya dilahirkan disini. 

Masjid Lapan Kubah
(sumber: Beautifulnara)



Kelebihan derma melalui Sujood App ini, duit yang disedekahkan akan terus ke akaun bank masjid. Jawatankuasa masjid tidak perlu lagi mengira wang tabung secara manual seperti mana praktikalnya ketika ini. Duit yang secara terus kepada akaun bank masjid dapat mengelakkan daripada ketirisan dan penipuan.

Urus niaga kini telah mengurangkan penggunaan cash. Sujood app dibina untuk menselarikan kehidupan masa kini yang bergantung bayar melalui transaksi online. Masjid juga boleh mengambil langkah ini untuk meningkatkan kutipan derma dengan menggunakan aplikasi Sujood. Derma yg berjaya dikutip tidak terhad kepada ahli qariah sahaja tetapi kepada semua pengguna yang ada akaun Sujood. Pihak masjid juga boleh mengurangkan risiko memegang cash yang banyak asbab daripada derma orang ramai melalui tabung masjid. Boleh dikatakan aplikasi ini mudah untuk pihak masjid dan mudah juga untuk orang ramai. Kekurangan apabila menggunakan wang cash adalah risiko keciciran wang adalah tinggi. Selain itu, wang ditangan berisiko untuk disamun atau dicuri oleh penjenayah. Jadi dengan kurangkan cash di tangan, lebihkan wang didalam bank dapat mengelak tragedi ini daripada berlaku. Orang ramai juga dapat menderma walaupun bukan ahli qariah ataupun penduduk kampung tersebut. Pihak masjid hanya perlu mendaftar di Sujood dan kongsikan link masjid anda kepada orang ramai. Link yang dikongsi akan sampai kepada orang ramai yang boleh menghulurkan sumbangan kepada masjid tersebut. 

Orang yang bersedekah akan mempunyai kelebihan seperti rezeki bertambah. Allah tidak akan mengurangkan rezeki pun sekiranya manusia itu rajin bersedekah. Nikmat orang yang bersedekah ini akan berasa puas sekiranya dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh sesiapa sahaja. Sesungguhnya orang yang bersedekah ini Allah akan menghapuskan dosa dan kesalahan anda yang lepas. Tetapi anda perlulah bertaubat agar tidak melakukan perkara itu lagi. Seterusnya amalan sedekah ini berpahala. Kita juga akan dapat memperkuatkan iman kita dan dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT jika kita selalu bersedekah kepada mereka yang memerlukan.Ini kerana kita berkongsi rezeki yang kita memperolehi dan menggunakan kelebihan ini untuk membantu orang lain. 

Ini boleh mendekatkan diri kita dengan Allah kerana Allah menyayangi mereka yang suka menolong antara satu sama lain.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa amalan sedekah ini dapat memadamkan kepanasan dalam kubur. Amalan ini juga akan membuatkan kita mendapat naungan di akhirat kelak. Sedekah dapat menjauhkan kita daripada bersifat kedekut dan memanjangkan umur kita. Dengan amalan sedekah yang kita buat akan dapat menenangkan hati kerana kita telah pun membantu orang lain. Dengan amalan sedekah juga dapat mengelakkan diri kita dari dalam bahaya.

Di dalam Aplikasi Sujood, selain derma terdapat beberapa fungsi lain. Antaranya adalah Artikel tazkirah daripada kalangan astatizah di negara ini. Artikel yang dikongsi diharap dapat menambahkan ilmu orang ramai dan dapat disebarkan kepada orang lain juga. Aplikasi Sujood juga mempunyai link yang menghubungkan kepada pejabat zakat diseluruh negara. Zakat fitrah dan harta boleh dibayar melalui aplikasi sujood mengikut negeri masing-masing. Bayaran zakat adalah wajib bagi umat Islam kerana termasuk dalam rukun Islam yang ke empat. Kutipan zakat ini digunakan dan diserahkan asnaf yang layak seperti fakir miskin dan anak yatim. Mengeluarkan zakat dapat menyucikan harta kita. Melahirkan rasa syukur dapat berkongsi dengan orang lain. disamping meringankan beban.

Hikmah berzakat adalah dapat melahirkan diri menjadi insan yang pemurah dan tidak kedekut. Rasulullah pernah bersabda mafhumnya, zakat tidak mengurangkan harta. Zakat boleh menguatkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang antara pengeluar zakat dengan orang lain. Zakat dapat mengurangkan pengangguran. Orang miskin yang tidak mampu boleh mula berniaga dengan modalnya disuntik melalui zakat. Amalan ini dapat menyempurnakan iman dan menenangkan hati pemberi dan penerima. Amalan zakat adalah amalan wajib bagi umat Islam dan perlu patuh dalam melakukannya. 

Hikmah Sujood app ini adalah dapat membantu pihak masjid berkongsi link derma kepada orang ramai dan sampai kepada orang ramai secepat mungkin. Dengan cara ini kutipan derma menjadi lebih cepat dan meluas. Pihak pemberi pula dapat beramal bersedekah kepada semua masjid di Malaysia ini. Ketelusan aplikasi Sujood akan meyakinkan orang ramai untuk menderma ke masjid melalui aplikasi ini. Kutipan masjid tidak terbatas kepada tabung sahaja. Meluas kepada semua penduduk di Malaysia ini. Masjid dapat menampung keperluan aktiviti dan barang masjid dengan cepat sekiranya kutipan derma cukup.

Penyatuan antara orang ramai dan masjid juga berjaya disatukan dengan aplikasi Sujood ini. Orang akan menjadi semakin ambil berat tentang masjid dan semakin dekat dengan masjid. Kekuatan ummah akan menjadi semakin kuat sekiranya orang luar dan masjid teguh erat bersama. Simbol kekuatan ini menjadi Islam semakin teguh dan digeruni. Orang bukan Islam akan menghormati agama Islam. Kehidupan menjadi semakin harmoni sekiranya masjid dan orang ramai menjadi rapat. Masjid dan orang ramai adalah saling memerlukan seperti aur dengan tebing tidak dapat dipisahkan. 

Dunia dihujung jari ini jika dimanfaatkan sebaiknya menjadi faedah dan amat berguna kepada semua. Pihak masjid dapat memanfaatkan untuk mengimarahkan masjid manakala orang ramai pula dapat melakukan amal jariah tanpa sempadan. Tangan diatas lebih baik daripada tangan dibawah. Jelas membuktikan orang yang memberi adalah orang yang mulia dan tinggi disisi Allah.

Sesungguhnya berkongsi sedikit rezeki yang Allah berikan tidak akan mengurangi sedikit pun nilai yang ada dalam diri. Orang akan dapat manfaat yang tinggi diatas perkongsian daripada orang yang memberi






Jom sama-sama muat naik aplikasi Sujood ini. Aplikasi ini senang, jimat dan percuma sahaja. Hanya perlu daftar sekali sahaja dan boleh menderma banyak kali. Pihak masjid pula boleh lampirkan maklumat masjid dan derma akan terus ke akaun masjid. Sesungguhnya kerja akhirat ini insyaAllah dapat balasan yang baik disana nanti

Boleh download di Apple App Store, Google Playstore atau derma sahaja melalui pautan di https://sujood.net/direktori-derma/ atau untuk maklumat lebih lanjut boleh ke laman web mereka di Sujood.net


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us