Klinik Dr Bazilah Menawarkan Rawatan Estetik untuk Wanita Pertengahan Umur : Rawatan Antiwrinkle

Klinik Dr Bazilah Menawarkan Rawatan Estetik untuk Wanita Pertengahan Tahun: Rawatan Anti-Wrinkle. Assalamualaikum. Bila dah masuk title 'wanita pertengahan umur' ni banyak perubahan akan terjadi dari banyak segi terutamanya kulit wajah. Bila kulit tidak dijaga dengan baik, ia akan nampak sangat ketara simptom terutamanya bab wrinkle atau lebih dikenali sebagai kedutan.

Bilakah episod ‘pertengahan umur’ ini berlaku? Menurut statistik, jangka hayat wanita Malaysia ialah 77 tahun, ini bermakna kita boleh menganggarkan fasa pertengahan umur bermula sekitar usia 38-40  tahun. Walaupun fasa pre-menopaus biasanya bermula pada usia 40-an, tetapi ada wanita yang mengalami tanda lebih awal ketika masih dalam usia 30-an. 

Klinik Dr Bazilah Menawarkan Rawatan Estetik untuk Wanita Pertengahan Umur : Rawatan Anti-Wrinkle


Penuaan Kulit Wanita Pertengahan Umur

Penuaan kulit wanita pertengahan umur seperti Marsha yang dah menginjak umur 40 ini ialah proses semulajadi sebenarnya. Penyebab penuaan secara semulajadi ini berlaku paling kerap ialah:

  1. Matahari : Terdedah kepada sinaran matahari ialah faktor luaran utama yang bertanggungjawab menyebabkan penuaan kulit melalui tekanan oksidatif.
  2. Pencemaran : Membiarkan kulit terdedah kepada pencemaran, kebanyakannya di kawasan bandar, boleh merangsang pelepasan radikal bebas yang merosakkan kulit.
Semakin bertambah umur, lapisan luar kulit ( epidermis ) akan menjadi lebih nipis dan dalam masa yang sama akan melambatkan proses penyembuhan luka dan dalam masa yang sama juga kedutan dan garis-garis halus juga mula kelihatan. Lebih ketara kulit kita akan menjadi kendur kerana pengeluaran dua protein penting untuk mengekalkan keanjalan kulit, kolagen dan elastin sudah berkurang. 




Biasanya kedutan tersebut boleh dilihat di bahagian dahi, bawah mata dan juga pipi. Kedutan tersebut boleh membuatkan muka kita nampak lebih tua. Bila umur makin bertambah, kulit muka pun bertambah tua juga dan kedutan muka pun semakin jelas kelihatan. Tetapi kita masih boleh lengahkan penuaan dengan cara yang betul. 

Salah satu tempat yang boleh dipercayai untuk merawat dan membantu meremajakan kulit korang adalah di Klinik Dr Bazilah, Klinik Kulit Dan Estetik Dipercayai dan Diperakui Oleh KKM. Disana korang akan diberikan konsultasi terbaik serta boleh mendapatkan kepakaran mereka dan berbincang dengan doktor bertauliah mengenai rawatan terbaik untuk kulit korang.

Jom Try Buat Rawatan Antiwrinkle di Klinik Dr Bazilah

Marsha nak suggest 1 klinik kulit dan estetik yang telah diberi rating 4.8 Bintang di Google iaitu Klinik Kulit dan Estetik Dr Bazilah. Kalau korang nak tahu, Dr Bazilah dan team merupaka pengamal kesihatan bertauliah dan mempunyai lesen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menawarkan pelbagai rawatan daripada penyakit biasa secara umum sehinggalah kepada masalah kulit dan rambut. Jadi jangan risau nak datang buat rawatan dekat sini.




Pegawai perubatan mereka memberi tumpuan kepada merawat semua masalah berkaitan kulit dan rambut dan hanya menggunakan kaedah terbaik yang terbukti secara klinikal keselamatan dan keberkesanannya. Ramai juga kawan-kawan Marsha yang ke Klinik Dr Bazilah untuk rawatan kulit muka. Semua suggest untuk buat rawatan dekat sini.

Mempunyai klinik di 3 tempat iaitu Bandar Baru Bangi, Shah Alam dan Kuala Lumpur dan korang yang berada berdekatan boleh menyemak dan survei rawatan yang diinginkan di Klinik Dr. Bazilah kerana Klinik Dr Bazilah adalah salah satu klinik kulit dan estetik terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor.




Perkhidmatan rawatan yang disediakan termasuk:

• Rawatan jerawat
• Rawatan parut jerawat
• Ekzema
• Psoriasis
• Alahan
• Pigmentasi Kulit
• Penyingkiran rambut
• Masalah rambut/rambut gugur
• Estetik
• Kulat
• Pembedahan Kecil - penyingkiran tag kulit, penyingkiran ketuat, kalus, penyingkiran tahi lalat, penyingkiran granuloma piogenik
• Penyakit Menular Seksual - Sifilis, jangkitan herpes, gonorea, klamidia

Klinik Dr. Bazilah mempunyai pasukan pegawai perubatan yang menyediakan pelanggan dengan rawatan kosmetik terkini dan paling selamat dengan hanya standard tertinggi supaya korang boleh merasai dan kelihatan menakjubkan.




Sebagai Klinik Kulit & Estetik yang dipercayai, Klinik Dr Bazilah digerakkan oleh seramai 4 orang doktor bertauliah telah memberi perkhidmatan kepada lebih 17,000 pesakit dan pelanggan dengan lebih 9000 prosedur yang berjaya dijalankan. Hebat kan!




Untuk maklumat lanjut tentang Klinik Dr Bazilah dan untuk boking appointment, korang boleh rujuk maklumat dibawah:



Klinik Dr Bazilah Bangi
C 10 G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan
Pusat Bandar 5 Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
43650 Selangor
No Tel : 03-8922 9681 / 0111-590 5931

Klinik Dr Bazilah Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A,
Seksyen 13, Shah Alam,
40100, Selangor.
No Tel : 03-5035 7359

Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
(Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul,
8, Jalan Sentul Pasar,
51000 Kuala Lumpur.
No Tel : 013-817 7005


Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us