Resepi Mudah Sahur : Masak Lemak Telur Dadar

Resepi Mudah Sahur : Masak Lemak Cili Padi Telur Dadar | Assalamualaikum.

Makin lama puasa makin tak lalu nak bersahur? Itu perkara biasa. Kadang-kadang tu berbuka pun tak tahu nak makan apa. Kadang tu sampai lalu bersahur dengan kurma dan susu je sebab dah tak lalu nak sahur dengan menu lain. 

Kali ni, Marsha nak share dengan korang menu mudah sahur yang pastinya korang akan menambah nasi..hihi. Tunas rasa korang akan berfungsi sepenuhnya bila mencuba resepi mudah sahur ni. Nak buat pun mudah dan sedap.

Masak Lemak Cili Padi Telur Dadar

Asal resepi ni Marsha jumpa dari Instagram. Kebetulan pula blur nak masak apa untuk menu makan malam baru-baru ni. Ayam dah muak, daging pun dah muak. Jadi bila nampak resepi ni terus lah laju mencuba.

Rupanya menu Masak Lemak Cili Padi Telur Dadar ni dah tengah viral sebelum ni. Ya ampun! Macam malah boleh tertinggal keretapi…hihi. So apa lagi laju-laju kita cuba dengan apa yang ada di dapur. Jom kita tengok apa bahan yang diperlukan dan cara nak masak. Jom!!

Resepi Masak Lemak Cili Padi Telur Dadar

Bahan-bahan:

1. Telur - 2 Biji
2. Tepung Jagung - 1 Sudu Besar (dibancuh dalam sedikit air)
3. Bawang Merah / Kecil - 2-3 Biji
4. Cili Padi - 7-8 Biji
5. Serbuk Kunyit - 1 Sudu Kecil 
6. Santan - 200ml
7. Air - 1 Cawan
8. Asam Keping - 2-3 Keping
9. Serai - 1 batang (diketuk)
10. Minyak masak.


Cara Penyediaan:

1. Pecahkan telur. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan kacau hingga sebati.
2. Goreng telur dadar. Ketepikan. ( Telur Dadar dipotong 3-4 keping )
3. Tumbuk / Kisar kasar bawang merah, cili padi dan serbuk kunyit.
4. Panaskan minyak (guna minyak telur dadar )
5. Masukkan bahan yang telah ditumbuk / dikisar dan juga serai.  Tumis .
6. Masukkan sedikit air dan masak hingga air sedikit kering / cili masak.
7. Masukkan 1 cawan air & santan kacau hingga mendidih.
8. Akhir sekali masukkan telur dadar yang telah di goreng dan kacau sebentar. Tutup api.





Senang je kan cara masak dia? Serius sebelum ni rasa leceh nak masak menu masak lemak cili api. Tapi yang ni rasa senang sangat. Lepas ni boleh pelbagaikan dengan guna telur rebus, ayam, daging ataupun udang.

Selamat mencuba! Nanti tinggalkan komen sedap atau tak lepas cuba ok! 




Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

2 Comments

  1. Lauk sahur yang simple je pun dah memadai kan.

    ReplyDelete
  2. Waaa.. simple tapi sure sedapa ni kalau makan panas2 waktu sahur.. :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us