Persiapan Raya 2024 Bersama Marsha | Pencuci Muka Terbaik Mesti Ada
Assalamualaikum.
Pejam celik tak sampai seminggu kita akan berpuasa. Bermakna kita akan bertemu kembali dengan bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan pada tahun 2024 ini. Tahun ini agak mencabar sebab banyak persiapan yang perlu dibuat kerana tarikh buka sekolah dan juga bulan Ramadhan hanya berbeza 1 hari sahaja. Jadi Marsha pasti ramai yang membuat persediaan masuk sekolah dan juga persediaan Ramadhan serta Raya 2024 sekaligus.
Persiapan Raya 2024
Persiapan Raya 2024 Marsha tahun 2024 sederhana sahaja. Marsha dan suami pastikan persiapan sekolah dan juga persiapan Raya 2024 seiring. Jadi tidak lah terover bajet. Raya tetap meriah. Betul tak?
Senarai Persiapan Raya 2024
- Baju Raya
- Kasut Raya
- Beg Tangan Raya
- Dekorasi Rumah Raya
- Kuih Raya
- Skincare Raya
#1 Baju Raya
Baju raya seperti sebelum ni juga Marsha beli secara online. Semenjak PKP memang Marsha lebih prefer online shopping sebab ia lebih menjimatkan masa Marsha dan suami untuk buat persediaan. Hanya pilih - add to cart dan terus buat bayaran. Kadang-kadang tu ada diskaun lebih banyak dengan pembelian online ini.
Alhamdulillah tahun ni Marsha allocated baju raya seorang 2 pasang je. Cukup lah kan. Kita besederhana tapi meriah. InsyaAllah. Sebab setiap tahun, Marsha akan balik kedua kampung belah suami dan sendiri.
#2 Kasut Raya
Untuk kasut raya Marsha hanya allocated untuk anak-anak sahaja. Masih dalam planning sebab kasut ni dia kena beli dekat kedai fizikal baru puas hati kan. betul tak? Marsha jenis cerewet bab kasut jadi Marsha buat keputusan pakai yang sedia ada yang selesa ni..hihi
#3 Beg Tangan Raya
Beg tangan Marsha pakai yang sedia ada je sebab ada yang tak rasmi lagi..hihi. Biasanya beg tangan pun Marsha beli online je dengan personal shopper. Untuk anak perempuan Marsha pun beli online juga.
#4 Deko Rumah Raya
Setiap tahun kami memang tak ada dirumah sepanjang cuti Raya sebab masih berada di kampung. Jadi dekorasi Raya tu simple sangat. Mungkin DIY je untuk nampak lebih meriah. Selebihnya pakai yang sedia ada.
#Kuih Raya
Kuih Raya ni Marsha hanya order dengan rakan-rakan tempat kerja dan ada juga beli online. Tengok jenis juga. Tapi beli tak banyak sebab nak makan sendiri dan jika tetamu datang bertandang.
#5 Skincare Raya
Ini memang sangat penting. Kena check stok skincare banyak lagi tak? If dah nyawa - nyawa ikan memang kena siap-siap order sebab dekat nak raya nanti mesti postage bermasalah dan mesti parcel kene peram even seller dah pos awal. Mula la nak stress..huhu
Nanti raya mesti lah nak rasa cantik kan? Even berada dekat dapur basuh pinggan, pergi ziarah sanak saudara tapi kulit wajah segar dari pagi hingga petang. Siapa yang tak nak kan?
Skincare Marsha pun beli online je sebab jenama yang Marsha guna ni tak ada di drugstore. Hanya boleh dapatkan secara online. Jenama apa tu? Haa….kalau korang follow Marsha, korang mesti tahu jenama skincare yang Marsha guna.
Pencuci Muka Aloe Vera - Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser Pilihan Marsha
Ini lah skincare yang Marsha dah amalkan semenjak 2 tahun lepas. Memang in love dan tak terpikir nak tukar sebab sudah serasi. Dalam rutin penjagaan wajah, pencuci muka amat penting. Sebab ia yang akan tentukan muka kita bersih dari cela dan juga pori tersumbat.
Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser adalah pencuci muka terbaik yang pernah Marsha guna. Tekstur dia sangat ringan. Paling best buih dia sangat banyak. Tak perlu nak buat buih dengan air sebab Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini bila pump terus keluar buih. Menarik kan?
Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak
Kalau korang nak tahu, kulit Marsha jenis kombinasi. Jadi ada bahagian yang kering dan bahagian zon T berminyak. Sebelum setia dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser , Marsha mengalami masalah nak cari skincare untuk kulit berminyak.
Bila pertama kali cuba Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni Marsha dapat rasa kulit lebih segar dan bertenaga. Paling best ia dapat kawal sebum minyak di bahagian yang berminyak.
4 Sebab Marsha Jatuh Cinta Dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
#1 Mencuci Hingga Ke Liang Pori
Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser membersihkan kotoran dalam kulit dan buang sel mati.
#2 Menghilangkan Sebum ( Minyak )
Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser bertindak membuang sebum berlebihan & bersihkan minyak dengan mudah.
#3 Melembapkan dan melicinkan kulit
Kandungan Aloe Vera membuatkan kulit rasa lembap. Kulit sentiasa lembap dan tidak kering.
#4 Kulit lebih Menenangkan
Kulit Marsha yang keradangan jadi lebih baik. Ini kerana kandungan minyak Tea Tree sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Cara Penggunaan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser
Cara penggunaan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser mudah sahaja. Hanya pump untuk dapatkan water soft bubble texture dan terus boleh cuci muka.
Buih Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni memang banyak. Puas hati dan memang recommended kalau korang jenis suka cuci muka dengan buih yang banyak macam ni.
Lepas cuci muka dengan Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser kulit wajah segar sangat. Sebab tu Marsha in love sangat! Korang jangan risau sebab Hansaegee Nature Aloe AC Bubble Cleanser ni diperbuat dari bahan semualajadi. Ia bebas merkuri dan juga bebas paraben, bebas sulfat dan alkohol.
Walaupun cuti sekolah, tetapi Marsha masih bekerja sebab kena jadi pengawas SPM. Walaupun cuaca panas, kulit wajah Marsha tetap segar dan bertenaga walaupun berada di luar. Korang tengoklah sebelum jaga exam dan selepas jaga exam. Nampak segar kan?
Beli Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser Dapat Banyak Hadiah Percuma
Marsha dah shopping dah pencuci muka Hansaegee Nature Aloe AC Clean Bubble Cleanser ni sebab ada banyak hadiah percuma sempena raya. Best tau! Macam-macam pakej yang ada sempena raya ni. Semua hadiah best-best! Marsha dah grab set yang ni. Jom korang grab awal tak kalut…hihi.
Marsha memang kena beli stok skincare awal sebab kata nak cantik sebelum raya kan? Jadi Marsha ada masa lebih kurang sebulan untuk kekalkan kesihatan dan kecantikan kulit. Kulit akan jadi lebih glowing bila raya nanti. Dah tak ada drama bad mood di hari raya dengan kulit wajah yang ‘breakout’ sebab dah ada penyelamat..hihi. Jadi korang pun Marsha cadangkan beli siap-siap stok okay! Baru senyum dan cantik di pagi raya.
🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Part Time Blogger
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel
Collaboration & Review Blogger
0 Comments
Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)