Beginner DIY ke Yunnan, China : Tips

Beginner DIY ke Yunnan, China : Tips | Assalamualaikum

Kita payung depan Chagee di Dali, Yunnan, China.

Boleh ke DIY ke China? Itu yang selalu bermain di fikiran Marsha sebelum ini. Tak pernah DIY pun. Serius. Sebelum ni yang travel tu semua agen. Kecuali ke Thailand ( Phuket, Krabi, Hatyai, Songkla, Bangkok, Hua Hin dan lain-lain ). Itupun sebab self-drive kan. Lepas tu 'buddy travel' pun memang biasa DIY. Rupanya boleh je. Berani dengan tak je sebenarnya. Tapi berani pun kena dengan ilmu lah..betul tak? So Januari 2025 akhirnya tercapai jugak impian ke Yunnan bersama suami dan anak-anak (3 Dewasa, 2 Kanak-kanak). Anak Marsha yang sulung dah 17 tahun so dah dikira dewasa. Tips nak DIY ke Yunnan, China sebenarnya tak banyak sangat pun sebab Marsha banyak rujuk Tiktok. Sebab bila try google tak berapa banyak post tentang Yunnan ni. So, kali ni haruslah Marsha share dekat blog even trip Phuket, Krabi, Bangkok dan segalanya belum up lagi...hihi.

Marsha tak pernah terpikir nak ke China pun sebab persepsi sampai rasa risau nak kesana. Sebab tu orang cakap 'Don't Judge a Book by It's Cover'. Untuk menghilangkan persepsi tu Marsha nekad nak bermula dengan Yunnan. Tambahan lagi keturunan Marsha dari Yunnan, China. So alang-alang menelusuri keturunan sendiri even tak de family dah dekat sana.

Bagaimana menjadi Pemula ( Beginner ) Travel DIY?

Permulaannya sebagai beginner, semestinya kita perlu study banyak benda. Macamana nak buat itinerary, nak booking flight macamana? Hotel nak tempah kat mana? Banyak kena susun. Memandangkan kami pergi berlima sahaja. Banyak kena pikir. Bukan mudah. Jadi Marsha banyak ambil tips dekat platform TikTok sebab travel Yunnan ni tengah hype. Info-info yang ada tu kira antara latest. Kita boleh ambil kira.

1. Cari Tarikh yang Sesuai

Sebagai penjawat awam, tarikh memang lah sangat penting. Kena pilih tarikh yang sesuai sebab nak kena apply kebenaran keluar negara awal. So, Marsha pilih cuti sekolah akhir tahun pada Januari 2025 lepas. Husband Marsha pun kena apply cuti tapi dia senang sikit dari Marsha yang memang kena tunggu cuti sekolah. Lagipun anak-anak pun kena tunggu cuti sekolah juga.

Cuti sekolah tiket mahal? Terpaksalah macam tu. Tapi rasanya tiket kami pergi hari tu quite ok lah. Tak murah dan tak mahal sangat. Tarikh yang kami pergi ni kebetulan musim sejuk (winter). Anak-anak pun nak main salji so here we go!!!




2. Tempah Tiket Kapal Terbang Kat Mana?

Seriously, Marsha tak pernah booking flight ticket....hahahaha. Lama juga la decide nak beli flight ticket tu sebabnya harga dia mahal. Cecah RM 7-8K return untuk (3A 2K). Semua masuk survey. Apps AA, Batik Air, MAS dan juga apps third party yang lain. Siap follow tips beli hari rabu awal pagi...hahahaha. 

Akhirnya Marsha berjaya booking flight ticket melalui third party apps iaitu Trip.com . Lagi murah dari apps lain. Dapat RM4.6K return naik AA. Sorang dalam RM800++ return gitu. Tambah luggage 20KG pergi dan 25KG return cecah hampir 5K. Oklah kan...hihi. Marsha booking tiket flight 2 bulan sebelum pergi sebab Marsha kena apply kebenaran keluar negara 45 hari sebelum. Biasa Marsha buat 2 bulan sebelum.




3. Beli Travel Insurance

Sangat penting! Kalau tanya Marsha memang sangaaaaattttt penting! Apa apa berlaku ada jaminan. Kita tak minta apa apa tapi kene bersedia dari segala segi. Sebelum apply borang kebenaran keluar negara, travel insurance perlu dikepilkan skali selain flight ticket.

Marsha setiap kali travel memang amid Etiqa 360 je. Banyak lagi travel insurance yang ada. Korang pilih je mana orang suka janji kena ada. Apa-apa berlaku dekat luar tu diluar perancangan kita. So kita kena ada backup.

4. Isi Borang Kebenaran Ke Luar Negara (Wajib bagi Penjawat Awam)

Bagi penjawat awam macam Marsha memang wajib. Kalau tak buat nanti akan kena tindakan tatatertib dan jika berlaku apa-apa semasa kita travel kita akan susah nanti. Sekarang ni penjawat awam dah boleh isi dalam HRMIS dan tunggu je approval.

Marsha buat 2 bulan sebelum sebab senang awal-awal tak kalut. Depends pada jabatan masing-masing. Bila dah setel barulah lega dan boleh ke next step.

5. Buat Itinerary

Dah setel flight ticket, borang kebenaran keluar negara dan juga travel insurance barulah boleh buat itinerary dengan yakin...hihi. Dalam proses buat itinerary ni Marsha banyak rujuk dekat aplikasi TikTok. Lama juga buat itinerary ni sebab itinerary saya ni agak lain dari yang di share dekat aplikasi TikTok. Marsha fokus nak cover 4 daerah iaitu Kunming, Shangri La (Xianggelila), Lijiang dan Dali. 

Jadi apa yang Marsha buat, Marsha sesuaikan dengan masa kami sebab kami bawa anak-anak yang below 12 tahun. Jadi kena agak santai. Tambah pula tarikh yang kami pergi ni musim sejuk ( winter ). Kita tak biasa dengan cuaca sejuk jadi kena prepare juga dari segi masa.

6. Booking Hotel dan Speedtrain

Setelah siap itinerary, barulah Marsha mulakan booking hotel dan juga speedtrain. Untuk pengetahuan korang, pergerakan dari satu daerah ke satu daerah kami akan naik speedtrain. Jadi kena booking awal juga kalau tak cepat full.




Booking hotel dan speedtrain juga Marsha guna apps Trip.com sebab lebih senang. Sangat flexible dan jika ada masalah team mereka cepat membantu. Speedtrain china ada beberapa kelas. Marsha ambil kelas 2 sahaja sebab seat nam-ngam 5 sebaris. Cukuplah untuk kami anak beranak. Ruang dalam train walaupun kelas 2 sangat luas. Memang selesa.

7. Tukar Duit RMB dan Sediakan Kad Wise

Ada yang prefer cashless tapi sebenarnya tukar cash matawang RMB pun penting. Kena standby juga if line tak ok atau phone kehabisan bateri. Macam Marsha, Marsha tukar dalam RM2000 ke matawang RMB. Selebihnya Marsha cashless dan sediakan kad wise yang di 'link' kan dalam apps Alipay. Tp honestly kat Yunnan ni memang mostly cashless. Memang senang sangat.


8. Sediakan Pakaian Yang Sesuai Mengikut Musim

Disebabkan kami ke Yunnan musim sejuk, jadi bab prepare pakaian kami kena lebih fokus. Ini disebabkan salah bawa baju boleh jatuh sakit kami kat sana. Jadi Marsha lebihkan stoking dan juga heat pad. Winter coat sorg satu. Yang banyak adalah 'Heattech' inner. Better cari yang ultra warm. Kami yang dewasa cari bundle dan shine je. Tapi anak-anak below 12 kami guna brand Uniqlo. Baju jalan biasa tu kami kurangkan sebab kat sana memang tak berpeluh. So basuh kat sana sahaja.

Bila dah setel semua, bermakna kita dah ready dah nak fly ke Yunnan. So ini sahaja tips simple dari Marsha. Kalau korang nak tanya apa-apa boleh drop komen tau.





Marsha 
Part Time Blogger 
Niche Lifestyle, Parenting, Healthy, Beauty & Travel 
Collaboration & Review Blogger

0 Comments

Subscribe Us