Sekentut

Ni adalah nama pokok.
Ade ke pokok nama SEKENTUT???
Klakar kan??? Jwpn ibu mmg ade dan ia amatttttttttttt...busuk..hehehe.
Namun begitu, dengan nama yang agak kelakar & baunya yang busuk, ia adalah sejenis pokok herba. Xcaye??? Ibu dulu adalah student Forestry dulu & kini.
Memang ada pokok ni..kekadang dulu ade jumpa pokok sekentut ni..hehe.
Pokok sekentut ni mempunyai nama saintifik yang unik iaitu Paederia foetida dari famili Rubiaceae itu mengeluarkan bau yang agak busuk apabila disentuh atau ditiup angin.
Ia adalah pokok herba yang menjalar dengan daun panjang melonjong.
Selalunya ia memanjat dan melilit di pagar atau pokok lain.
Walaupun baunya agak busuk, masih ramai yg menggunakannya daunnya sbg ramuan dalam masakan.Bagi masyarakat Peranakan Baba Melaka, daun sekentut dijadikan ramuan untuk nasi ulam selain daun mengkudu, kaduk, pagaga dan ulam raja.
Nak tgk rupa pokok sekentut ni??
Tadaaaaaaaaaaaaa!!!

Kata pokok herba kan?? Khasiatnya??

Daun sekentut juga digunakan untuk menghilangkan bintik-bintik merah pada kulit bayi dengan menumbuk halus daun sekentut lalu diperah untuk mendapatkan airnya.Air perahan itu kemudian disapukan pada tempat yang dijangkiti gatal-gatal atau bintik merah berkenaan.Selain itu, daun sekentut juga dipercayai boleh mengelakkan rambut cepat beruban walaupun pada usia muda.Selalunya daunnya dijemur sehingga kering dan kemudiannya dibakar sebelum direndam dengan air panas.Air rebusan atau air rendaman kemudian dilapkan di kepala dan dibiarkan kering.

Selain itu juga, menurut Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap, daun sekentut mujarab untuk membuang angin.
Selain itu, kata beliau, ia juga boleh membantu mengubati sakit perut dan bisa-bisa sendi.
Beberapa helai (sekurang-kurangnya lima helai) daun sekentut dibersihkan terlebih dahulu dan kemudiannya direbus.

Unikkan pokok sekentut ni....ingat masa degree dulu...ada kwn sanggup amik pokok sekentut ni masukkan kat dlm beg kwn ibu lg sorang. Kami dok bau busuk dlm bas. Cari punya cari rupanya pokok sekentut............hehehe...klakar tul....(^_^)

Kwn2...kalau terjumpa pokok sekentut ni jgn buang tau.....ia pokok herba & amat berguna walaupun baunya busuk sket....hehehe.


2 Comments

  1. banyaknya "kentut"..rasa mcm nak terkentut membacanya..hehehe!!

    ReplyDelete
  2. Lynn...

    hahaha.....namanya pokok sekentut....hehe

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us