Minyak Tenang Anakanda by Ning Salmah

Assalamualaikum & selamat pagi buat semua readers
Moga semua sentiasa sihat dan ceria bersama keluarga masing-masing ye
Yang masih mood holiday teruskan dengan mood holiday anda
Yang mula bekerja jom berkerja sekueknyo kito....hihihi

Okey harini Marsha nak review satu lagi produk iaitu Minyak Tenang Anakanda by Ning Salmah.
Pernah dengar tak?
Mesti pernah kan?
Produk ni membantu masalah kembung perut bayi yang membuatkan bayi meragam setiap malam terutamanya.
Kalau belum meh Marsha ceritakan serba sedikit tentang Minyak Tenang Anakanda by Ning Salmah ni.


Minyak Tenang Anakanda dirumus khas dengan pati herba tradisional yang telah digunakan selama 5 generasi.
Campuran bahan ini disediakan khusus untuk kegunaan bayi baru lahir, sehinggalah kanak-kanak yang sudah besar.
Malah, minyak ini boleh dikongsi untuk seisi keluarga, terutamanya untuk sesiapa sahaja yang tidak gemar menggunakan minyak herba yang panas atau berangin.
Minyak Tenang Anakanda by Ning Salmah ni dihasilkan dengan menggunakan herba-herba yang semulajadi tau.
Herba-herba semulajadi yang digunakan adalah seperti berikut:
  • Minyak Kayu Putih (Eucalyptus Oil)  - Membantu dengan kahak dan selsema dan mempunyai ciri-ciri antiseptik
  • Minyak Buah Pala (Nutmeg Oil) - Melancarkan pencernaan dan mengurangkan angin/kembung
  • Minyak Cengkih (Clove Oil) - Membantu sirkulasi darah dan masalah kulit
  • Minyak Daun Pudina (Peppermint Oil) - Mempunyai bau yang menenangkan dan mempunyai ciri-ciri antibakterial. Juga bagus untuk angin dan kembung.
Gabungan herba-herba terpilih ini juga mampu mengatasi masalah-masalah lazim yang dialami oleh bayi baru lahir seperti kembung perut,batuk,selsema dan masalah kahak.
Minyak Tenang Anakanda juga harus menjadi minyak pilihan anda kerana perbezaan yang amat ketara dengan minyak bayi yang lain. 
Perbezaannya ialah:
  • Minyak Tenang Anakanda tidak panas serta sesuai untuk kulit bayi dan kanak-kanak
  • Minyak Tenang Anakanda mudah meresap bila disapu berbanding minyak telon yang lain
  • Sesuai untuk semua jenis kulit bayi dan kanak-kanak . Boleh juga disapu kpd bayi jika terkena gigitan nyamuk dan serangga yg boleh yg keselesaan.
  • Minyak Tenang Anakanda ini hanya mengandungi bahan-bahan herba tropika yang suci serta tiada unsur alkohol atau seumpamanya
  • Harganya juga mampu milik dan dibotolkan dalam kuantiti 100 ml, boleh bertahan 2-3 bulan
Ok dah tau kan tentang Minyak Tenang Anakanda by Ning Salmah ni?
Meh kita tengok beberapa testimoni dari pengguna pula:





Untuk mendapatkan Minyak Tenang Anakanda by Ning Salmah ni boleh lah order di blog 
Juga boleh layari Facebook Page   
untuk melihat testimoni dan order melalui FB Page.
Untuk reply yang lebih pantas untuk order boleh hubungi terus ke nombor 
012-699 2604 
untuk sebarang pertanyaan dan order.

Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

0 Comments

Subscribe Us