MOANA gadis yang bersemangat tinggi

Assalamualaikum....
Nak tanya sape suka layan kartun dalam wayang???
Kalau ada meh kita seppppp 😆😆

26 Nov lepas Marsha,suami dan Anith pegi layan wayang citer MOANA.
Sebenarnya MOANA ni release date dia nextweek nya.
Tapi sebab TGV ada sneak preview so boleh lah tengok awal sikit dari release date sebenar....hihi
Untuk cerita ni Marsha bagi 5 BINTANG.
Kartun nya yang comel dan juga jalan cerita yang best.

Ok serba sedikit tentang filem MOANA ni.
Moana adalah seorang gadis dan anak ketua kampung yang berazam untuk menyelamatkan kampungnya dari sumpahan Te Fiti dengan mengembalikan 'Heart Of Te Fiti' yang telah dicuri oleh Maui seorang lelaki yang dipercayai separa tuhan.
Maui mencuri 'Heart Of Te Fiti' kerana nak membantu orang kampung tetapi salah perkiraan.

Dan dengan ini Moana berazam untuk mencari Maui dan memulangkan kembali 'Heart Of Te Fiti' yang telah dicuri
Pelbagai onak duri yang dialami oleh Moana tetapi dia dibantu oleh lautan dan juga semangat ikan pari neneknya.
Adakah dia berjaya menghabiskan misinya?

Nak tau kena tonton tau.
Kalau Marsha share kat sini tak teruja pula nak tengok nanti kan?..hihi
Ok sesambil tu meh layan pic anak dara
Seronok dia dapat tengok Moana...hihi






Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2017

2 Comments

  1. lagu dalam filem ini pun best juga kan kak marsha...tak sempat tengok lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui arz, lagu dia best-best...bwk cik puteri tgk mesti puteri suka 😊😊

      Delete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us