Tak Popular??? Tapi 6 Blog Ni Yang Pasti Berguna Untuk Anda

Assalamualaikum semua.....sihat ke?
Hope semua sihat yer disamping yang tersayang.
Kalau kita gugel kita tengok penggunaan media sosial amat femes dari kalangan kita dari anak anak ke ibu bapa atau yang bujang trang tang tang...betui tak?? 😘
Tau dak kita sendiri ada pelbagai website atau blog yang lebih bermanafaat dari media sosial?
Meh sini Marsha nak share serba sedikit info-info untuk pengetahuan umum
Jom kita tengok.....

Pada tahun 2014, terdapat lebih kurang 1 billion website dan blog. Korang  pasti terkejut bukan? 1 billion bersamaan dengan 1000 juta, sejuta ada sebanyak seribu kali. Kalau website dah banyak sangat, mesti susah nak cari website yang berguna untuk kita bukan.

Disini Marsha nak share beberapa website atau blog dalam Malaysia yang sangat berguna tetapi ramai orang tidak tahu. 6 website yang anda wajib lawati tetapi ramai yang tidak tahu akan website2 ini. Website yang dinyatakan telah memberi manfaat kepada kita walaupun tak popular...hihi


1. Jawatan kosong



Government.my menyediakan lebih 10,000 jawatan kosong sektor awam yang khusus di Malaysia. Laman web atau blog ini menyediakan banyak peluang-peluang pekerjaan baru. Di samping itu website ini menyediakan pelbagai info dan isu semasa yang berkaitan. Jadi buat kawan-kawan yang ingin mencari kerja di sektor awam eloklah sentiasa masuk ke website ni ye ☺

2. Jawatan kosong kerajaan


Laman web  JawatanKosong.co ini pula lebih fokus kepada mereka yang mencari jawatan kosong dalam sektor kerajaan dimana jawatan ini gajinya lebih lumayan, terjamin dan sudah pastinya senang nak buat loan betul? Akan tetapi kerja kerajaan ni sudah pasti bukan senang nak apply, orang kata kena guna kabel tak tau la betul ke x sebab kita ni kerja blogger je. Tapi apapun cuba yer sebab rezeki tak kan tersalah alamat. Betul tak?? ☺

3. Kerja Kosong


Kerjakosong.co pula merupakan portal pekerjaan dimana portal ini menghubungkan majikan dengan pekerja. Dalam portal ini, majikan boleh submit dan publish tawaran kerja kosong terus kepada mereka yang berminat. Jika anda mencari pekerja, atau anda ingin mencari pekerjaan yang gaji tinggi, sila lawati portal ini dan bookmarknya sekarang. Kiranya website ni mesra majikan dan pekerja ☺

4. Saps Ibu Bapa


Eh, apa benda ni saps ibu bapa? Haaaa! Laman web ini sangat berguna pada waktu musim persekolahan terutamanya semasa musim persekolahan. Ia adalah laman web untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka. Anda boleh semak keputusan peperiksaan semudah dengan isikan no kad pengenalan anak dan nama penuh. Saps adalah singkatan kepada sistem analisis peperiksaan sekolah dan dibangunkan oleh KPM.
Kat sini ibu bapa boleh cek keputusan peperiksaan bulanan dan tahunan secara online. Mudah bukan?

5. APDM

Laman web apa APDM ni? Okay APDM ni pula ialah laman web untuk cikgu-cikgu macam Marsha mengisi data-data murid seperti kehadiran, mata pelajaran dan lain-lain. Sistem ini juga dibangunkan oleh KPM demi memajukan sistem pendidikan sekolah Malaysia. APDM bermaksud aplikasi pangkalan data murid. Jadi segala maklumat murid akan diisi secara lengkap dan memudahkan pelajar memohon kemasukkan kemana-mana institusi melalui maklumat yang ada dalam APDM tersebut.

6. Hrmis2

HRMIS ini merupakan aplikasi dalam talian yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Pengurusan sumber Manusia ataupun dalam bahasa inggerisnya Human Resources Management Information System. Aplikasi ini digunakan oleh setiap penjawat awam untuk permohonan cuti mahupun mengemaskini maklumat peribadi mereka dari semasa ke semasa.

Diharapkan agar pengenalan kepada 6 website yang berguna tapi tak popular ini membantu pembaca sedikit sebanyak. Share dan sebarkan kepada rakan-rakan semoga ianya bermanfaat kepada semua. :)

Jadi mulai harini Marsha harap semua boleh cuba menggunakan website-website yang Marsha share kan ni terutama buat ibu bapa yang ingin mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak dan juga kawan-kawan yang tengah mencari kerja samada di sektor awam, kerajaan ataupun swasta.
Moga sharing kali ni bermanafaat buat semua ya.
Sharing is caring 😘😘😘

Marsha
Part Time Blogger
Review Blogger
Shaklee ID shoot to Master

4 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us