SAPS Ibu Bapa - Cara Mengetahui Keputusan Anak-Anak Secara Online

Assalamualaikum WBT

Nampaknya ni entry PERTAMA tahun 2017 ni..alhamdulillah.
Arini Marsha nak sentuh dan share serba sedikit tentang satu aplikasi laman web yang amat membantu Ibu Bapa untuk mendapatkan keputusan peperiksaan anak-anak paperless.
Untuk kemudahan para Ibu Bapa, terutamanya yang sibuk bekerja.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan satu laman web khas untuk Ibu Bapa mengakses keputusan peperiksaan bulanan, pertengahan tahun atau akhir tahun anak-anak mereka.
Juga peperiksaan yang penting seperti UPSR,PT3 dan SPM.

Asyik bercerita tentang SAPS Ibu Bapa je ni. Tp apa SAPS Ibu Bapa itu? Kenapa anak-anak dan ramai orang bercakap mengenai saps ibu bapa ini? Sebelum bercerita lanjut, baca dulu artikel ini sampai habis. Semoga ianya bermanfaat untuk semua ibu bapa di Malaysia terutamanya.

Sebagai ibu bapa, kita sangat perlu untuk menitik beratkan pendidikan anak-anak. 
Pendidikan yang terbaik untuk anak-anak dapat menjamin keterusan masa depan mereka di dalam era globalisasi yang mencabar ini. 
Bagaimana untuk memastikan anak-anak kita sentiasa berada dalam keadaan terbaik dalam pembelajaran mereka?
Bagaimana memastikan anak kita terus cemerlang dalam pelajaran dan dalam masa depan mereka?

Menurut pakar, antara cara terbaik memastikan kecemerlangan anak kita adalah dengan sentiasa memantau keputusan peperiksaan mereka. 
Ya, sebab keputusan peperiksaan mereka merupakan cerminan kepada prestasi pembelajaran mereka. 
Jadi, kita perlu sentiasa memastikan keputusan peperiksaan anak-anak kita berada pada keputusan yang terbaik!
Oleh itu sesibuk mana pun kita perlu luangkan masa untuk mengetahui keupayaan anak-anak kita dalam pembelajaran supaya kita dapat memperbetulkan apa yang tidak betul.

Bila kali terakhir anda cek keputusan peperiksaaan anak anda dan bila kali terakhir anda suami isteri berbincang bersama demi memastikan kecermalangan anak-anak? Tak pernah? 
Jangan macam itu, sila ambil berat dengan pendidikan anak-anak. 
Oh ya, mungkin dulu susah untuk dapat tengok keputsan anak-anak, sekarang da mudah boleh cek secara online! 
Senang kan? Boleh guna smartphone akses dimana sahaja.




Sistem SAPS ini merupakan sistem yang agak baru diperkenalkan. SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia.
Sistem ini berfungsi hanya di atas talian ( online ) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD, sekolah dan ibu bapa mengikut keperluan masin-masing.
Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki dan memabantu Ibu Bapa untuk mengakses maklumat yang diperlukan.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat satu sistem online bagi membolehkan ibu bapa membuat semakan keputusan anak-anak melalui online. Sistem ini adalah sistem SAPS Ibu Bapa yang direka bagi membolehkan keputusan peperiksaan diakses dengan mudah untuk pelajar tahun 1 hingga tingkatan 5.




Sebelum wujudnya sistem semak keputusan peperiksaan SAPS ibu bapa ini, ibu bapa perlu ke sekolah setiap kali habis musim peperiksaan untuk memeriksa keputusan anak-anak. Ibu bapa perlu bertemu guru kelas, membuat appointment dengan guru, dan hal ini sangat memakan masa dan tenaga.
Ada diantara ibu bapa yang tak mempunyai masa langsung untuk berjumpa guru dan hanya mengetahui keputusan melalui anak-anak.
Jadi tiada perubahan yang ibu bapa boleh nilaikan dan ini juga akan memberikan kesan negatif kepada anak-anak kelak.

Sistem SAPS ini juga dikenali sebagai SAPS NKRA Ibu Bapa, singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan NKRA ialah National Key Result Area. Sistem ini dicipta oleh kerajaan bagi memudahkan penyimpanan data mengenai sistem pendidikan dan taraf pendidikan Negara kita.
Jadi buat ibu bapa yang belum tau, kita boleh mengakses keputusan peperiksaan anak-anak kita hanya dihujung jari sahaja.


Untuk memeriksa secara online sila klik di sini → 

SAPS Ibu Bapa - Semak Keputusan Peperiksaan.


p/s: Anda digalakkan menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau terjadi Laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa. Jika anda menggunakan website official atau website lain, ia akan menyukarkan proses semakan kerana server tidak dapat menampung pengguna yang banyak dalam satu masa. Jadi melalui website yang saya cadangkan, insyaAllah tiada lagi isu frust sewaktu menyemak keputusan peperiksaan anak-anak dan ia memudahkan kerja kita lagi insyaAllah.

Oh Ya, Saps Semakan Ibu Bapa boleh diakses melalui online, dan keputusan-keputusan yang boleh ibu bapa dapatkan daripada sistem ialah keputusan-keputusan setiap peperiksaan, dari murid darjah 1 hingga keputusan murid tingkatan 5. Selain itu, keputusan UPSR, PT3 dan SPM juga akan diupdate ke dalam sistem SAPS NKRA ini.

Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila terus prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. 
Jadikan kelebihan teknologi ini satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.
Dan akhirnya kita dapat memantau anak-anak kita dengan lebih teratur untuk masa depan mereka kelak.


Psstttt............Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai SAPS Ibu Bapa online ini dan boleh semak keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya secara online.



Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

2 Comments

  1. sangat berguna sistem ini time sekolah dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul senang untuk ibu bapa pantau keputusan anak anak....:)

      Delete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us