Grand Opening MBH Medispa Sungai Petani, Kedah - 1 April 2017

Assalamualaikummm...

Apa khabar semua kawan-kawan blogger & readers?
Moga kalian sentiasa sihat disamping keluarga tersayang okey.
Semoga ceria selalu.....💓💓

Okey...kat FB dan Instagram sebelum ni Marsha pernah share tentang satu event yang Marsha pergi.
Kali pertama sebagai jemputan khas dari pihak MBH Medispa.
Jemputan ini sempena pembukaan cawangan MBH Medispa yang ke-11 di Sungai Petani.
Jadi dari Ipoh, Marsha ke Sungai Petani untuk sama-sama memeriahkan Majlis Pembukaan MBH Medispa Sungai Petani bersama rakan-rakan Blogger Utara yang lain.
Jadi malam ni Marsha nak share serba sedikit tentang Majlis Pembukaan MBH Medispa di Sungai Petani.



Majlis Pembukaan MBH Medispa cawangan Sungai Petani juga dimeriahkan dengan artis-artis yang dijemput khas iaitu Lisdawati, Fareez Mentor & Qody Mentor.

Okey kami sebenarnya datang wakil berenam dari Blogger Utara.
Ni lah kami semua.............semuanya sporting.
Ada yang Marsha pernah jumpa sebelum ni dan ada 1st time bersua muka....tapi macam dah kenal lama.



Event bermula jam 2 petang tapi kami sampai awal untuk melihat persiapan pembukaan dan jamuan makan.
Setibanya kami ke destinasi kami semua disambut mesra oleh salah seorang staff MBH Medispa iaitu Puan Zalia.
Beliau memberi sedikit sebanyak penerangan tentang tentatif program dan juga maklumat tentang MBH Medispa.
Suasana agak meriah dengan customer yang nak buat skin analysis dan membeli produk serta grab harga promo di hari istimewa ini.
Setelah selesai kami di brief oleh Puan Zalia kami memulakan kerja-kerja kami untuk capture moment di sana.




Ok nak kenal tak insan penting MBH Medispa ini?
Nama beliau ialah Puan Yaya Mohammad dan adalah PENGASAS atau Owner MBH Medispa ini.



Cantik orangnya kan?
Okey meh Marsha ceritakan sedikit tentang MBH Medispa ni.
MBH Medispa ni nama asalnya ialah Maya Beauty House bersempena dengan nama anak Puan Yaya Mohammad, Pengasas MBH Medispa.
Puan Yaya adalah anak kelahiran Johor yang kini menetap di Ibu Kota KL. Puan Yaya berumur 37 tahun.
Success women walaupun masih muda. Sangat menjadi inspirasi.
Kami dimaklumkan oleh Puan Yaya sendiri semasa sesi temuramah, Puan Yaya bukan dari bidang health & beauty sebenarnya. 
Beliau dari bidang Kejuruteraan dan menceburi Bidang Health & Beauty ni kerana minat yang mendalam.
Beliau sambung study dekat Indonesia sebelum membuka MBH Medispa ini kerana pada Beliau, ilmu adalah amat penting.
Dan sangat mengagumkan kerana cawangan MBH Medispa di Sungai Petani ini adalah cawangan yang ke-11.
Bakal menyusul cawangan yang ke-12 di Bertam, Pulau Pinang.
Jom Marsha sharekan cawangan MBH Medispa yang lain...


  1. Ampang - Galaxy Ampang Shopping Centre
  2. Bangi - Taman Putra Kajang
  3. Cheras - Bandar Sri Permaisuri
  4. Johor Bharu - UDA Business Centre
  5. Kota Damansara - The Strand Damansara
  6. Melaka - Koya Fesyen MITC
  7. Negeri Sembilan - Pusat Bandar Senawang
  8. Shah Alam - Alam Avenue 2
  9. Wangsa Maju - Taman Seri Rampai
  10. Ipoh - Meru Bestari
Jadi pada yang berdekatan dengan cawangan-cawangan diatas boleh lah ke cawangan terdekat dan buat treatment di sana yer...:)


Perkhidmatan yang disediakan di MBH Medispa ini lebih fokus kepada aspek rawatan kecantikan wajah dengan sedikit tambahan elemen moden dan juga tradisional. 
Antara rawatan yang disediakan ialah seperti rawatan Micro needle Dermapen untuk parut, Clinical Acne untuk jerawat, Oleous skin treatment untuk kulit yang berminyak, Stem Cell Anti-aging untuk rawatan anti-penuaan dan pelbagai lagi rawatan yang lain. 
Harga rawatan bermula serendah rm70 (yg paling basic)  hingga RM600.
Antara keunikan yang terdapat di pusat rawatan kecantikan MBH Medispa ini adalah, mereka menggunakan produk organik buatan sendiri yang dijamin halal, selamat dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Sebelum upacara Perasmian kami di jamu dengan jamuan yang sangat sedap tau...








Ok jom kita tengok suasana semasa Perasmian Pembukaan MBH Medispa Sungai Petani.




Ucapan Alu-Aluan dari Pn. Yaya Mohammad dan Pn. Lisdawati









Upacara Pemotongan Kek





Upacara Perasmian oleh Pn Lisdawati


Ok jom kita tengok pula aktiviti semasa seharian event berlangsung...



Sebelum balik kami sempat berposing dengan Puan Yaya, Pn Lisdawati, Fareez Mentor, Cody Mentor dan juga Duta MBH iaitu Afiq.





Majlis yang meriah dan seronok.
Terima kasih MBH Medispa menjemput kami semua 💓💓💓💓

Lokasi MBH Medispa Cawangan Sungai Petani:


19, Jalan Cempaka 1, 
Bandar Amanjaya, 
08000 Sungai Petani, 
Kedah

(Bersebelahan Zhulian)

Tel: 018-299 9039

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai MBH Medispa sila layari laman web dan media sosial MBH Medispa seperti di bawah :


       Blog: www.mbhmedispa.com

Facebook:MBH Medispa 
Instagram: mbh_medispa



Marsha 
Part Time Blogger 
Review Product & Place Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

0 Comments

Subscribe Us