KELAINAN CITA RASA ENAK DENGAN SELERA ASIA DENGAN RANGKAIAN SOS ASIAN TWIST

/
0 Comments
Rangkaian sos Asian Twist oleh Lee Kum Kee menjanjikan tarikan yang berlainan kepada selera anda dan menjadikan juadah lebih lazat dengan perisa enak dari Vietnam, Jepun dan Thailand!

Vietnamese Style Lemon Dressing memberikan sentuhan segar kepada hidangan dengan perahan buah lemon yang membuka selera dan madu manakala Japanese Style Dressing pula menambah keenakan perisa umami yang unik dalam setiap hidangan bersama campuran cuka beras, kicap, bijan dan sos lada masin. Menjadi kegemaran sejati bagi rakyat Malaysia yang sukakan rasa yang berbeza, Thai Sweet & Sour Dressing bakal menjadi pilihan utama dengan perisa dari cuka beras serta sos ikan.





Tanpa MSG tambahan, rangkaian Asian Twist oleh Lee Kum Kee adalah sos yang boleh digunakan sebagai kuah salad atau pun pencicah. Tidak kira sama ada anda mahukan sos bagi menjadi gandingan dalam hidangan salad rangup, celupan enak untuk popia dan gyoza, atau ingin menyediakan sandwic lebih lazat untuk bekal makan tengah hari anak anda, Asian Twist oleh Lee Kum Kee mampu menambahkan perisa menarik kepada sebarang hidangan Asia atau pun Barat.

Semua orang tahu bahawa sos adalah rahsia sebenar yang menjadikan hidangan itu lebih lazat, tetapi tidak semua orang mempunyai masa atau kemahiran menyediakan juadah yang lazat dan memuaskan hati dari bahan asas. Sos Asian Twist oleh Lee Kum Kee menawarkan penyelesaian mudah yang serba boleh kepada pengguna bagi menyediakan hidangan snek sihat yang sedap rasanya.


"Tidak mudah untuk mendapatkan keseimbangan, antara penyediaan yang senang dengan pemakanan yang sihat terutamanya pada harga yang berpatutan, tetapi kini dengan sos Asian Twist oleh Lee Kum Kee, pengguna boleh menyajikan salad lazat dan menyediakan snek di rumah atau di tempat kerja dalam masa yang singkat. Rangkaian baru sos ini sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk serta mahukan penyelesaian juadah segera tanpa mengetepikan faktor pemakanan sihat,” kata Encik Vincent Chui, Pengarah Pemasaran Serantau Lee Kum Kee Malaysia.

Rangkaian sos Asian Twist oleh Lee Kum Kee dijual pada harga runcit RM8.90 setiap satu dan boleh didapati di semua AEON, Ben’s Independent Grocer (BIG) dan Village Grocer.
Jadi apa tunggu lagi jom kita terjah dan mencuba sos yang istimewa ini ❤❤



Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

No comments: