Keli Bakar dengan Air Asam

/
8 Comments
Assalamualaikum....

Selamat berpuasa buat semua pembaca blog marshaliza.com
Tahun ni Marsha cuba nak share resepi berbuka.
Tapi mungkin tak hari-hari sebab kebanyakannya Marsha dan famili berbuka di surau taman.
Jadi hari yang Marsha masak Masak share yer....aci dak??..hihi

Ok semalam MAIN DISH ialah KELI BAKAR AIR ASAM.
Wah nama pun menggetarkan jiwa di bulan puasa ni kan??
hihihi

Ok Marsha share resepi ye...

Bahan-bahan Keli Bakar:

1. Ikan keli 4 ekor 
(dah dibasuh dengan asam jawa, garam dan limau kasturi dan ditoskan)
2. Sedikit Garam, Kunyit dan Madu (untuk perap keli)

Kaedah:

Ikan keli diperap selama 30 minit dengan bahan bahan kemudian bakar diatas arang.

Bahan-bahan Air Asam

1. Sebiji bawang besar
2. 3 biji tomato bersaiz sederhana
3. Air asam jawa ikut keperluan kuantitinya.
4. Sedikit belacan
5. 3 biji limau kasturi
6. Sedikit garam dan gula

Kaedah:

Potong semua bahan dan campurkan...siappp....😘😘

Simple Dimple je kan??
Cubalah pasti terangkat....hihihi

Gambar?? Lupa nak snap sebab kalut semalam. 
Gugel ye....hihi






Marsha
Part Time Blogger Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

8 comments:

  1. Sedapnya keli bakar dengan air asam. Selamat dh berbuka. Hehe

    ReplyDelete
  2. Dah berbuka pun masih menelan air liur kak... air asam tu kalau ada limau kasturi sedapnya yarabbi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ada limau kasturi memang menambah nambah nasi....kekeke

      Delete
  3. Asalkan ada air asam, sure terangkat makan ni! Sedap!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)