Wednesday, May 17, 2017

Selamat Hari Guru 2017!!!!

Assalamualaikum..

16 Mei setiap tahun adalah 'Hari Istimewa' bagi seorang pendidik.
Tak kira lah cikgu sekolah ke, lecturer ke hatta cikgu tadika sekalipun malah mentor adalah seorang guru
Ibu bapa kita jangan dilupa.
Mereka adalah GURU PERTAMA bagi kita dan Marsha pasti Ibu Bapa juga adalah guru selamanya bagi kita...betul tak??

Alhamdulillah tahun 2017 ni adalah tahun ke 5 Marsha menyambut Hari Guru sebagai seorang pendidik.
Seronok, terharu, sedih semua ada.
Sebab tak sangka akhirnya bergelar pendidik jua walaupun posting pada umur yang agak lewat.
Tapi rezeki tak kan tersalah alamat betul tak?

Untuk tahun ni KGKT sekolah telah menetapkan tema Arabic untuk guru-guru berpakaian semasa hari guru.
Wow semuanya sporting belaka tak kira guru guru lelaki dan peempuan juga guru guru lama dan baru.
Semua teruja dengan sambutan Hari Guru tahun ini dengan tema 'Guru Pembina Negara bangsa'
Moga kami semua lebih istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa.
InsyaAllah.

Kemeriahan Hari Guru ni juga dirasai oleh anak sulung Marsha iaitu Anith.
Bukan main seronok dia ceritakan sambutan Hari Guru di SJKC Poi Lam dan seronok memberikan guru-guru yang mengajar dia hadiah hari guru.
Tahun ni hadiah Anith untuk guru dia simple tapi special tempah.
Ni dia.............jute beg untuk kegunaan guru-guru Anith.





Sebenarnya guru tak mengharapkan apa-apa pemberian pun.
Tapi sebagai ibu bapa hanya time ni la kita nak meraikan guru-guru anak kita...kan??
Kita pun tumpang happy tgk anak kita, cikgu anak kita happy ❤❤❤

Ok jom layan beberapa gambar semasa sambutan Hari Guru di sekolah Marsha ye.
Penuh orang-orang arab....hihihi





Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

4 comments:

  1. Comelnye cikgu2 bergaya ala Arab. Sesekali hiburkan hati guru. Mereka byk berjasa dalam mendidik anak bangsa kan. Jasa mereka sangat tinggi nilainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu time ni la cgu boleh rest minda sikit dari bebanan kerja 😘😘

      Delete
  2. Jangan sampai student tak kenai cikgu marsha sebab nampak mata jew.
    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la skali skala anak murid tak kenal....kekeke

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...