Thursday, June 15, 2017

Ramadhan Kareem....Malu Berbuka di Surau??

Ramadhan Kareem....Malu Berbuka di Surau??



Assalamualaikum...

Malam ni saje nak kasi post 'panas' sikit...hihi
Kalau lah panas kan??
Kalau tak kita buat-buat je k...hihihi

Malam ni nak sembang sikit tentang satu isu ni.
Hanya berlaku di bulan Ramadhan jer.
Berbuka di Masjid atau Surau.

Berbuka puasa di Masjid atau Surau ni mengundang pelbagai reaksi.
Ada yang positif dan pasti juga ada kata sindiran negatif.
Itu pasti dan menjadi kebiasaan kan?
Macam-macam anggapan dan juga reaksi pelbagai pihak.

sumber: Google


Tahun ni....Marsha, Suami dan Anith buat keputusan sebulat suara untuk berbuka puasa di Surau taman kami yang dinamakan Surau An-Nur.
Sebelum masuk Ramadhan AJK Surau sudah mula mengedarkan borang untuk sesiapa nak booking hari untuk berbuka (sponsor).
Kami ni ahli baru terlepas nak booking dah full.
Tapi kami tumpang bawak kuih-muih.

Ada juga yang berbunyi negatif, malu sbb tak masak or nanti nampak mcm kedekut nak berjimat.
Sebenarnya tujuan kami berbuka di surau adalah untuk kenali komuniti islam dengan lebih dekat.
Eratkan silaturrahim dan dengan join aktiviti surau seperti berbuka puasa ini, hubungan antara komuniti taman akan lebih erat.
Tambahan pula di taman Marsha ni banyak komuniti bukan islam jadi solutionnya ialah berbuka puasa dan tarawikh di surau untuk kenal komuniti kita yang beragama Islam.

Antara tujuan kami yang lain ialah hendak mendedahkan kepada Anith suasana berbuka yang sederhana, berkongsi dan makan sedikit sorang.
Lebih tepat lagi hendak mendedahkan nilai-nilai murni dan juga solat berjemaah di surau.
Alhamdulillah Anith memang seronok join berbuka di surau.
Kalau dirumah terus makan makanan berat tapi disurau hanya berbuka dengan kuih-muih kemudian solat maghrib dulu.
Mengajar anak-anak erti sabar juga. Betul tak?

Alhamdulillah sampai malam ni dah terasa eratnya silaturrahim antara komuniti dalam pelbagai golongan umur.
Selain dari aktiviti berbuka puasa juga ada tadarus, tazkirah dan tentunya tarawikh.
Sangat best rasa...:)
Buat yang teringin nak cuba jangan malu-malu taw.
Marsha pun malu juga memula tp sekarang rasa best.
Makanan berbuka alhamdulillah tempahan katering yang bestt..:)



Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

6 comments:

  1. Apa nak malu buka disurau. Eratkan silaturrahim byk pahalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul rasa manisnya bila berkenal kenalan 😘

      Delete
  2. Wahh seronok nya.lgi2 bulan ibadah ni..of coursela bole tgkatkn amal ibadah kita selain mndedahkan pada anak2 ttg seronoknya berjemaah

    ReplyDelete
  3. Menarik juga berbuka di surau...cuma belum pernah lagi...

    Apa yang bagus macam kak marsha cakap eratkan hubungan sesama komuniti dan dapat solat di awal waktu serta berjemaah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...