Resepi Ayam Percik Putih Klate Mariii....

Assalamualaikum...

Salam 6 Ramadhan semua....
Moga semua rakan-rakan pembaca sihat hendaknya...Aaamin.

Arini Marsha nak share resepi Iftar 5 Ramadhan iaitu semalam.
Makyong teringin nak makan Ayam Percik Klate yang putih tu.
Nak beli bazar takut tak mencapai tahap kesedapan yang kita nak.
Jadi gagahkan diri gugel pelbagai resepi dan olahkan ikut cara masak sendiri.
Nasib baik ada abam gugel....hihi

Ok jom kita tengok resepi.
Simple tapi percayalah sedapppp....hihi
Marsha juat guna 6 ketul ayam dalam anggaran 500g.
Kami bertiga je lauk sampai ke sahur jawabnya...hihi

Resepi Ayam Percik Putih Klate Mariiii

Bahan-bahan Perapan Untuk Ayam

1. Bawang merah besar - 2 biji
2. Bawang Putih - 5 ulas
3. Serai - 1 batang
4. Halia - 2 cm
5. Ayam - 6 ketul (500 g)
6. Sedikit garam
7. Sedikit gula
8. Sedikit Sos Tiram

Bahan-bahan Kuah Percik Ayam


1. Santan kotak pekat 250 ml - guna separuh kotak je.
2. Serai - 1 batang
3. Cili kering - 1 tangkai
4. Bawang Merah Besar - 3 biji
5. Halia - 5 cm
6. Sedikit Garam
7. Sedikit Gula
8. Air asam jawa - agak-agak cukup rasa
9. Sedikit minyak untuk menumis

 Cara Penyediaan


1. Bahan-bahan untuk perapan ayam diblend dan campurkan bersama ayam. Diperap selama 1 jam.

Perapan Ayam siap!!!

2. Untuk kuah pula, blend serai, cili kering, bawang merah dan halia bersama-sama.
3. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang diblend tadi sehingga bau wangi dan masukkan air asam jawa dan kacau sebati.
4. Setelah sebati, masukkan santan pekat.
5. Kacau sebati dan kemudian letak garam dan gula sehingga masak atau mendidih kemudian ketepikan. Siap untuk kuah...💓💓
6. Untuk ayam, boleh bakar diatas arang, oven ataupun pemanggang ajaib sehingga masak. Marsha guna bakar arang sebab nak lebih asli gitu...hahaha. Lenguh tangan mengipas...tangan suami...kekekeke.
7. Bila ayam hampir nak masak letakkan sikit kuah percik td bagi rasa percik tu siap sebati dengan ayam tadi pastu bakar hingga masak.
8. Bila ayam dah masak, tuangkan kuah lebihan dan dihidangkan untuk Iftar bersama famili. Nyum!!!

Ayam siap dibakar arang


Dah siap...nyummmm!!!

Ok boleh cuba ye.
Teringat-ingat lagi ni...haippp puasa makyong....kekekeke


Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

6 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us