Resepi: Telur Bungkus Simple


Resepi: Telur Bungkus Simple

Assalamualaikum...

Salam 12 Ramadhan semua.
Harap semua masih bersemangat dan kuat menempuhi Ramadhan yang mulia ini...Aaamin..
Arini Marsha nak share resepi simple semasa bersahur tadi pagi.
Almaklumlah makin hari makin tak lalu makan.
Jadi sebagai chef dalam rumah kena pikir kelainan yang perlu ada supaya yang tersayang berselera makan..hihi
Jadi pagi tadi terhasillah telur bungkus simple edisi Marsha...hihi
Memandangkan Iftar banyak berbuka di surau.
Maka time sahur la peluang Marsha kumpul pahala berkhidmat untuk suami dan anak..betul tak??

Ok jom kita tengok resepi Telur Bungkus ni.
Bahan-bahan apa ada je kat dapur kecilku....hihi
Biasa kan telur bungkus ni ada sayur campuran kan?
Marsha tak letak sebab anak dan Marsha sendiri tak berapa makan.
Nanti membazir pula kan? Ok jom.....

Bahan-Bahan


1. 1 batang carrot (dipotong dadu)
2. 1 biji cili merah (dicincang)
3. 4 biji cili padi (dicincang)
4. 1/2 biji bawang holland (di potong dadu)
5. Sedikit isi ayam
6. 1 sudu besar sos tiram
7. 2 sudu besar sos cili
8. 2 sudu besar sos tomato
9. 2 biji telur (dipukul untuk didadar)
10. Sedikit garam dan gula
11. Sedikit minyak untuk menumis dan dadar telur

Cara Membuat:


 Inti:


1. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang holland hingga layu.
2. Kemudian, masukkan isi ayam dan kacau hingga isi ayam masak.
3. Setelah isi ayam masak, masukkan carrot, cili merah & cili padi yang dicincang dan kacau sehingga betul-betul lembut.
4. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, garam dan gula kemudian kacau.
5. Siap

Kulit telur bungkus:


1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan telur yang sudah dipukul.
2. Lenggangkan kuali supaya telur sekata dan besar.
3. Masukkan inti dan balut inti dengan telur.
4. Tunggu telur agak garing kemudian terbalikkan atas pinggan.
5. Siap.

Gambar real tak sempat nak snap sebab nak sahur.
Gambar ihsan en Google pun aci la kan??
hihihi

Telur Bungkus (Sumber google)

SELAMAT MENCUBA!!


Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

8 Comments

  1. Ala, silap x baca awal. Kalau x boleh buat untuk sahur td...

    ReplyDelete
  2. Amboi amboi.. nampak menyelerakan kak =)

    ReplyDelete
  3. Mak AM selalu buat telur bungkus time kecil2 dulu...
    Makan bersama nasi panas2..
    Sedapa sangat...

    Ikhlas Dari
    Along Misuari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sedap sangat kalau makan dengan nasi panas-panas....rindunya masakan mak....

      Delete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us