Mesin Taip Legend

/
9 Comments

Mesin Taip Legend


Assalamualaikum


Beberapa hari lepas Marsha bawak pelajar masuk library di sekolah.
Terpandang satu alat kira legend la tapi masih digunakan sampai kini.
Mesin taip lama….memang legend kan?
Marsha pun akui Marsha tak mahir nak guna mesin taip ni.
Tapi kerana di sekolah memang mahir walaupun dorang dah ada kemudahan IT iaitu komputer untuk menggantikan mesin taip ini.


Mesin Taip di Library 

Sejarah mesin taip ni dah lamaaaa sangat dicipta.
Cuma dalam bentuk yang lain kemudia diinovasikan sehingga kini.
Ia dicipta dan dipatenkan pada tahun 1829 oleh William Austin Burt yang dikenali sebagai Typographer.
Ia dikenali sebagai mesin taip pertama.
Dan ia diinovasi sedikit demi sedikit dan hingga kini.

Ok itu serba sedikit sejarah mesin taip.
Kadang-kadang Marsha terpikir, adakah nanti anak-anak kita yang masih kecil akan sempat tengok mesin taip ni?
Sekarang ni dah pelbagai gadget yang ada di pasaran.
Dah up to date.
Game pun sama dah ada macam-macam yang telah di inovasi oleh IT.

Marsha sangat respek pada kerana sekolah kerana masih menggunakan mesin taip ni untuk urusan tertentu.
Jadi masih ada kemahiran yang ada.
Adoi kalau Marsha memang macam kura-kura lah jawabnya dan mesti akan banyak silap…hihi
Kenal tapi sempat guna beberapa kali sahaja….hihi
Bila tak prektis jadi sangkut-sangkut la kan

Setahu Marsha mesin taip akan berbunyi setiap kali kita tekan huruf.
Dan bila sampai penhujung kita akan bermula balik dan pusing ke bawah.
Tapi sekarang dah ada kemudahan teknologi.
Kita guna PC atau laptop untuk menaip kemudian print.
Kalau salah boleh delete dan taip kembali.
Tapi kalau mesin taip kalua salah samada kita kena bermula kembali atau kalau salah sikit je boleh liquid atau guna cecair pemadam.

Kalau guna computer atau laptop kita guna elektrik atau bateri kan?
Tapi kalau mesin taip kita tak perlukan elektrik atau bateri.
Hanya taip dan siap terus.
Kalau komputer ni tak ada bateri maknanya tak boleh la buat kerja…hihi

Marsha sangat suka tengok mesin taip ni dan bunyi nya.
Rindu….hihi
Jadi kalau nak merasa taip guna mesin taip ni kenalah naik opis kat atas....hihi




Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

9 comments:

  1. timm kat rumah ada 2 mesin taip, satu yg jenis lma, satu moden sikit siap ada pemadam klau tersilap taip..
    selalu main kot, last skali kena buang sbb semut buat sarang, haha!

    ReplyDelete
  2. bhahahaa legend ni kak.. ada lagi sbijik sampai skarang. dulu tengok mak ayah taip latihan budak2 contoh karangan pakai benda alah ni.. jenuh kalo salah hehe

    ReplyDelete
  3. Di zaman sebelum komputer irama dari typewriter memecah kesunyian di office .

    ReplyDelete
  4. Wah dah lama rupanya. Sejak tahun 1829. Kita semua entah kat mna masa tu.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)