Ultrasound di Klinik MyFamily by MySonoworld

/
16 Comments

Ultrasound di Klinik MyFamily by MySonoworld


Assalamualaikum...

Entry before ni untuk mama preggy kan??
Haa....kali ni untuk baby pulak.
Massage baby ke? Eh tak.....ni entry untuk kita 'teropong' baby....hihihi
'Teropong' baby maksudnya kita buat scan atau dipanggil ultrasound.

Klinik MyFamily by MySonoworld


Awal julai lepas Marsha dihubungi oleh salah seorang sonographer juga owner dari Sonoworld Centre, Puan Suraya offer ultrasound di Klinik MyFamily by MySonoworld (nama terkini) di Ukay Bestari.
Puan Suraya hubungi Marsha atas suggestion Mama Yoorin kawan blogger Marsha.
Jadi Puan Suraya offer Marsha untuk review servis ultrasound di Klinik MyFamily.
Pakej yang Puan Suraya tawarkan ialah detail pakej iaitu pakej no 4.

Pakej ultrasound yang ditawarkan


Sedikit tentang Sonoworld ni...
Sonoworld dibuka pada tahun 2015 oleh 3 Sonographer yang berdedikasi iaitu Puan Suraya Sulaiman Khan, Puan Nurhayati Yahya dan Ms Tan Chee Tian dan komited memberikan servis ultrasound yang berkualiti, terbaik dan berpatutan kepada masyarakat.
Sonoworld ialah Pusat Ultrasound Scan yang PERTAMA di Malaysia dan menyediakan pelbagai servis berkaitan ultrasound.
Maklumat lanjut boleh klik SONOWORLD CENTRE.

Jadi Marsha buat appointmen dengan Puan Suraya pada 16hb iaitu ahad lepas pada jam 10.30 pagi.
Petang sabtu Marsha dah massage dengan Dr Medispa & Wellness.
Jadi pagi ahad Marsha buat ultrasound scan di Klinik MyFamily by MySonoworld pula.
Malam tu Marsha stay kat setapak kira-kira 11 km dari Klinik MyFamily by MySonoworld.
Sebenarnya berlaku sesuatu yang tak diingini semasa nak ke klink, tayar keta kempis.
Tapi hero ada, encik suami tukar spare tyre then kami berjaya sampai ikut masa yang ditetapkan....alhamdulillah.

Bergambar kenangan


Kedatangan kami di sambut mesra oleh staff bahagian registration.
Cuma ralat sedikit Marsha tak ada rezeki nak berjumpa empat mata dengan Puan Suraya kerana Puan Suraya ada program lain dan hanya ada waktu petang di klinik.
Sebab nak balik ipoh lepas tu jadi Marsha tak dapat nak stay petang.
Hope nanti boleh jumpa juga dengan Puan Suraya....Aaamin.

Ok seperti biasa sebelum mula ultrasound Marsha perlu mengisi borang untuk rekod pelanggan.
Usai isi borang, Marsha sempat bergambar di bahagian dalam klinik.
Ada tempat menunggu yang sangat selesa, tempat display jualan barang baby brand sonoworld handmade dan juga kemudahan air bersih di bahagian depan untuk pelanggan minum.
Toilet disediakan di bahagian belakang.

Isi Borang Dulu

Capture moment

Barangan baby handmade

Kemudahan di Klinik MyFamily by MySonoworld

Sebenarnya Klinik MyFamily by MySonoworld ni bukan hanya buat ultrasound untuk pregnancy sahaja tetapi juga ultrasound untuk bukan pregnancy juga.
Klik SERVIS  untuk lebih lanjut

Servis lain yang ada


Klinik ini juga menyediakan khidmat pemeriksaan antenatal untuk ibu preggy.
Pakej pun berpatutan.
Jom tengok.....

Pakej Pemeriksaan Antenatal



Tak lama kemudian sonographer yang bertugas memanggil nama Marsha.
Kami masuk bertiga tau sebab mesti suami & anak Marsha pun nak tengok baby kan...hihi
Sesi ultrasound sangat lancar dan sonographer yang handle sangat polite.
Lembut je cakap......rasa selesa sangat.
Jadi ikut pakej ni sonographer akan scan secara detail anggota badan, organ, air ketuban, uri, tali pusat, jantina dan secara keseluruhan perkembangan baby.

Sonographer yang buat ultrasound Marsha


Teknologi yang digunakan ialah scan detail 2D, 3D (gambar 3 dimensi warna oren) dan 4D (video).
Sebelum ni Marsha pernah buat scan yang sama di Ipoh masa 21 weeks.
Tetapi hasil yang dapat di Klinik MyFamily by MySonoworld ni lagi jelas dan cantik.
Cuma hari tu baby agak shy-shy jadi muka tak nampak jelas sangat.
Walaupun Marsha kuar balik 15 minit jalan-jalan & minum air sejuk dan scan balik pun dia tak nak 'selfie'....hihihihi
Teka gender adik baby???
Meh layan gambar hasil ultrasound....hihihi

Adik baby senyum lepas dengar kakak dia panggil

Nampak tak jari dia??

Syok lena..

Amboi bestnya kaki dia dok....hihihi

Usai menjalankan prosedur ultrasound scan, Marsha diminta tunggu sekejap untuk full report detail dan burn CD moment baby yang di capture semasa buat ultrasound.
Itu adalah kenangan adik baby semasa dalam rahim ibu berusia 27 weeks.
Yeay dah dapat!!!!
Marsha dapat 1 full report, 1 CD, 1 keping gambar oren 3D dan 2 keping gambar hitam putih.

Senyum puas hati

Kenangan adik baby

Thank you Klinik MyFamily by MySonoworld & tentu skali Puan Suraya yang offer perkhidmatan yang terbaik disini.
Marsha sangat berpuas hati dan Marsha bagi 10 bintang untuk servis dan hospitaliti di Klinik MyFamily by MySonoworld.
Sangat recomended....👍👍💗💗
Thank you juga Mama Yoorin suggest Marsha 💋💋
Berbaloi sangat travel dari Ipoh-KL tau...hihi

Oh ya...22 Julai 2017 , SABTU ni Klinik MyFamily by MySonoworld adakan melancarkan GRAND OPENING.
Ada pelbagai aktiviti antaranya pemeriksaan kesihatan percuma dan juga ada cabutan bertuah.
Jadi yang berada di raea KL weekend ni Marsha suggest sangat join Grand Opening ni untuk pendedahan lebih detail.
Maklumat lanjut boleh refer pic kt bawah dan FB Klinik MyFamily ye.
Jom beramai-ramai memeriahkan 💗💗💗💗


Untuk maklumat lanjut tentang Klinik MyFamily by MySonoworld dan juga info terkini:

Alamat:
BG 14, Residensi Bistaria Apartment,
Ukay Bestari,
Hulu Klang,
68000 Ampang,
Selangor.


Waze: Sonoworld Centre


Tel no: 03-41622754 atau 010-2256224


Email: sonoworldmalaysia@gmail.com


dan boleh juga buat tempahan di web


SONOWORLD CENTRE


Facebook: Klinik MyFamily by My Sonoworld




Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

16 comments:

  1. Wah syoknya dapat tengok baby dalam peyut

    ReplyDelete
  2. Rindu nak ada baby kecik..hehee tak sabar tunggu my turn...dah ada 3 pon excited gak untuk yg ke4

    ReplyDelete
  3. Jom skodeng apalah yg baby buat kt dalam perut ibu tu.. Hehe

    Btw, cantik kliniknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom....hihihi. Kliniknya memang cantik....selesa...:)

      Delete
  4. semoga dipermudahkan kak Marsha! betoi ke panggi kak ni. ke saya lagi tua apa haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa panggil ja kak marsha...hihi. Tq CT doakan....:)

      Delete
  5. Replies
    1. Dah Farah...cer teka....hihi.
      Dalam pic tu nampak farah...hihi

      Delete
  6. Untung orang zaman skrg..semua kemudahan ada zaman akak dulu preggykan dania..check up klinik kerajaan so xde la peluang nak pi scan 3D ke 4D..nak pi swasta masa tu x mampu..gaji kecik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak SA, masa marsha preggy 8 tahun lepas pun xde 3D atau 4D lagi. Preggy kali ni alhamdulillah ada peluang teropong baby...hihi

      Delete