Babymoon Sebelum Bersalin

/
5 Comments

Babymoon Sebelum Bersalin, Perlukah?


Assalamualaikum…


Haaa…..perlukah babymoon sebelum bersalin? Apa pendapat uolls???
Mesti ada banyak pendapat kan?
Mungkin ada yang cakap perlu dan ada sebaliknya.
Sebenarnya ikut pandangan masing-masing, betul tak??

Nak tau pendapat Marsha???
Ok sebelum Marsha berikan pendapat dua puloh sen Marsha ni jom kita tengok apa makna babymoon ni.
Babymoon diperkenalkan oleh Shiela Kitzinger, seorang penulis buku-buku kehamilan dan kelahiran asal inggeris.
Menurut beliau, Babymoon ialah Honeymoon sebelum sebelum melahirkan bakal bayi dalam kandungan.
Dimasa inilah kita dan pasangan dapat menikmati ketenangan di tempat-tempat pilihan sebelum kekurangan waktu tidur demi mengurus bakal bayi nanti.
Jadi dengan Babymoon, ibu akan lebih relaks untuk mengurus bakal bayi nanti.

Tenang di persisiran pantai

Famili kecil bakal berempat....insya Allah


Memandangkan Marsha tengah preggy sekarang ni jadi bagi Marsha babymoon atau vacation sebelum bersalin sangat diperlukan.
Sebabnya salah satunya ibu preggy ni perlu restkan minda dan juga release stress.
Tak kira lah kalau ibu itu bekerja atau full time housewife tapi perlu masa untuk vacation.
Lepas bersalin dah kena berpantang lama dan masa tu minda dah relax dan fokus untuk baby.
Dengan babymoon ni secara automatic kita telah set kan minda separa sedar kita kepada lebih relaks dan bahagia. Tiada lagi unsur stress insya-Allah.

Untuk pengetahuan semua, babymoon bukan hanya dilakukan sebelum ibu bersalin namun boleh juga dilakukan setelah habis pantang.
Babymoon dengan bayi dapat membantu ibu-ibu memiliki breastfeeding relationship yang kuat.
Bayi yang kerap contact skin to skin akan melalui proses penyusuan yang baik dan bayi juga akan mempunyai tekanan darah, denyutan jantung yang normal dan juga jarang menangis.

Selain dari itu juga, babymoon membantu ibu-ibu selepas bersalin sembuh dengan lebih cepat dari tempoh yang sepatutnya.
Ini disebabkan babymoon membuat ibu-ibu lebih tenang dalam menghadapi proses kelahiran dan menguruskan bayi.
Hal ini ternyata mengurangkan pendarahan dan mempercepatkan proses penyembuhan selepas bersalin.

Jadi buat bakal ayah, kena alert babymoon ni ye walaupun isteri tak minta nak g jenjalan.
Tak perlu bawak ke oversea atau jauh-jauh.
Boleh bawa ketempat yang ikut bajet kita sebab bajet kita untuk bakal baby pun banyak kan?
Jadi tiada alasan untuk isteri tersayang, betul tak?
Pilih tempat yang tenang dan boleh habiskan masa bersama dan memekarkan lagi cinta antara dua insan tak gitu??? Marsha PASTI isteri akan lebih gembira dan tenang…
Bila dah bersalin para suami pun tenang nak uruskan isteri dan juga bayi. Betul tak??





Marsha 
Part Time Blogger 
Review Product & Place Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

5 comments:

  1. babymoon ni sebenarnya lebih utk para ibu berehat dan menenangkan diri sebelum bersalin dan memang elok siibu mendapat ketenangan dan dimanjakan gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...dapat g spa pun ok dah...hihi

      Delete
  2. Setuju...tenang fikiran..damaikan hati....

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan bersalin nanti..

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudahkan bersalin yea...

    ReplyDelete