Homemade Produk di Kravve.Co

/
15 Comments

Homemade Produk di Kravve.Co


Assalamualaikum...

Mesti korang pernah dengar produk homemade kan?
Biasanya produk homemade ni bebas MSG dan dibuat secara natural tanpa pengawet dan juga perasa tiruan.
Of course lebih sihat kerana ia mengandungi real food.

Ok sini Marsha nak share satu online store yang membuat perniagaan produk healthy homemade condiment iaitu Kravve.Co.
Antara produk homemade terdiri dari rangkaian sos, jem, perasa dan banyak lagi.
Mostly adalah produk yang kita guna secara harian di dapur kita.

Marsha telah menerima 2 produk dari marketing Kravve.Co sendiri iaitu Dehydrated Unsalted Kampung Chicken Stock Powder dan Salted Vanilla Peanut Butter untuk review.
Ternyata bila sampai 2 produk tersebut, Marsha telah buka jar peanut butter dan baunya sangatttt wangi....rasa nak meratah terus je.
Then beli roti dan terus sapu atas roti.....wah heaven sangattttt.....sedap betul...hihi

2 produk homemade dari Kravve.Co


Ok sedikit info tentang 2 produk homemade yang Marsha terima dari Kravve.Co ini

Salted Vanilla Peanut Butter

Salted Vanilla Peanut Butter

Dibuat dengan hanya menggunakan 4 bahan iaitu kacang panggang, kacang vanilla, garam laut organik dan madu asli yang diblend menjadi paste yang licin.

100% peanut butter yang asli dan berkrim dibuat dengan kemanisan dan kemasinan yang seimbang.

Mempunyai bau asli vanila dari kacang vanila bukan sirap vanila. 
Masa Marsha rasa boleh rasa kemanisan madu asli yang ada dalam peanut butter tu dan paling best madu asli ni bertindak sebagai bahan pengawet yang natural. Tak perlu letak pengawet tiruan yang bagi kesan buruk dekat badan kita dalam jangkamasa panjang.

Paling best ia tiada tambahan gula dan pengawet tiruan. 100% bebas dari perasa tiruan dan minyak yang telah diproses.

Dehydrated Unsalted Kampung Chicken Stock Powder

Dehydrated Unsalted Kampung Chicken Stok Powder

Dibuat dengan hanya menggunakan 3 bahan iaitu Ayam Kampung, Karot Australia dan Celery Australia yang diblend menjadi paste yang licin.

Serbuk masakan yang 100% organik dan bahan sangat-sangat terpilih untuk memastikan ianya sesuai untuk semua golongan terutama kanak-kanak.

Hanya menggunakan dada ayam kampung yang mengandungi kalori yang paling sedikit antara bahagian ayam dan ia di masak diatas api sehingga paste lembut keluar. Kemudian di keringkan dalam dehydrator selama 12 jam sebelum di blend kering menjadi serbuk halus.

Best part, semua bahan dipilih dari sumber yang premium, tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya dan pengawet tiruan. Bahkan pembuat stok ayam ini menggunakan stok ayam ini dalam masakan harian untuk anak-anak beliau.

Bestkan bila ada produk homemade yang natural tanpa perasa dan pengawet tiruan?
Tambahan lagi ia organik.
Memang ia menjadi pilihan Marsha untuk suami dan juga anak-anak.
Healthy food makes healthy body betul tak??

Ok sebelum terlupa, produk Kravve.Co ini boleh didapati secara online di web Kravve.Co dan masukkan code Marshaliza untuk dapatkan diskaun RM5.
Jom dapatkan produk yang organik dan pastinya bebas MSG, pewarna dan juga perasa tiruan.



Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

15 comments:

  1. Salted Vanilla Peanut butter tu nampak menyelerakan...kalau SA dapat tu 2 hari je dah abis dah tu...

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat jaga pemakanan dgn bahan2 yang sihat macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu organik dan bebas dari segala perasa tiruan

      Delete
  3. adoi, sedapnya tgk peanut butter dia..yumss..

    ReplyDelete
  4. Rasa selamat nak guna sbb tak ada sebarang campuran bahan yang berbahaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa lebih confident kan terutama nak bagi anak-anak

      Delete
  5. Ramai juga nampak orang makan jem ni. Allah! Teringin pula tekak ni nak merasai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh order di http://kravve.co/ref/Marshaliza dan masukkan kod Marshaliza untuk less RM5

      Delete
  6. Ada lebih tak?meh pos sket sini..nampak sedap plak

    ReplyDelete
  7. Salted Vanilla Peanut Butter nampak sedap..

    ReplyDelete