Kebaikan Sarang Burung Layang-Layang Buat Ibu Hamil

Kebaikan Sarang Burung Layang-Layang Buat Ibu Hamil


Assalamualaikum 💕💕

Arini Marsha nak share sikit tentang sarang burung.
Sarang burung yang glemer dan boleh makan mestilah sarang burung layang-layang kan?
Mana ada sarang burung lain betui dak??..hihihi

Memandangkan gift sarang burung terperam di rumah Marsha plan nak mula minum sup sarang burung ni
Cuma kena masak sendiri buat sup.
Nanti next entry Marsha share resepi buat sup sarang burung ni.

Entry kali ni Marsha nak share serba sedikit khasiat sup sarang burung ni untuk ibu mengandung.
Masa anak pertama dulu tak ade rezeki nak merasa sup sarang burung tp merasa makan burung merpati….hihi
Ye la lain anak lain rezeki kan…..hihihi

Sarang Burung Walit @ Burung Layang-layang yang telah diproses

Ok jom kita tengok khasiat sarang burung kepada ibu-ibu hamil yang mengamalkan sarang burung layang-layang ni:
Sarang burung layang-layang atau burung Walit ni adalah antara produk kesihatan terbaik untuk wanita hamil.
Menurut kajian Prof. Wang Bing, pakar akademik dari Jabatan Molekul dan Sains Hayat, Mikrobiologi, Manusia Pemakanan University of Sydney, Australia, sarang burung layang-layang mengandungi asid sialik (SA) yang merupakan sejenis karbohidrat berguna untuk peningkatan sel-sel otak dan membran sinaptik.
Oleh yang demikian sarang burung penting untuk pertumbuhan bayi yang sihat.

Mengikut kajian dari Jepun pula, sarang burung walit mempunyai kandungan asid sialik yang tinggi.
Kekerapan pengambilan sarang burung walit semasa hamil boleh menguatkan badan ibu dan janin kerana sarang burung walit kaya dengan protein dan ia boleh menggalakkan pertumbuhan tisu,dan meningkatkan imuniti.
Kesimpulannya, ibu-ibu mengandung mestilah memastikan bahawa mereka mengambil makanan yang mempunyai kandungan asid sialik yang tinggi.

Selain dari itu juga, mama preggy dalam masa yang sama boleh mencantikkan kulit.
Sape cakap mengandung tak leh cantik-cantik dan awet muda?
Boleh dengan sarang burung layang-layang ni tau…hihi
Sarang burung layang-layang juga dikenali sebagai Gen Kecantikan tau.
Ini kerana sarang burung terdiri daripada hormon peptida yang sangat penting yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan yang berhubung dengan kulit ("EGF").
EGF memainkan fungsi yang sangat penting terutamanya untuk gen mencantikkan.
Ia merangsang pembahagian sel dan perkembangan, serta menggalakkan pembezaan sel, menyuburkan kulit dan luka daripada pembedahan dengan cepat, ia juga dapat menggalakkan penyembuhan luka. Ia membantu dalam meningkatkan kelembutan kulit dan mengurangkan kadar penuaan.

Jadi bagus kan kesan sarang burung layang-layang ni kepada ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan.
Kulit bayi bersih, baby kuat dan juga paru-paru baby juga kuat.
Ni tengah semangat mencari resepi untuk masak sup sarang burung layang-layang ni.
Dah masak nanti Marsha share resepi yer…



Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

9 Comments

  1. Tak pernah lagi makan sarang burung ni.. rasa macam nak cuba la sebab banyak khasiat dia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tengok khasiat dia tu meronta nak buat sup. Tak preggy pun boleh ni sbb utk kulit dan kesihatan dalaman

      Delete
  2. sarang burung mmg banyak khasiat nya kann. bagus

    ReplyDelete
  3. Wah..wah..kemain..hehe..x pernah try lgi mkn sarang burung lyg2 ni..tau khasiat dia tu tpi klu nk beli,rega dia boleh tahan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui kalau beli tak merasa kot...ni kwn bg kita amik 😋

      Delete
  4. Bagusnya.. Banyak khadiat dia..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us