Klairs, I Love You!!

Klairs, I Love You!!


Assalamualaikum..


Haippp jangan salah sangka....
Klairs tu bukan person or somebody tapi Klairs ni adalah produk dari negara Korea yang membuatkan Marsha fall in love...💖💖
Pernah dengar tak jenama Klairs ni?

Beberapa hari lepas Marsha telah menerima beberapa produk rangkaian jenama Klairs.
Jenama Klairs ini mempunyai beberapa produk yang menarik seperti Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion, Klairs Mochi BB Cushion Pact dan Marsha menerima 8 jenis Klairs Sample set (3ml setiap satu) : Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil, Klairs Rich Moist Soothing Serum, Klairs Rich Moist Soothing Cream, Klairs Supple Preparation Facial Toner, Klairs Midday Blue Sun Lotion SPF40/PA+ (ni Marsha dapat juga yang bukan trial set), Klairs Supple Preparation All Over Lotion, Klairs Midnight Blue Calming Cream dan Klairs Iluminating Supple Blemish Cream SPF 40/PA+.
Banyak jugak kan yang Marsha terima dari Klairs Marketing.

Antara rangkaian produk Klairs

Sesuai dengan konsep Klairs iaitu Simple But Enough telah di ekspresikan pada pakaging mereka.
Pakaging mereka sangat simple tapi sangat cute!!
Klairs adalah produk berkualiti yang direka untuk kulit yang sensitif dan tidak mengandungi pewarna, paraben, alkohol dan wangian buatan.


The Ultimate One Step Base Makeup Mochi BB Cushion Pact

Bila terpandang kotak warna turqoise dengan design yang simple Marsha sangat teruja nak buka sebab tak sabar nak tengok isi dalamnya. Dengan design yang minimize tetapi bergaya bila lihat isinya case yang sangat cute!! Warna putih bersih yang menunjukkan kesucian Mochi BB Cushion.

Mochi BB Cushion Pact ini direka sebagai produk balm-type berbanding cecair kerana ia lebih mudah menyerap ke dalam liang roma dan menutupi liang roma dengan lembut dan sekata. Tidak seperti beberapa jenama lain yang nampak 'bercapuk' dan tidak sekata. Bila Marsha mencuba Mochi BB Cushion ni memang sangat teruja sebab liang roma seakan tiada dan nampak flawless. Lagi best macam Marsha tak mengenakan apa apa bedak muka. Wah natural gitu....hihi

Comel je kan pakaging Mochi BB Cushion 



Bau dia sangat sangat wangi dan bila bau wangi ni lebih menyakinkan Marsha untuk berdepan dengan anak-anak murid tanpa teragak-agak. Yang paling Marsha suka sebab sebagai traveller, Marsha memang prefer makeup yang portable dan mudah dibawa kemana sahaja. Dan Mochi BB Cushion ini memang direka untuk itu....yeahhh. Cap case juga built-in direka dengan elemen hygenic dan ia direka dengan warna apricot-beige digabungkan dengan warm & cool undertones sebagai cara yang natural untuk meneutralkan kesan merah pada kulit untuk kelihatan lebih sihat dan tiada kulit kusam.

Jom tengok Mochi BB Cushion ni melalui video simple ni....mesti lepas ni kawan-kawan teruja nak cuba....



Nama Produk: Klairs Mochi BB Cushion
Berat: 15g
Made In Korea
Sesuai untuk Semua Jenis Kulit

Mid-Day Blue Sun Lotion 

Kalau kita buat aktiviti dalam keadaan yang panas macam tengahari bila matahari terpacak tinggi diatas kepala mestilah kita perlukan sunblock kan? 
Ini lah fungsi produk kedua pilihan Marsha iaitu Mid-Day Blue Sun Lotion SPF40/PA+. 
Ia adalah sunblock atau losyen matahari yang efektif dan semestinya tak akan mengeringkan kulit.
Losyen biru yang unik ini direka khas untuk melindungi kulit dari UV yang kasar secara tak langsung menyediakan perlindungan dari panas secara langsung untuk melindungi kulit sensitif dari kepanasan yang melampau di saat sekarang ni.

Mid-Day Blue Sun Lotion ini diformulasi dengan Guaiazulene untuk melegakan kerengsaan kulit (sun burn) akibat dari sinaran UV yang teruk. 
Paling best Mid-Day Blue Sun Lotion ni boleh digunakan sebagai makeup base dengan natural tone correction.
Tak keringkan kulit dan efektif dalam melindungi kulit dari sinaran UV....sangat best kan??

Mid-Day Blue Sun Lotion

Marsha mencuba Mid-Day Blue Sun Lotion ni semasa ke island hoping di Langkawi dan sangat suprise sebab ia tak melekit dan sekata dengan kulit. Kulit juga tidak kekeringan dan juga bau nya yang wangi membuatkan Marsha jatuh cinta...💓💓

Nama Produk: Mid-Day Blue Sun Lotion
Berat: 50 ml
Made In Korea
Sesuai untuk Semua Jenis Kulit

Berminat nak mencuba produk Klairs?


Produk Klairs ini boleh dibeli secara online di laman web HERMO. Hanya klik-klik sahaja dan produk akan sampai depan pintu kawan-kawan.

Untuk maklumat lanjut produk Klairs ini, boleh layari laman web Klairs dan banyak lagi rangkaian produk Klairs di laman web tersebut.



Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

20 Comments

  1. Comel packaging tu, boleh buat hadiah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup betul zumal buat hadiah untuk yang istimewa...:)

      Delete
  2. Macam-macam produk ada sekarang kan

    ReplyDelete
  3. Cn pun suka dgn klairs bb cushion tu, cute kan casing tu 😉

    ReplyDelete
  4. Memang comel.. Boleh jadi daya penarik ni

    ReplyDelete
  5. packaging dia senang nk bawak ke mana2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang direka khas untuk dibawa kemana-mana dan sesuai utk travel..hihi

      Delete
  6. suka yg mochi bb cushion tu..cuteee sangat...

    ReplyDelete
  7. Comel dan menarik packaging nya..

    ReplyDelete
  8. deboom lah produk ni! ehee sha follow sini :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us