Serlahkan Aroma Keanggunan Sempurna Dengan Enchanteur Stunning



Serlahkan Aroma Keanggunan Sempurna Dengan Enchanteur Stunning



Assalamualaikum


Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

Wangian dan Wanita Tak Dapat Dipisahkan


Marsha sangat-sangat bersetuju dengan quote diatas....Tanpa wangian Marsha sendiri pun rasa tak lengkap dan sempurna. Ada je yang tak selesa dan tak kena kalau terlupa pakai wangian...hihi.
Kita pun sedia maklum yang brand Enchanteur ni telah lama meniti di mulut-mulut pengguna dan mempunyai peminat yang tersendiri.

Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.
 
Didatangkan Kepada Marsha dengan Box Yang Sangat Cantikk


Rangkaian Enchanteur Stunning


ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.

Enchanteur Stunning Eau De Toilette


Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.

Enchanteur Stunning Satin Smooth Body Lotion

Enchanteur Stunning Perfume Talcum

Enchanteur Stunning Perfumed Deo Mist

Enchanteur Stunning Perfumed Deo Roll On


ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

Comel kan?? Wangi Tau..Dengan Kotak yang Istimewa


ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40 manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80. Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

Ok itu sahaja kali ni semua tentang rangkaian Enchanteur Stunning untuk bacaan kawan-kawan semua. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan rangkaian terbaru yang sangat memukau ini ya...💓💓💓


Marsha 
Part Time Blogger 
Review Product & Place Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

26 Comments

  1. amboi amboi wangi sokmo lah lepas ni kak Marsha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...sampai dewan bersalin wangi nt ni...hahaha

      Delete
  2. Wah packing baru lah botol minyak wangi Enchanteur.

    ReplyDelete
  3. Bau dia siyesly sedap...eangi sepanjang hari

    ReplyDelete
  4. Bagus produk ni . packaging lawa & harga pun berpatutan ;)

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  5. suka produk enchancteur...wangiii

    ReplyDelete
  6. Wah bestnyee.. Msti senyum je spnjang harii hihi

    ReplyDelete
  7. Ena suka jenama ni, sebab semua wangi2.. melekat pula tu. Ena skrg pakai bedaknya untuk badan. Ni nanti nak try yang bauan baru ni

    ReplyDelete
  8. Dah lama brand ni kan...mmg wangi... masa kecik dulu, my mom suka hadiahkan brand ni untuk saya dan my sister...

    ReplyDelete
  9. wahhhh cantik sangat warna set enchanteur ni. soft sangatt. suka suka :D mesti sedap bau dia kan hehehe

    ReplyDelete
  10. I love lotion very much! tapi nampak mcm akak tak ade lotion ye. Tak kesahlah janji semua wangi2! Mengimbau kenangan gitew. hehe

    ReplyDelete
  11. memang cik timm pun suka dgn bedak dia.klau pakai lepas mandi, memang berbau satu umah, haha!

    ReplyDelete
  12. Enchunters ni jenama yang dah brtahan lama di malaysia. No wonder la kan. produk memang berkualiti..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us