• Home
  • About
  • cONTACT
  • Sitemap
  • Disclaimer
facebook twitter instagram pinterest bloglovin Email Liyana Ishak Lokmanamirul.com Nurfuzie.Com Nurul Yui PermataBiru Pha Is Salmiah Md Zain Siti Sharini Siti Yang Menaip Zumal Zya Akma

Marshalizadotcom


#Biters


HOME MY STORY SHAKLEE TRAVEL ANITH BAIHAQI
FOODIE PARENTING BEAUTY REVIEW RESEPI TIPS


Few Daysss Waiting!!!


Assalamualaikum


Alhamdulillah arini officially last day kerja untuk tahun 2017.
Sudah mula start maternity leave atau cuti bersalin.
Marsha ambil awal supaya boleh get ready untuk bila-bila masa baby nak keluar.
Lagipun maternity leave ni Marsha tak pernah ambil lagi selama bekerja 5 tahun ni.
Masa bersalinkan Anith dulu Marsha masih tak bekerja.
Jadi maternity leave boleh utk 3-5 orang anak lagi lah kan...hihihi

Tak sabar???

Semestinya tak sabar nak jumpa ahli baru keluarga kami.
Bila rasa dia 'kicking', moving & 'punching' memang best sangat.
Ni tengah menaip pun dia dok aktif tau....tak sabar ibu nak jumpa anak ibu ni..hihi
Jantina? Insya Allah dah tahu....tapi Marsha tggu baby keluar dulu baru reveal ye.
Memang sangat dinantikan oleh kami bertiga sebab gap ngan kakak dia lama sangatt.

6 months preggy


Preparation?


Alhamdulillah 80% dah settle.
Dari barangan baby, barangan ibu, barangan pantang dll.
Hanya beberapa barang lagi masih belum beli dan plan nak beli masa baby fair 29hb-1 Okt di PHL Convenction Centre.
Jom lah ke sana sama sama nanti....💕💕
Harap nanti complete lah barang-barang semua.

Packing beg baby dah settle cuma beg ibu belum.
Appointmen dengan doktor pun dah habis hanya tinggal appointmen last dengan nurse je next week.
Doktor pun dah say goodluck.
Debaran makin terasa.....lagi mak yang preggy selang 2 tahun pun berdebar apatah lagi Marsha yang gap bertahun-tahun ni....hihi

Antara checklist ibu & baby (Ihsan google)


Senaman pun Marsha baru nak mula.
Apa fungsi senaman ni?
Fungsi senaman ni adalah untuk mudahkan laluan baby terbuka dan senang bersalin.
Pada 1st pregnancy dulu Marsha tak ada rezeki nak bersalin normal ekoran fetal distress masa tu.
Jadi option last adalah operation atau czer.
Alhamdulillah kakak Anith keluar dengan selamat.
Kali ni Marsha berimpian untuk bersalin normal atau VBAC (Vaginal Birth After Ceaserean) dan dah inform doktor.
Luckily doctor agreed dan diharapkan rezeki Marsha untuk VBAC kali ni.
Doakan Marsha tau.....💗💗💗

Dari segi mental dan fizikal pula insya Allah Marsha dah ready.
Marsha perlu positif dalam menempuhi proses bersalin nanti.
Doakan baby keluar sebelum EDD ye.
Disebabkan Marsha ada GDM time preggy jadi tak boleh overdue.
Nak tak nak baby kena keluar before EDD atau kalau tak keluar juga akan kena paksa bersalin.
Maybe akan diinduce.
Hope baby cepat keluar dan dipermudahkan proses bersalin Marsha.
Doakan Marsha dan baby selamat yer....😍😍😍

Okey kita jumpa next entry ya....Assalamualaikum.



Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
14 sahabat ibu

Bisnes Card Terbaru


marshaliza.com


Assalamualaikum...

Hari ahad lepas sampai satu parcel yang amat ditunggu-tunggu.
Parcel dari Skynet.
Dah agak lama tunggu sampai seller pun risau takut tak sampai sebab no tracking not found.
Tapi Marsha tetap positif yang parcel Marsha akan sampai dengan selamat walaupun lambat.
Sebab Skynet area sini kadang-kadang lambat juga.
Bila dapat call dari Skynet berharap sangat parcel yang sampai ialah yang Marsha nantikan.
Alhamdulillah tepat jangkaan Marsha bila sampai rumah....hihi.

Nak tau tak barang apa yang Marsha tunggu-tunggu sangat??

My new bisnes card

Yaaa........bisnes kad yang baru... 💓💓💓
Dulu pernah buat FOC promo dari PixaJoy.
Tapi sebab dah tukar domain maka yang lama tu dah tak best nak guna.
Kena ubah URL blog yang baru la kan?

Sehingga la ternampak rakan blogger juga baru tempah bisnes kad juga.
Dan kawan blogger recommended salah seorang designer untuk buat bisnes kad Marsha.
Jadi, Marsha mula berhubung dengan designer berbincang harga, design dan sepenuhnya tentang bisnes kad ni.
Marsha kali ni letak gambar sendiri supaya nampak rare sikit.
Banyak kali juga tukar design, tambah buang dan lain-lain lagi.
Biasalah Marsha ni cerewet sikit....hihihi
Tabik spring kat designer aka seller sebab sabar melayan karenah ahkak ini....hihi

Akhirnya.....design dah dipersetujui dan dihantar ke kilang untuk printing dan terus di kurier.
Once dah sampai realnya sangat cantik dan simple.
Itu memang trademark Marsha.....simple & cantik...hihihi
Mesti ada tertanya-tanya kan kenapa ada logo Shaklee kat atas?
Ya...Marsha Independent Distributor Shaklee tau...jadi nak order barangan Shaklee boleh hubungi Marsha. FREE konsultasi tau....😍😍😍
Marsha juga letak job-job yang Marsha buat dan juga niche blog Marsha sendiri.
Jadi bila ada kad bisnes ni memang faham la servis yang Marsha buat.

Oh ya nak tau tak Marsha order kat mana?
Marsha order dengan

Zaza Iman (Facebook)


Hasil kreativiti beliau sangat Marsha suka.
Harga pun berpatutan.
Orang yang sangat nice bila berbisnes.
Sangat berterimakasih pada rakan blogger Mimi Azirah kerana recommend.
Sangat puas hati.

Jadi kalau ada yang nak order bisnes kad ni jangan lupa contact Zaza Iman yer.
Pasti puas hati.....😍😍

Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
11 sahabat ibu

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan


Belaian Menawan Sepanjang Hari!


Assalamualaikum....



Last week Marsha terima suprise box lagi dari PR Salina Association iaitu barangan jenama Enchanteur. Belum buka parcel lagi baunya dah menusuk ke kalbu. Wangi sangat!!!
Biasalah wanita dan wangi tak dapat dipisahkan...betul tak?...hihihi. Masih berteka-teki apakah produk yang Marsha dapat ni....akhirnya bila unpack parcel....wah dapat box pink yang cantik. Siap reben putih gitu. 

Sweet kan box pink ni?

Isi dalamnya??? Ok jom kita tengok.......

2 Perfume Body Lotion & Note Book Tumbler Kaler Pink

Comel kan?
Jadi entry kali ni Marsha nak share tentang produk yang Marsha dapat ni iaitu Enchanteur 24 Hours Moist Losyen Haruman Badan ni.

Seperti yang kita maklum, fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi dan ia menghidratkan kulit menjadi lembap seharian. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.

Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.  

Jadi Enchanteur mengambil langkah memperkenalkan produk baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!!!

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.

Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan  ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. 
ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.
ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.

Charming, Romantic & Alluring

ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)

•  Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.

ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)

•  Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.

ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)

•  Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian. 

Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. 


Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang :
www.enchanteur.com.my 
atau 
laman Facebook ENCHANTEUR di 
www.facebook.com/EnchanteurMY


Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
8 sahabat ibu

Baju Sedondon Tema Kartun Trend Terkini yang Menarik Minat Marsha


Assalamualaikum...


Akhirnya dah sampai baju tempahan Marsha yang bertemakan kartun.
Sebenarnya dah lama teringin tengok kawan-kawan yang pandai menjahit beli kain cotton knit bercorak comel-comel dan buat baju sedondon satu family.
Jadi Marsha beli kain & pakej jahit sekali untuk family Marsha seramai 4 orang (termasuk bakal ahli yang due oktober nanti...hihi)
Oh ya seller & tukang jahit Marsha jumpa kat FB iaitu kak Bahiyah Hamid.

Sebenarnya dah lama Marsha menitikberatkan kesedondonan ni dari segi warna.
Sebab nak dapatkan corak yang sama memang susah kalau kita beli dekat mall.
Untung-untung pun husband ngan Marsha je sedondon sebab boleh beli baju couple.
Anith kena beli & cari warna seakan tapi tak sama la kan....hihi

Jadi Marsha pilih kain yang Marsha berkenan iaitu corak Batman & Elmo.
Haaa....2 helai sorang sekaligus Marsha order...hihihi
Alang-alang kan nak tempah so 2 helai sorang untuk permulaan.
Nanti dok berangan nak blaja jahit dan lepas ni boleh beli kain sahaja...hihi
Untuk permulaan kita buat tempahan dulu sebab nak boleh terer jahit ni makan masa...betul tak??

Marsha tempah T-shirt Muslimah (menyusu) untuk diri sendiri, Husband T-shirt biasa dengan bakal baby dan Anith T-shirt muslimah.
Alhamdulillah 2 minggu lepas dah selamat sampai.
Bila buka parcel wow sangat teruja.
Walaupun sebelum ni dah tengok pic sahaja tapi in real lagi teruja....hihihi


T-shirt Muslimah Menyusu

T-Shirt Muslimah Kanak2

T-Shirt Lelaki Dewasa & Baby 3 month 

T-Shirt Lelaki Dewasa & Baby 3 month 

T-Shirt Muslimah Menyusu

T-Shirt Muslimah Kanak-kanak


Ni Marsha share pic dari seller aka tukang jahit kak Bahiyah Hamid.
Comel kan?
Tapi tak nak pakai lagi sebab nak tunggu cukup korum baru nak sedondon sekali....hihi
Kak Bahiyah Hamid pun dah tutup order jahit sebab tengah tunggu hari nak dapat ahli baru juga.
Jadi kak Bahiyah open Januari nanti pula.

Pada Marsha kain memang berkualiti dan jahitan juga setanding dengan kualiti kain.
Marsha sangat puas hati.
Tak rugi tempah dan berkira-kira akan repeat order next year bila kak Bahiyah open order kembali...hihi

Ok buat yang nak usha-usha hasil jahitan Kak Bahiyah Hamid boleh direct ke personal FB

Bahiyah Hamid


Boleh direct PM beliau tau.
Memang recomended.....💕💕💕



Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
2 sahabat ibu

Mengekalkan Kemudaan Kulit Anda Bersama Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel

Assalamualaikum....



Jika anda berasa wajah anda kasar dan ketat, maka anda mungkin mempunyai kulit yang kering. Ini bermakna kulit anda kekurangan air. Apabila kulit dehidrasi, ia akan menghasilkan lebih banyak minyak untuk mengimbangi kelembapan kulit. Ini akan menyebabkan jerawat, kerengsaan dan tompok kering di wajah. Keaadaan in akan menjejaskan kesihatan dan keyakinan kita.

Dehidrasi adalah satu masaalah besar – Kulit kami di Asia selalunya akan terjejas lebih teruk daripada yang lain kerana kelembapan cuaca di sekeliling kita. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa 40-72 peratus pengguna kerap mempunyai kulit kering di wajah mereka*. Walaupun meminum air adalah sangat penting untuk mengembalikan kelembapan dan kemudaan kulit, ia mungkin bukan penyelesaian yang mencukupi untuk memerangi dehidrasi kulit.

Kulit yang sihat adalah satu sebab kami akan berasa lebih baik. Salah satu cara untuk meningkatkan keyakinan anda adalah untuk memberikan kulit anda lebih cerah dan kelihatan lebih licin.

Produk baru Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel dicipta untuk mengembalikan kulit kami sihat, bersinar dan berseri dari dalaman ke luar.

Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel

Jom Cuba Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel


Produk ini dilengkapi dengan 2 langkah sistem yang unik dimana ia melembutkan kulit dan memberikan faedah anti-penuaan dengan memberikan dos penghidratan yang mengagumkan sehingga 400% untuk mengurangkan garis halus dan kedutan.

Retexturizing Swab boleh melembutkan kulit dan menghidratkan kulit yang kering. Ia mempunyai Lactic Acid, Glycolic, and Hyaluronic Acids yang menyokong pergerakkan sel untuk menyerikan kulit dan membersihkan sepihan kulit untuk mengungkap kulit yang licin, cerah dan bercahaya. Saiz Swab ini direka khas untuk kulit anda yang halus dimana ia membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.

Apabila menandatangani dehidrasi kulit dan kulit kusam, bungkusan Murad Moisture Infusion Mask dipenuhi asid hyaluronik yang akan mengembali and menyuburkan kulit, ia berfungsi sebagai penghidratan segera yang sehingga 400% untuk kulit anda. Dengan penggunaan yang berpanjangan, kulit muka yang kering dan mengungkap tidak akan berlaku lagi.

Secara ringkas, Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel mengandungi 4 rawatan mudah termasuk:

Retexturizing Swab – Swab besar ini adalah tunas kapas bertutup yang telah tepu dalam campuran berasaskan AHA campuran Latuc dan Glycolic Acid, yang berfungsi untuk melembapkan lapisan permukaan kulit dengan perlahan, melarukan sel-sel mati dan membersihkan liang-liang kulit yang tersumbat untuk memberikan tekstur yang lebih halus.

Moisture Infusion Mask - Topeng lembaran memberkalkan asid hyaluronik untuk memberikan rangsangan segera kepada tahap kelembapan sehingga 400% dan membantu mengurangkan kesan garis kedut. Kulit akan berasa lebih cantik dan bersinar apabila kesan kedutan berkurangan.

Langkah-langkah Menggunakannya:


Gunakan sekali seminggu.


Langkah 1: Retexturizing Swab: Sapu swab di muka yang bersih. Jangan bilas.

Langkah 2: Moisture Infusion Mask: Letakkan topeng lembaran di muka selama 15-20 minit. Keluarkan topeng lembaran dan jangan bilas. Kemudian sapukan pelembap kepada muka.

Diasaskan lebih dari 28 tahun yang lalu, Murad adalah jenama doktor pertama yang diiktiraf di Amerika Syarikat. Jenama ini tetap benar dengan prinsip saintifik pengasasnya, dermatologi terkenal di dunia; Howard Murad, M.D. Melalui lebih daripada 50 tahun pengalaman penyelidikan Dr. Murad telah membuktikan bahawa kecantikan dan kesihatan adalah saling berkaitan dan terbaik dicapai melalui pendekatan inkusif yang meningkatkan setiap sel di dalam badan.

Murad Hydro-Glow Aqua Peel boleh didapati di kedai Murad diseluruh Malaysia.Ia juga boleh didapati di laman web www.murad.com.my bermula pada pertengahan bulan September.

Nikmati diskaun 10% pada produk Hydro-Glow Aqua Peel apabila anda membeli di laman dengan kod GLOW di https://www.murad.com.my/unlock-secret-to-youthful-skin sah sehingga 31st Mac 2018.

*R.Voegeli, A. V. Rawlings, P. Seroul, and B. Summers. A novel continuous colour mapping approach for visualization of facial hydration and transepidermal water loss for four ethnic groups. International Journal of Cosmetic Science, 2015, 37, 595-605.

MENGENAI MURAD, INC.


Ditubuhkan pada tahun 1989, Murad adalah jenama penjagaan kulit klinikal perintis yang didedikasikan untuk mengalakkan orang ramai untuk hidup dengan lebih bahagia, sihat dan hidup yang lebih penuh.
Disokong oleh 19 paten yang unik dan warisan yang mempunyai lebih daripada 30 tahun penyelidikan dan ujian klinikal, falsafah unik Murad, yang dikenali sebagain Connected Beauty, adalah pendekatan seluruh badan manusia untuk kesihatan dan kecantikan yang memberi inspirasi kepada orang untuk menyuburkan kulit mereka, membangkitkan badan mereka melalui aktiviti fizikal, "EAT" air dengan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber air, dan pemikiran “Be Kind To Their Mind”.

Untuk maklumat lanjut, log masuk www.murad.com.my atau Facebook Murad di Murad.Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan imej media, sila hubungi:

Chan
Mobile: +6010 295 4802

Email: greatworksmarketing@gmail.com



Marsha 
Part Time Blogger 
Review Product & Place Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
1 sahabat ibu

Teh Daun Raspberi sebagai Natural Inducer


Assalamualaikum...


Bersua kembali kita...💓💓💓
Arini genap Marsha 37 minggu preggy anak kedua Marsha.
Bermakna ada lagi beberapa minggu sebelum due date.
Hati berdebar, excited malah bermacam rasa dah ada menantikan ahli baru dalam famili kecil kami.
Doakan proses bersalin Marsha dipermudahkan dan Marsha dapat VBAC.
Aaamin...

Sebenarnya banyak pilihan secara natural untuk memudahkan bersalin yang banyak Marsha baca.
Antaranya ialah EPO, VCO dan banyak lagi.
Tapi yang paling menarik hati Marsha ialah Teh Daun Raspberi.
Sebenarnya Marsha tak amik port sangat bab teh ni.
Kali pertama dengar Teh Daun Raspberi.
Sebenarnya dah lama dah Teh Daun Raspberi ni terkenal di Eropah.
Cuma di Malaysia tak banyak artikel yang ditulis lagi kerana ramai yang tidak tahu khasiat Teh Daun Raspberi ini.

Sebenarnya susah juga nak cari Teh Daun Raspberi ni kerana tak banyak dijual di Malaysia.
Di supermarket Marsha cari tak jumpa.
Last skali Marsha beli melalui aplikasi 'shopee'.
Alhamdulillah jumpa seller yang jual dengan harga yang berpatutan.
Marsha terus grab 2 kotak....hihi

Pilihan Marsha brand Heath & Heather

Apa Khasiat Teh Daun Raspberi?


1. Memudahkan menghadapi gejala lemah di waktu pagi ( morning sickness )
2. Mencegah gusi dari berdarah terutamanya untuk wanita mengandung
3. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.
4. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.
5. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang mana kandungan magnesium amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.
6. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit birit.
7. Membantu mempercepatkan uri keluar secara natural.
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur di akhir kehamilan.
9. Boleh diminum selepas bersalin, sebagai 'energy drink'.

Teh ni jugak boleh diteruskan pengambilannye selepas bersalin dan semasa pantang.
Ini kerana:

1) meningkatkan sistem imunisasi kerana ade kandungan vitamin & mineral.
2) membantu pengecutan semula rahim
3) melawan jangkitan kerana mengandungi agen antibakteria
4) sesetengah nya berkesan sebagai penggalak pengeluaran susu ibu.

Ibu-ibu yang preggy boleh mula minum sejak minggu ke-32 sebab teh ni memerlukan masa untuk ia menyerap ke dalam tubuh kita. 
Jangan cuba-cuba nak try minum sebelum minggu ke 32 ye...elakkan early stage pregnancy.
Jadi masuk trimester ketiga dan hujung-hujung pregnancy boleh mula minum.
Boleh minum sebanyak 1 gelas sehari dan kemudian ditingkatkan kepada 2-3 gelas sehari pada minggu ke 36 dan juga boleh minum sebelum ke “labour room”. 

Marsha baru semalam mula minum pada minggu akhir 36.
Harap baby keluar sebelum due sebab Marsha tak nak kena induce....huhuhu
Kalau boleh nak natural birth tanpa episotomi.....insyaAllah. 

Ada juga pantang larang ye jika ada gejala dibawah: 

1) Mengalami proses kelahiran yang cepat bagi kelahiran sebelumnya.
2) Dah dijadual untuk caesarean/ operation.
3) Mengalami kelahiran secara caesarean pada kelahiran sebelumnya
4) Mengalami kelahiran pra-matang pada kelahiran sebelumnya
5) Pernah bleeding pada kandungan ketika 2nd trimester
6) Mempunyai sejarah kanser ovari , endometriosis atau fibroid pada diri sendiri  atau keluarga
7) Mempunyai komplikasi / masalah kesihatan ketika hamil
8) Mempunyai darah tinggi
9) Hamil kembar

Untuk lebih maklumat boleg gugel Teh Daun Raspberi untuk kehamilan.
InsyaAllah banyak info yang akan dapat nanti.
Moga dengan usaha amalkan Teh Daun Raspberi ni dapat membantu Marsha dalam proses bersalin Marsha tak lama lagi.
Doakan bakal famili baru Marsha nanti dilahirkan dengan sihat dan Marsha dipermudahkan dalam proses bersalin nanti ye.
Oh...ada satu tips lagi Marsha akan share.
Tunggu next entry ya....😍😍

Marsha 
Part Time Blogger 
Review Product & Place Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
4 sahabat ibu

Dessert di Tiffin Restaurant, Weil Hotel, Ipoh Cairkan Pandangan dan Rasa


Assalamualaikum...


Hari ni Marsha nak share story yang menarik tentang makanan.
Alkisahnya semalam Marsha sekeluarga habiskan voucher Buffet Lunch di Weil Hotel, Ipoh.
Sebab 20hb Sept expired so buat tempahan pada 19hb Sept untuk 3 orang.
Kebetulan encik suami pula busy ada program kat Pangkor jadi penceramah.
Jadi 19 hb adalah date terbaik lah bagi kami untuk spent time makan bersama buffet lunch.
Buffet lunch bermula jam 12 tghr hingga 2.30 petang.

Makanan yang Marsha nak share ni bukan calang-calang makanan.
Bukan main course hanya dessert sahaja.
Tapi ia amat menarik minat Marsha.
So far makan buffet kat mana-mana hotel pun tak pernah tengok dessert yang macam ni.
Memanglah kalau tengok menu eh biasa-biasa aje.
Tapi lain lah.....serius lain....hihihi

Bila masuk ke buffet lunch makanan pertama yang Marsha sentuh ialah dessert.
Puding karamel yang comel dan cute overload.
Rasa?? Of course tak mengecewakan....anak marsha pun suka sebab memang favorite dia...hihi
Kami pulun dessert dulu barulah beralih ke main course dll....sebab dari jauh tengok cute sangat...hihi.
Cute dan rasa sangat sedap jadi tak menyesal 'serang' dessert dulu...😜😜

Puding Karamel yang cute



Main course yang ada tak kurang hebat cuma dalam entry ni Marsha nak 'highlight' kan dessert nya.
Dessert yang cantik dimata dan sedap dirasa....teringat sampai arini....hihi
Main course yang ada nasi putih dan lauk-lauk best sebab semalam bleh rasa muscle.
Ada nasi ayam yang sangat sedap, ada ais kacang, roti dengan beberapa sup, buah-buahan, minuman dan salad.

Pelbagai Dessert

Ok jadi Marsha sangat recommend buffet lunch di Tiffin Restaurant, Weil Hotel, Ipoh secara overall walaupun entry ni hanya untuk dessert sahaja.
Datang dan cuba ye. Suasana dalam Tiffin Restaurant ni pun tenang dan sangat best.

Kalau nak cuba bolehlah hubungi Weil Hotel, Ipoh untuk tempahan.

Alamat:

292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, 
Perak, Malaysia

No tel:
+605 208 2228

+605 2082021 (Tiffin Restaurant)

Email:

enquiries@weilhotel.com
Laman Web:

http://www.weilhotel.com/







Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
2 sahabat ibu

Assalamualaikum uolssss


Haaa apakah berita baik tu???


Baby & Kidz Fair


Haaa.....Baby & Kidz Fair kembali lagi di Ipoh dan akan diadakan di PHL Convention Centre, Mengelembu, Perak.
Pada 29 September 2017 (Jumaat) hingga 01 Oktober 2017 (Ahad) dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Moh le kite......💝💝

Jom Kita....

Jadi buat parents yang ada anak-anak kecil dan juga yang bakal jadi parents atau yang tengah menunggu cahaya mata seterusnya macam Marsha ni memang sesuailah tempat shopping untuk preparation terakhir.
Top up yang mana belum ada.....hihihi
Sebelum ni Marsha dah pernah pergi yang telah dianjurkan pada bln Jun aritu.
Memang sangat meriah dengan pelbagai barangan, brand dan juga produk.
Pelbagai produk yang ada seperti pakaian baby dan kanak-kanak, lampin pakai buang, set nursing, set pantang, babywearing, baby gear dan banyak lagi.
Kali ni nak pergi tengok breastpump, tungku dan beberapa barang baby yang belum ada.
Eh barang ibu dan baby.....hihihihi

Baby & Kidz Fair ni istimewa tau....kenapa Marsha cakap macam tu?
Sebab sepanjang 3 hari fair ni adalah peluang untuk grab tawaran murah sehingga 80% off. Best kan?
Bukan itu sahaja tau...pengunjung juga akan diberi rewards melalui program tertentu:

Buy & Reedem:

Hanya buat pembelian minimum RM100 dalam single resit atau resit berlainan dan dapatkan hadiah yang menarik segera pada hari itu juga.
Secara keseluruhan 100,000 hadiah akan diedarkan!!
Jadi makin banyak kita spend masa Baby & Kidz Fair ni, makin banyak lah hadiah yang bakal kita bawa balik. (Selagi Stok Masih ada)

Spend & Win:

Beberapa buah stroller baby dan hadiah yang menarik menanti untuk diedarkan kepada yang bertuah. Hanya buat pembelian minimum RM100 dan secara automatik entitle untuk 1 Lucky Draw.
Mana tau bertuah dapat stroller baby....tuah manusia kita tak tau kan?? 😍😍

Free Goddie Bag:

Haa....yang ni sape yang datang je mesti dapat Goodie Bag sponsor dari pelbagai jenama. Hanya register dan kemudian boleh reedem.

Join and Win:

Join aktiviti atas stage pada hari tersebut dan dapatkan hadiah. Yang bestnya tak ada bayaran untuk join aktiviti ni.

Meh Marsha share jadual aktiviti sepanjang Baby & Kidz Fair ni..

Jadual Baby & Kidz Fair


Jadi datanglah awal untuk grab semua hadiah dan join aktiviti disana nanti.
Jumpa korang disana yer.....👌👌







Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
4 sahabat ibu

Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang

Assalamualaikum

Dah lama rasa Marsha meninggalkan alam persekolahan sejak tahun 1999 masa tu ambil SPM tapi masih lagi berada di sekolah sekarang sebagai insan yang berbeza iaitu pendidik. Dulu sebagai pelajar sekolah yang biasa-biasa tak menonjol di sekolah. Akhirnya pada umur 30 tahun masuk balik ke sekolah sebagai pendidik…alhamdulillah. Ini bermakna sekolah dengan Marsha tak boleh berpisah. Rezeki memang di sekolah akhirnya walaupun masa degree jurusan yang diambil ialah perhutanan. Tambahan lagi abah pun happy ada juga anak dia yang ikut jejak dia sebagai seorang pendidik. Ya, Marsha seorang sahaja yang ikut jejak abah sebagai seorang pendidik dari lima beradik.

Ok bila tengok tajuk diatas masa ni rasa nak imbas kembali sekolah di zaman Marsha dulu, pada tahun 90-an. Marsha ni generasi 90-an tau, UPSR tahun 1994, PMR atau sekarang dikenali sebagai PT3 tahun 1997 dan SPM tahun 1999. Banyak kenangan dan pengalaman yang Marsha dapat di zaman persekolahan dulu. Bila berada di zaman sekarang memang nampak banyak perbezaan dan perubahan sekolah dahulu dan juga sekolah sekarang. Bukan dari segi pelajaran sahaja tapi banyak juga sisi atau segi lain yang mengalami perubahan yang ketara dan ada juga yang tidak ketara.

Perbezaan Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang?

Sekolah dahulu kita masih sangat kurang menggunakan pengangkutan untuk ke sekolah.Biasanya paling ok pun ibu bapa hantar atau naik bas sekolah dan bas biasa. Tu pun kiranya kawan-kawan yang ayah ibu bekerja dengan jawatan yang agak tinggi. Kebanyakkannya akan berjalan kaki dan juga naik basikal ke sekolah. Jarang tengok yang tak berlesen bawak motosikal atau kereta. Tetapi sekolah sekarang sudah jarang datang sekolah berjalan kaki, berbasikal atau dihantar oleh ibu bapa. Boleh dikira dengan jari jemari. Kebanyakannya menaiki motosikal walaupun tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Biasanya lesen memandu motosikal boleh di ambil bila individu mencecah umur 16 tahun keatas berdasarkan tarikh lahir. Jika belum mencapai umur 16 tahun maka individu terbabit tidak layak untuk memohon lesen memandu motosikal. Tetapi pada zaman sekarang ibu bapa lebih mementingkan kemahuan anak-anak dan sanggup membeli motosikal walaupun sedar anak tidak mempunyai lesen memandu dengan alasan hanya untuk ke sekolah. Tetapi ia sebenarnya mengundang bahaya kepada anak-anak jika berlaku perkara yang tidak diingini. Di sekolah Marsha sendiri pun ada berlaku kemalangan antara pelajar dan orang luar dan lagi teruk sebab pelajar tersebut tidak mempunyai lesen memandu. Jadi, sebolehnya anak-anak perlu ada lesen memandu dan kita sebagai ibu bapa dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Budaya di sekolah dahulu dengan sekolah sekarang juga berbeza. Jika sekolah dahulu pelajar dari jauh dah berlari menolong cikgu bila nampak cikgu membawa beban yang banyak semasa ke kelas tambahan cikgu tersebut sarat mengandung atau sudah berusia. Pointnya disini bukan nak suruh pelajar asik bantu cikgu tetapi itu adalah satu nilai murni yang ada pada diri seseorang terutamanya pelajar. Tetapi pelajar sekarang hanya melirik anak mata sahaja. Lebih mementingkan diri dari menolong cikgu. Mungkin ia adalah satu trend pada anak-anak zaman sekarang. Kerana mereka lebih terdedah pada gadget dan kurang bersosial di luar dengan orang yang lebih tua. Namun masih ada segelintir pelajar yang masih ringan tulang membantu cikgu. Sangat berterimakasih kepada segelintir anak-anak pelajar yang masih bersikap ringan tulang.

Dari segi pemakaian pelajar juga sama, sangat ketara perubahannya. Mungkin pada zaman kini lebih mengikut gaya K-POP jadi seluar sekolah yang telah dijahit elok kakinya ditambah jahitan menjadi sempit dibawah. Baju kemeja dikecikkan menjadi muat-muat badan. Itu pelajar lelaki. Pelajar perempuan pula tudung menjadi singkat, baju menjadi muat-muat badan dan banyak lagi. Ini semua adalah peniruan budaya. Kalau sekolah dahulu baju sekolah yang dipakai loose dan selesa. Tapi pada zaman sekarang pelajar lebih suka ‘modify’ supaya Nampak lebih trendy. Pelajar perempuan mula memakai lipstick ke sekolah yang dulunya lipstick memang tidak boleh dipakai sehingga sekarang. Tapi pelajar hanya ‘ignore’ sahaja peraturan sekolah. Pemakaian kasut dan stokin juga mengikut peredaran zaman sekarang. Pelajar sanggup menabung untuk kelihatan lebih menarik di sekolah. Kerana para pelajar sekarang lebih mementingkan penampilan diri dari pelajaran.

Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang



Lagi satu kalau sekolah dahulu ibu bapa serahkan anak-anak pada guru. Kalau salah minta di jalankan hukuman asal tidak memberi kesan negatif kepada pelajar. Janji anak-anak akan tahu kesalahan mereka. Tapi lain pada zaman sekarang kerana ada ibu bapa yang lebih banyak memihak pada anak-anak walaupun terang lagi bersuluh anak mereka membuat kesalahan. Kemudian bila pelajar dihukum kerana membuat kesalahan, ibu bapa pula membuat laporan polis dan viralkan di media social. Sudahnya pelajar menjadi besar kepala.

Bukan sahaja dari segi budaya ke sekolah dan juga pemakaian, dari segi Pendidikan juga berubah. Antaranya ialah cara pembelajaran, sumber pengetahuan dan pada sekolah itu sendiri. Sekolah dahulu cara pembelajaran sangat ringkas hanya menggunakan papan hijau bersama kapur putih. Tapi sekolah sekarang kita ada pelbagai ABM (Alat Bantu Mengajar) yang berteknologi tinggi seperti laptop, LCD projector dan pelbagai lagi. Ia lebih mudah dan pelajar lebih berminat. Cara pelajar mendapatkan sumber pengetahuan juga berbeza. Sekolah dahulu pelajar banyak menghabiskan masa di perpustakaan sekolah malah perpustakaan negeri untuk mendapatkan maklumat. Membuat pinjaman buku untuk mengulangkaji dan sebagainya. Sekolah sekarang, pelajar sudah jarang menghabiskan masa di perpustakaan. Mungkin hanya segelintir yang masih menjadikan perpustakaan sebagai tempat mencari maklumat. Sekolah sekarang bagi yang mempunyai kemudahan internet dirumah akan mencari maklumat secara digital melalui laman-laman web yang diperlukan. Hanya ‘search’ dan maklumat akan terus dapat dengan masa yang singkat. Tak perlu guna komputer atau komputer riba. Telefon pintar juga boleh. Lebih senang dan juga praktikal pada zaman sekarang. Jadi tak hairanlah kalau seawal 4 tahun kanak-kanak sudah mempunyai telefon pintar atau tab. Dah pandai explore macam-macam.

Dulu semua maklumat pelajar atau markah peperiksaan akan dilakukan secara manual oleh guru. Tapi sekarang tidak lagi. Maklumat tentang pelajar juga seperti nama, alamat, maklumat keluarga akan diisi oleh guru secara online dalam aplikasi yang di panggil sebagai APDM. Jadi guru-guru dapat mengemaskini sahaja maklumat dari tahun ke tahun jika ada perubahan dari segi gaji ibu bapa, alamat atau lain-lain. Dengan adanya aplikasi APDM ni, ia memudahkan guru biasiswa untuk menapis pelajar yang betul-betul layak untuk mendapat biasiswa. Markah pula juga diisi online oleh guru dalam aplikasi yang dikenali sebagai SAPS. Ini memudahkan ibu bapa memantau pelajaran para pelajar secara online tanpa menunggu hari bertemu waris untuk berjumpa guru. Jadi ibu bapa boleh membuat perancangan awal untuk anak-anak jika ada masalah dan pelajar tidak boleh menyorok markah mereka dari ibu bapa.

Sekolah dahulu tidak banyak dibina kerana pada masa itu pembangunan belum pesat. Ada pelajar yang tidak bersekolah kerana sekolah jauh dan tiada pengangkutan. Namun, sekolah sekarang ekoran dari pembangunan yang makin berkembang ditambah dengan pelajar yang makin bertambah banyak sekolah telah dibina. Pelajar tidak perlu bersekolah jauh dari tempat tinggal kecuali yang mendapat tawaran ke sekolah-sekolah berasrama penuh atau sekolah khas. Boleh dikatakan setiap kawasan mempunyai sekolah dan ia sangat membantu ibu bapa yang bekerja kerana anak-anak bersekolah berhampiran rumah. Macam Marsha sendiri jarak rumah ke sekolah anak hanya 500 meter. Tapi jarak rumah ke sekolah tempat mengajar adalah 15 kilometer. Jauhkan? Tapi tak apa sebab Marsha boleh memandu sendiri. Tambahan lagi memang ditugaskan mengajar di sekolah sekarang. Walaupun sedikit jauh tapi Marsha selesa mengajar di sini.

Itu adalah antara perbezaan sekolah dahulu dan sekolah sekarang. Banyak sangat perbezaan kan? Kita belum tahu lagi perbezaan yang akan berlaku pada masa hadapan. Lagi 10-20 tahun apakah perubahan dalam pendidikan dan di sekolah. Apa yang anak-anak kita bakal lalui pada tahun-tahun berikutnya. Dengan sistem Pendidikan yang kerap berubah mengikut tahun dan keperluan pelajar. Mungkin 10 tahun lagi Marsha boleh buat artikel yang sama lagi kan. Ok jadi ini sahaja coretan dari Marsha moga sistem Pendidikan kita akan jadi lebih baik dari masa ke semasa dengan pelajar yang berdedikasi insya Allah.








Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018
Share
Tweet
Pin
Share
3 sahabat ibu
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me

Marsha
Blogger|Social Media Influencer
Personal|Lifestyle|Parenting|
Travel|Beauty

Review|Event|Collaboration
marshalizadotcom@gmail.com





Total Pageviews

Follow

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Subscribe My Youtube Channel

fb pages

Marshalizadotcom Diary

Blog Archive

  • ►  2021 (6)
    • ►  February 2021 (5)
    • ►  January 2021 (1)
  • ►  2020 (103)
    • ►  December 2020 (6)
    • ►  November 2020 (8)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (5)
    • ►  August 2020 (9)
    • ►  July 2020 (6)
    • ►  June 2020 (24)
    • ►  May 2020 (9)
    • ►  April 2020 (9)
    • ►  March 2020 (5)
    • ►  February 2020 (4)
    • ►  January 2020 (9)
  • ►  2019 (108)
    • ►  December 2019 (8)
    • ►  November 2019 (3)
    • ►  October 2019 (9)
    • ►  September 2019 (9)
    • ►  August 2019 (13)
    • ►  July 2019 (12)
    • ►  June 2019 (8)
    • ►  May 2019 (12)
    • ►  April 2019 (9)
    • ►  March 2019 (8)
    • ►  February 2019 (6)
    • ►  January 2019 (11)
  • ►  2018 (99)
    • ►  December 2018 (8)
    • ►  November 2018 (10)
    • ►  October 2018 (3)
    • ►  September 2018 (7)
    • ►  August 2018 (7)
    • ►  July 2018 (7)
    • ►  June 2018 (6)
    • ►  May 2018 (8)
    • ►  April 2018 (7)
    • ►  March 2018 (14)
    • ►  February 2018 (13)
    • ►  January 2018 (9)
  • ▼  2017 (133)
    • ►  December 2017 (12)
    • ►  November 2017 (12)
    • ►  October 2017 (13)
    • ▼  September 2017 (22)
      • Tinggal Beberapa Hari Menanti Ahli Keluarga Baru
      • Bisnes Card Terbaru : marshaliza.com
      • Belai Diri dengan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haru...
      • Baju Sedondon Pilihan Marsha
      • Mengekalkan Kemudaan Kulit Anda Bersama Age Reform...
      • Teh Daun Raspberi sebagai Natural Inducer
      • Terpikat Pada Dessert di Tiffin Restaurant, Weil H...
      • Berita Baik Buat Warga Perak Amnya dan Ipoh Khusus...
      • Sekolah Dahulu dan Sekolah Sekarang
      • TAB Lenovo untuk Kemudahan Pendidik Masa Kini
      • PLAY-DOH MALAYSIA UNVEILS MALAYSIAN-INSPIRED FOOD ...
      • The TOPS, Penang Tarikan Terbaru di KOMTAR
      • Ulangtahun OSIM Ke-38 Diraikan dengan Kerusi Urut ...
      • WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubri...
      • Heartbeat Jus dari JUICEWORKS untuk World Heart Day
      • WRAP: Persiapan Pertama untuk Babywearing Newborn
      • Hydrating Face Mist Rose Water dari Ecowell Ohsem!!!
      • Tunaikan Hasrat Umrah Power Root Bersama Alif Satar
      • Pejuang Kanser Jelajah Borneo dengan RM1
      • Singgah, Beli, Makan & DIY Coklat Di Georgetown He...
      • LANAFIRA.COM Butik Muslimah Online Trend Terkini
      • Babywearing again!!!
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (17)
    • ►  June 2017 (15)
    • ►  May 2017 (7)
    • ►  April 2017 (8)
    • ►  March 2017 (2)
    • ►  February 2017 (2)
    • ►  January 2017 (8)
  • ►  2016 (43)
    • ►  December 2016 (15)
    • ►  November 2016 (6)
    • ►  October 2016 (1)
    • ►  September 2016 (10)
    • ►  March 2016 (1)
    • ►  January 2016 (10)
  • ►  2015 (74)
    • ►  December 2015 (2)
    • ►  November 2015 (1)
    • ►  October 2015 (7)
    • ►  September 2015 (30)
    • ►  August 2015 (28)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  January 2015 (5)
  • ►  2014 (39)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  November 2014 (9)
    • ►  October 2014 (3)
    • ►  September 2014 (6)
    • ►  August 2014 (6)
    • ►  July 2014 (4)
    • ►  April 2014 (1)
    • ►  January 2014 (6)
  • ►  2013 (19)
    • ►  December 2013 (1)
    • ►  July 2013 (1)
    • ►  June 2013 (6)
    • ►  May 2013 (1)
    • ►  April 2013 (5)
    • ►  March 2013 (2)
    • ►  January 2013 (3)
  • ►  2012 (29)
    • ►  September 2012 (1)
    • ►  August 2012 (6)
    • ►  July 2012 (13)
    • ►  March 2012 (3)
    • ►  February 2012 (1)
    • ►  January 2012 (5)
  • ►  2011 (37)
    • ►  December 2011 (11)
    • ►  October 2011 (2)
    • ►  August 2011 (1)
    • ►  July 2011 (2)
    • ►  June 2011 (4)
    • ►  May 2011 (6)
    • ►  April 2011 (3)
    • ►  March 2011 (3)
    • ►  February 2011 (2)
    • ►  January 2011 (3)
  • ►  2010 (190)
    • ►  December 2010 (3)
    • ►  November 2010 (1)
    • ►  October 2010 (8)
    • ►  September 2010 (4)
    • ►  August 2010 (11)
    • ►  July 2010 (12)
    • ►  June 2010 (22)
    • ►  May 2010 (51)
    • ►  April 2010 (21)
    • ►  March 2010 (19)
    • ►  February 2010 (23)
    • ►  January 2010 (15)
  • ►  2009 (96)
    • ►  December 2009 (7)
    • ►  November 2009 (12)
    • ►  October 2009 (12)
    • ►  September 2009 (7)
    • ►  August 2009 (18)
    • ►  July 2009 (14)
    • ►  June 2009 (20)
    • ►  May 2009 (2)
    • ►  April 2009 (2)
    • ►  March 2009 (2)

Popular Posts

  • Koleksi Terbaru SAFI Expert Solution Membantu Memudarkan Jeragat dalam 2 Minggu
    Assalamualaikum Semakin berusia, selain kedutan ada lagi satu masalah pada kulit wajah yang menghantui wanita terutamanya yang berumur 3...
  • Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® Kembali Lagi Kali Ke-23
    Assalamualaikum MAGGI dengan Pertandingan Memasak sudah tidak asing lagi. Setiap tahun sekolah Marsha memang mengambil bahagian dalam Per...
  • Solekan Mudah Tanpa Cela Dengan Murad Age Invisiblur Perfecting Shield Broad Spectrum
    Assalamualaikum Solekan dan wanita tak dapat dipisahkan. Tetapi tak semua wanita pandai aplikasikan solekan dengan sempurna. Maksudnya na...
  • Senyuman Terpamer Diwajah 160 Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Perak Dengan Program #SunwayForGood Deepavali Cheer di Lost World of Tambun oleh Sunway Group
    Assalamualaikum Senyuman Terpamer Diwajah 160 Pelajar Sekolah Rendah di Negeri Perak Dengan Program #sunwayforgood Deepavali Cheer di Lo...
  • Selepas 7 Hari Rawatan Dermapen / Microneedle di Dr Medispa Wellness Berjaya Pudarkan Parut Jerawat
    Assalamualaikum Selepas 7 Hari Rawatan Dermapen / Microneedle di Dr Medispa Wellness Berjaya Pudarkan Parut Jerawat |  PARUT terhasil d...
  • 5 Produk Mata Yang Membantu Kurangkan Masalah Rabun & Silau Serta Memelihara Kesihatan Mata
    Assalamualaikum Mata adalah salah satu dari 5 deria penting anugerah dari ALLAH. Tiada galang ganti. Priceless tau. Jadi jika ada masal...
  • Beautea by SAFI Pembersih Muka Baharu 100% Ekstrak Teh Premium
    Assalamualaikum Beautea by SAFI Pembersih Muka Baharu 100% Ekstrak Teh Premium | Korang perasan tak kat FB & IG Marsha ada share ...
  • Pertubuhan Baitul Aini Anak-Anak Yatim Miskin Ipoh Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Ipoh
    Assalamualaikum Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling membantu, murah hati dan saling percaya...
  • 10 Resepi Ikan Aye @ Tongkol Yang Mudah dan Sedap
    Assalamualaikum Ikan Tongkol atau juga popular dengan nama Ikan Aye dikalangan orang pantai timur seperti Marsha memang menjadi antara...
  • Realme XT Yang Pertama Di Malaysia Dengan 64MP Quad Camera Snapdragon
    Assalamualaikum Hai korang!! Sana sini tengah viral telefon pintar Realme yang baru ni, Korang nak tahu, Realme Malaysia hari ini secar...

Followers

Nuffnang Ads

komen baru

Widget Komen Terkini Dengan Avatar

My Blog List

  • SURIA AMANDA
    Laksa Penang Tak Cukup Bahan Namanya Ni...
    2 hours ago
  • Blog Rabia Adawiyah
    Sotong celup tepung air fryer
    9 hours ago
  • KAK WAWA - Health & Beauty Tips, Lifestyle, Food, Travel and Review
    Promosi Shaklee March 2021 - ESP Buy 4 Get Free Shaker Exclusive
    20 hours ago
  • ABAM KIE : Man of The House
    Birthday Giveaway by Eksplorasilea
    1 day ago
  • Blog Wani Sukarno
    Saksikan Telefilem Audrey Di TV1
    1 day ago
  • Ciktie Dot Com
    Cosmoderm Perfect Balanced Terbaru di Pasaran | Gabungan Sempurna Prebiotic dan Calamine Untuk Kulit Lebih Sihat dan Segar
    3 days ago
  • Blog Lea Azleeya
    Titipan Buatmu Wahai Isteri dan Kamu Yang Bergelar Wanita
    3 days ago
  • Imperfectly Perfect
    Happy Birthday Ray!
    4 days ago
  • SHAHADA FAUZI
    Throwback Kenangan Pergi Pesta Buku Big Bad Wolf 2020
    4 days ago
  • Ana Suhana
    Inai Semulajadi dari Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baru
    4 days ago
  • SHALIMAR YUSOF
    Resepi Sup Ayam Thai Cukup Masam Dan Pedas
    5 days ago
  • Husniey Husain
    Langkah Mudah Mengesan Lokasi Guna Aplikasi Google Maps
    5 days ago
  • Blog Cik Ash
    Bestnya Lagu AJL35 Medley Nyanyian Hannah Delisha, Azmi Saat, Raysha Rizrose & Dean Eiman
    5 days ago
  • babyshambles.. ♥
    Awal Tahun 2021 Yang Mencabar
    6 days ago
  • Marshalizadotcom
    Koleksi Kuih Raya Premium Yang Patut Korang Cuba di Cookies Vibe
    1 week ago
  • Jurnal Shikin Razali
    Teknik pernafasan mudahkan proses kelahiran
    1 week ago
  • Behind the Scene
    Cosmoderm Perfect Balanced Mini Skin Lab Set Review
    2 weeks ago
  • Wawa Ashihara | Beauty & Lifestyle Blogger
    Produk Baharu Cosmoderm Perfect Balanced Dengan Prebiotic & Calamine
    2 weeks ago
  • Nurzarini Ismail
    Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP Bantu Pelajar Orang Asli Kembali ke Sekolah
    3 weeks ago
  • Blog Cik Renex
    Lagu Loghat Pahang , Apa Kabo Oghang Bera #4
    3 weeks ago
  • From View of My Eyes
    Penat Berkeluarga
    4 weeks ago
  • Nick Nashram
    Contoh Soalan MUET Listening Test Lengkap Dengan Audio Dan Jawapan
    4 weeks ago
  • Ira Mommy Si Kembar
    TIPS SEMASA ANXIETY ATTACK | Dr. Erna Nadia
    1 month ago
  • Sheila Inspire
    Salam 2021 : SheilaInspire.Com
    1 month ago
  • Nurmujahidah
    Rawat Masalah Kulit Muka Dan Rambut Gugur Dengan Produk Halal Dari Nature Lab
    1 month ago
  • AIRA
    PG Mall Promosi November KBBM & FRESH FOOD WEEK
    3 months ago
  • MAT DRAT...
    Tempat Makan Best dan Sedap di Langkawi
    4 months ago
  • Husein Rider
    PakCik tua Bina Sendiri Surau Klasik tanpa Batu atau Simen
    5 months ago
  • TWENTYFOUR
    Mister Coffee Pilihan Kopi Terbaik Untuk Kopi Harian!
    5 months ago
  • Aisyhah Nyais
    Hati dan Perasaan? Alangkah beruntungnya..
    9 months ago
  • Amar Razali
    Menang contest blogger PSan!
    9 months ago
  • Soobeey
    TEKS PENUH PERUTUSAN KHAS COVID-19 OLEH PERDANA MENTERI TAN SRI DATO MUHYIDDIN YASIN
    11 months ago
  • Khairul Iskandar Tajuddin
    KEKAL CERGAS DI BULAN PUASA
    1 year ago
  • DILPAROZA
    CARA PUTHKAN KULIT
    2 years ago
  • ABE JAQ
    Senang je tukar hak milik kereta
    3 years ago
  • www.keunggulanwanita.com
  • SISHAWA DOT COM

BITERS

#Biters

NEWSLETTER

#teamBPT


BITERs Family

  • Blog Sihatimerahjambu
    Kekampungan
  • Yaya Azura
    Lirik Lagu Sejarah - Lah Ahmad
  • MrsPip DotCom
    5 Cara Menghalau Monyet Dan Babi Hutan Tanpa Membunuh
  • Zazasters Da' Mama Monsta'
    4 TYPES OF FAMILY ACTIVITIES TO STOKE YOUR CHILDREN CREATIVITY AND IMAGINATION AT HOME
  • Bonde Zaidalifah
    Panduan Pendaftaran Program Vaksinasi Melalui Aplikasi MySejahtera
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Cara Daftar i-Akaun KWSP Secara Online (Daftar Melalui KIOSK)
  • Ciktie Dot Com
    Cosmoderm Perfect Balanced Terbaru di Pasaran | Gabungan Sempurna Prebiotic dan Calamine Untuk Kulit Lebih Sihat dan Segar
  • Kisahsidairy.com
    Wordless Wednesday #56 | Sejadah Travel Mommyhappy
  • perrenial lifestyle
    Happy Birthday Ray!
  • Fadzi Razak — Malaysian Family Lifestyle Blog
    30 Top Malaysia Blogger 2021
  • Mimi Azirah
    Inaidamia Lancar Produk dan Bungkusan Baharu
  • Ajumohit
    Kebaikan CC Cream Yang Ada SPF Dan Tidak Berminyak Dari Hansaegee Nature
  • SHALIMAR YUSOF
    Resepi Sup Ayam Thai Cukup Masam Dan Pedas
  • MRSLIEZ.COM
    Cosmoderm Perfect Balance Series Dengan Prebiotik dan Calamine Untuk Kulit Sihat Dan Menawan
  • apekinah.com
    Patutlah Kuih Raya Dari Cookies Vibe Ni Sedap, Rupanya.......
  • MARINA BASHAH
    Servis Repair Laptop Dengan Harga Murah dan Perkhidmatan Ambil Dan Hantar Berpusat Di Seri Kembangan Oleh Techouz.com
  • Azwar Syuhada
    Adab Reply Email | Tahu tak apa itu From, To, CC, BCC?
  • Usop Ahmad
    Resepi Ayam Masak Serai Yang Sangat Sedap Dan Menyelerakan
  • Fiza Aizzawa
    Pepsi X BLACKPINK edisi terhad now in your area
  • Sharing My Ceritera
    Kitsui Review - Belloss Fiber dan Korean Whitie + Plus | Mesti Cuba! Hasilnya Memuaskan Hati!
  • Lovely Sunshine
    Wishing for Staycation at Singapore
  • Diary Mama
    Secret Coffee – Kopi Untuk Kesihatan Yang Mampu Melawaskan Pembuangan Air Besar
  • CXopportunities
    Adakah Produk Kitsui Bahaya?
  • CXopportunities
    Adakah Produk Kitsui Bahaya?
  • cikzacom
    TONTON AKU YANG KAU GELAR ISTERI EPISOD 1-15 (AKHIR) TV3
  • mOnOLoG tAnpA sUaRa
    26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021
  • Norhana Rosmida
    Resipi Kuih Tepung Pelita Step By Step Guna Bekas Dadih Tak Payah Kukus. Senang dan Sedap!
  • Ardini Humaira
    SUPERCUBE MOLASSES HERBS DRINK KIUB MINUMAN HERBA YANG BERKHASIAT
  • Rina Zul
    CARA AJAR ANAK CINTAKAN AL-QURAN. JOM BUAT SEPERKARA INI.
  • SuperMOM With SuperKIDS
    Sweeten Up Your Holiday Season at LEGOLAND® Malaysia Resort’s Candyland!
  • Lifestyle Blog
    Petua agar minyak tidak meletop ketika menggoreng
  • Syaza Redzuu | Lifestyle Blogger | Traveler
    6 Benefits by PG Mall to Support Local Sellers
  • Kak Nor
    Bengkel Fotography bersama Tuan Stefano Romano

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates