Baju Sedondon Pilihan Marsha


Baju Sedondon Tema Kartun Trend Terkini yang Menarik Minat Marsha


Assalamualaikum...


Akhirnya dah sampai baju tempahan Marsha yang bertemakan kartun.
Sebenarnya dah lama teringin tengok kawan-kawan yang pandai menjahit beli kain cotton knit bercorak comel-comel dan buat baju sedondon satu family.
Jadi Marsha beli kain & pakej jahit sekali untuk family Marsha seramai 4 orang (termasuk bakal ahli yang due oktober nanti...hihi)
Oh ya seller & tukang jahit Marsha jumpa kat FB iaitu kak Bahiyah Hamid.

Sebenarnya dah lama Marsha menitikberatkan kesedondonan ni dari segi warna.
Sebab nak dapatkan corak yang sama memang susah kalau kita beli dekat mall.
Untung-untung pun husband ngan Marsha je sedondon sebab boleh beli baju couple.
Anith kena beli & cari warna seakan tapi tak sama la kan....hihi

Jadi Marsha pilih kain yang Marsha berkenan iaitu corak Batman & Elmo.
Haaa....2 helai sorang sekaligus Marsha order...hihihi
Alang-alang kan nak tempah so 2 helai sorang untuk permulaan.
Nanti dok berangan nak blaja jahit dan lepas ni boleh beli kain sahaja...hihi
Untuk permulaan kita buat tempahan dulu sebab nak boleh terer jahit ni makan masa...betul tak??

Marsha tempah T-shirt Muslimah (menyusu) untuk diri sendiri, Husband T-shirt biasa dengan bakal baby dan Anith T-shirt muslimah.
Alhamdulillah 2 minggu lepas dah selamat sampai.
Bila buka parcel wow sangat teruja.
Walaupun sebelum ni dah tengok pic sahaja tapi in real lagi teruja....hihihi


T-shirt Muslimah Menyusu

T-Shirt Muslimah Kanak2

T-Shirt Lelaki Dewasa & Baby 3 month 

T-Shirt Lelaki Dewasa & Baby 3 month 

T-Shirt Muslimah Menyusu

T-Shirt Muslimah Kanak-kanak


Ni Marsha share pic dari seller aka tukang jahit kak Bahiyah Hamid.
Comel kan?
Tapi tak nak pakai lagi sebab nak tunggu cukup korum baru nak sedondon sekali....hihi
Kak Bahiyah Hamid pun dah tutup order jahit sebab tengah tunggu hari nak dapat ahli baru juga.
Jadi kak Bahiyah open Januari nanti pula.

Pada Marsha kain memang berkualiti dan jahitan juga setanding dengan kualiti kain.
Marsha sangat puas hati.
Tak rugi tempah dan berkira-kira akan repeat order next year bila kak Bahiyah open order kembali...hihi

Ok buat yang nak usha-usha hasil jahitan Kak Bahiyah Hamid boleh direct ke personal FB

Bahiyah Hamid


Boleh direct PM beliau tau.
Memang recomended.....💕💕💕



Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

2 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us