Bisnes Card Terbaru : marshaliza.com

Bisnes Card Terbaru


marshaliza.com


Assalamualaikum...

Hari ahad lepas sampai satu parcel yang amat ditunggu-tunggu.
Parcel dari Skynet.
Dah agak lama tunggu sampai seller pun risau takut tak sampai sebab no tracking not found.
Tapi Marsha tetap positif yang parcel Marsha akan sampai dengan selamat walaupun lambat.
Sebab Skynet area sini kadang-kadang lambat juga.
Bila dapat call dari Skynet berharap sangat parcel yang sampai ialah yang Marsha nantikan.
Alhamdulillah tepat jangkaan Marsha bila sampai rumah....hihi.

Nak tau tak barang apa yang Marsha tunggu-tunggu sangat??

My new bisnes card

Yaaa........bisnes kad yang baru... 💓💓💓
Dulu pernah buat FOC promo dari PixaJoy.
Tapi sebab dah tukar domain maka yang lama tu dah tak best nak guna.
Kena ubah URL blog yang baru la kan?

Sehingga la ternampak rakan blogger juga baru tempah bisnes kad juga.
Dan kawan blogger recommended salah seorang designer untuk buat bisnes kad Marsha.
Jadi, Marsha mula berhubung dengan designer berbincang harga, design dan sepenuhnya tentang bisnes kad ni.
Marsha kali ni letak gambar sendiri supaya nampak rare sikit.
Banyak kali juga tukar design, tambah buang dan lain-lain lagi.
Biasalah Marsha ni cerewet sikit....hihihi
Tabik spring kat designer aka seller sebab sabar melayan karenah ahkak ini....hihi

Akhirnya.....design dah dipersetujui dan dihantar ke kilang untuk printing dan terus di kurier.
Once dah sampai realnya sangat cantik dan simple.
Itu memang trademark Marsha.....simple & cantik...hihihi
Mesti ada tertanya-tanya kan kenapa ada logo Shaklee kat atas?
Ya...Marsha Independent Distributor Shaklee tau...jadi nak order barangan Shaklee boleh hubungi Marsha. FREE konsultasi tau....😍😍😍
Marsha juga letak job-job yang Marsha buat dan juga niche blog Marsha sendiri.
Jadi bila ada kad bisnes ni memang faham la servis yang Marsha buat.

Oh ya nak tau tak Marsha order kat mana?
Marsha order dengan

Zaza Iman (Facebook)


Hasil kreativiti beliau sangat Marsha suka.
Harga pun berpatutan.
Orang yang sangat nice bila berbisnes.
Sangat berterimakasih pada rakan blogger Mimi Azirah kerana recommend.
Sangat puas hati.

Jadi kalau ada yang nak order bisnes kad ni jangan lupa contact Zaza Iman yer.
Pasti puas hati.....😍😍

Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

11 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us