Hydrating Face Mist Rose Water dari Ecowell Ohsem!!!

/
19 Comments

Hydrating Face Mist Rose Water dari Ecowell Ohsem!!!


Assalamualaikum..

Weekend ritu cuti sungguh sebab tak berapa sihat.
Sabtu lepas dah cukup 35 week badan pun dah tak larat so wiken Marsha 'bercuti' sekejap...hihi
Alhamdulillah dah recharge today.
So arini Marsha nak share tentang satu produk menjadi kesukaan Marsha iaitu Hydrating Face Mist Rose Water dari Ecowell.
Bila buka parcel tgk kotak warna biru dan isinya botol kaca juga berwarna biru.
Sangat teruja 💓💓💓
Terus sembur face mist ni di wajah....wah bau rose yang menenangkan hati dan rasa segar je muka.


Wajah Berseri Segera, Awet Muda Semula


Hydrating Face Mist Rose Water dari Ecowell dirumus khas untuk semua jenis kulit tau.
Menjadikan kulit lebih lembut, licin dan berseri.
Bagi Marsha Hydrating Face Mist Rose Water dari Ecowell  ni adalah satu produk yang sangat sesuai untuk mendapatkan kelembapan yang segera.
Rasa kulit kering atau kusam je terus sembur then kulit terus berseri kembali.

Menenangkan, melembap dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit, Hydrating Face Mist Rose Water dari Ecowell ni mengandungi air mawar dari bunga Rosa Damascena sejenis bunga ros yang bermutu tinggi.
Ia membantu mengawal dan menyeimbangkan sebum yang berlebihan terhasil pada kulit wajah kita, mengecilkan liang roma dan melembapkan kulit dengan segera.
Digabungkan dengan dengan Chamomile untuk memberikan perlindungan dari kesan alam sekitar, radikal bebas, melembutkan  dan memberi kelembapan pada kulit serta memberikan kulit yang sihat dan bersinar.

Hydrating Face Mist Rose Water dari Ecowell ni sesuai untuk semua jenis kulit. Dari yang sensitif dan normal ke kulit berminyak.
Best kan bila semua boleh guna?


Apa yang best Hydrating Face Mist Rose Water dari Ecowell ni?

  • ICEA - Certified Organic Plant-Based Ingredients
  • Diuji secara klinikal.
  • Tiada Bahan Kimia berbahaya.
  • Tiada bau yang alergi.
  • Tiada silika
  • Tiada Paraben
  • Tiada SLS dan SLES
  • Tiada pewarna
  • Tiada cecair Paraffin
  • No Animal-Testing
  • No Petroleum-Based Chemicals.
  • Disahkan Halal
Jadi tak was-was dah kan? Marsha pun sama. Yang best lagi ianya dihasilkan oleh bahan-bahan yang organik.

Cara Penggunaan:

Pegang botol antara 10-12 cm dari muka. Pejamkan mata dan sembur untuk kelembapan yang segera.
Boleh digunakan secara tambahan untuk pelembap harian, dibawah atau diatas mekap untuk kekalkan kelembapan dan kesegaran kulit. Elakkan dari terkena mata. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Sekarang ni setelah seminggu konsisten menggunakan Hydrating Face Mist Rose Water dari Ecowell ni kulit Marsha yang jenis dry ni dah mula moist.
Seronok sangat bila usap muka rasa lembut sangat.
Korang kalau nak cuba memang marsha recomended sangat-sangat.

Nak Beli Kat Mana??

Korang boleh dapatkan di LAZADA dengan klik 

SINI


dan boleh juga dapatkan di 11 Street dengan

KLIK SINI







Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

19 comments:

  1. botol dia kaler purple.. cantik sangat..

    ReplyDelete
  2. Cepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..

    Kepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat... semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah yui sesuai sangat...besttt

      Delete
  4. Bagusnye produk ni. Free paraben, free sls semua. Botol pum cantik menarik

    ReplyDelete
  5. face mist ni makin top skrg..ramai suka guna sbb nak bagi kulit nampak segar sentiasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul wajib ada dalam handbag....untuk kelembapan dan kesegaran..:)

      Delete
  6. Memang sibuk nak kumpul face mist sekarang ni

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Harga boleh tengok dekat link sy bg kat entry tau..:)

      Delete
  8. Ecowell ni bkn produk Shaklee kan? Sbb tgk ending tulis Shaklee ID shoot master

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan lin...bukan produk shaklee ni dari Turki..:)

      Delete
  9. macam best ja ni. teringin pulak tiba-tiba. hihi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)