TAB Lenovo untuk Kemudahan Pendidik Masa Kini

/
3 Comments

TAB Lenovo Untuk Kemudahan Pendidik


Assalamualaikum...




Alhamdulillah syukur pada 14 September 2017 lepas pendidik-pendidik sekolah Marsha telah selamat menerima Lenovo Tab 3 7 Essential dari Kementerian Pendidikan, Celcom dan juga UTUSAN untuk memberi kemudahan pendidik dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran yang lebih produktif sesuai dengan zaman era teknologi sekarang ni.

Lenovo Tab 3 7 Essential & Celcom XPax


Rasanya di negeri lain dah lama dapat terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor dan beberapa negeri lagi. Sebelum ni kami sudah menerima telefon pintar YES Altitude berserta pakej Data YES dan kali ni kami menerima TAB Lenovo beserta no XPax pula. Alhamdulillah terima kasih kerana memudahkan kami pendidik untuk melancarkan lagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Tambahan yang ada dalam pakej ini ialah perisian Tutor Guru dan E-Paper Utusan secara percuma.

Seiring dengan zaman pendidikan masa kini yang banyak menggunakan aplikasi dari detail pelajar dalam APDM, result peperiksaan pelajar, maklumat guru-guru sendiri dan banyak lagi menggunakan aplikasi online. Dah tak ada isi borang manual dah sekarang. Sekarang pun ibu bapa boleh access direct result anak-anak secara online melalui aplikasi SAPS Ibu Bapa. Nak naik gred nak memohon pindah pun guru-guru perlu memohon melalui aplikasi yang tertentu. Sekarang ni kehadiran pelajar harian juga perlu diisi secara online. Untuk pengetahuan semua biasiswa pelajar juga berdasarkan data gaji ibu bapa yang ada dalam aplikasi online.

Banyakkan aplikasi E atau online yang perlu guru-guru biasakan seiring dengan peredaran zaman. Ini adalah usaha dalam memajukan Malaysia seiring dengan pendidikan negara-negara maju. Marsha percaya dengan keberkesanan aplikasi ini ia akan menjadikan Malaysia negara celik IT seperti negara-negara maju yang lain. Kita belum tahu lagi 10 tahun lagi apakah perubahan dalam pendidikan yang akan berlaku.

Dengan adanya Lenovo Tab 3 7 Essential yang telah mempunyai aplikasi Tutor Guru dan E-Paper Utusan ini akan membantu guru-guru mendapatkan info-info dengan lebih pantas. Info-info ini boleh dikongsikan kepada para pelajar dengan lebih mendalam dalam hal-hal semasa. Contoh untuk membuat karangan BM dan banyak lagi.

Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada Kementerian, Utusan dan juga Celcom atas usaha untuk memberikan kemudahan kepada guru-guru dan memartabatkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi.
Alhamdulillah....😍😍






Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

3 comments:

  1. bestnya marshaaaa....untuk murid xde ke????hihi

    ReplyDelete
  2. awesome! harus seiring dengan kemajuan teknologi , dpt tab untuk memudahkan pendidik berkomunikasi dan mengajar ...

    ReplyDelete
  3. bagus ..cikgu skrg dpt kemudahan macam ni marsha..Sha tgk jg kak ipar ngn biras dpt hp apa kan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)