Teh Daun Raspberi sebagai Natural Inducer

Teh Daun Raspberi sebagai Natural Inducer


Assalamualaikum...


Bersua kembali kita...💓💓💓
Arini genap Marsha 37 minggu preggy anak kedua Marsha.
Bermakna ada lagi beberapa minggu sebelum due date.
Hati berdebar, excited malah bermacam rasa dah ada menantikan ahli baru dalam famili kecil kami.
Doakan proses bersalin Marsha dipermudahkan dan Marsha dapat VBAC.
Aaamin...

Sebenarnya banyak pilihan secara natural untuk memudahkan bersalin yang banyak Marsha baca.
Antaranya ialah EPO, VCO dan banyak lagi.
Tapi yang paling menarik hati Marsha ialah Teh Daun Raspberi.
Sebenarnya Marsha tak amik port sangat bab teh ni.
Kali pertama dengar Teh Daun Raspberi.
Sebenarnya dah lama dah Teh Daun Raspberi ni terkenal di Eropah.
Cuma di Malaysia tak banyak artikel yang ditulis lagi kerana ramai yang tidak tahu khasiat Teh Daun Raspberi ini.

Sebenarnya susah juga nak cari Teh Daun Raspberi ni kerana tak banyak dijual di Malaysia.
Di supermarket Marsha cari tak jumpa.
Last skali Marsha beli melalui aplikasi 'shopee'.
Alhamdulillah jumpa seller yang jual dengan harga yang berpatutan.
Marsha terus grab 2 kotak....hihi

Pilihan Marsha brand Heath & Heather

Apa Khasiat Teh Daun Raspberi?


1. Memudahkan menghadapi gejala lemah di waktu pagi ( morning sickness )
2. Mencegah gusi dari berdarah terutamanya untuk wanita mengandung
3. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.
4. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.
5. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang mana kandungan magnesium amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.
6. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit birit.
7. Membantu mempercepatkan uri keluar secara natural.
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur di akhir kehamilan.
9. Boleh diminum selepas bersalin, sebagai 'energy drink'.

Teh ni jugak boleh diteruskan pengambilannye selepas bersalin dan semasa pantang.
Ini kerana:

1) meningkatkan sistem imunisasi kerana ade kandungan vitamin & mineral.
2) membantu pengecutan semula rahim
3) melawan jangkitan kerana mengandungi agen antibakteria
4) sesetengah nya berkesan sebagai penggalak pengeluaran susu ibu.

Ibu-ibu yang preggy boleh mula minum sejak minggu ke-32 sebab teh ni memerlukan masa untuk ia menyerap ke dalam tubuh kita. 
Jangan cuba-cuba nak try minum sebelum minggu ke 32 ye...elakkan early stage pregnancy.
Jadi masuk trimester ketiga dan hujung-hujung pregnancy boleh mula minum.
Boleh minum sebanyak 1 gelas sehari dan kemudian ditingkatkan kepada 2-3 gelas sehari pada minggu ke 36 dan juga boleh minum sebelum ke “labour room”. 

Marsha baru semalam mula minum pada minggu akhir 36.
Harap baby keluar sebelum due sebab Marsha tak nak kena induce....huhuhu
Kalau boleh nak natural birth tanpa episotomi.....insyaAllah. 

Ada juga pantang larang ye jika ada gejala dibawah: 

1) Mengalami proses kelahiran yang cepat bagi kelahiran sebelumnya.
2) Dah dijadual untuk caesarean/ operation.
3) Mengalami kelahiran secara caesarean pada kelahiran sebelumnya
4) Mengalami kelahiran pra-matang pada kelahiran sebelumnya
5) Pernah bleeding pada kandungan ketika 2nd trimester
6) Mempunyai sejarah kanser ovariendometriosis atau fibroid pada diri sendiri  atau keluarga
7) Mempunyai komplikasi / masalah kesihatan ketika hamil
8) Mempunyai darah tinggi
9) Hamil kembar

Untuk lebih maklumat boleg gugel Teh Daun Raspberi untuk kehamilan.
InsyaAllah banyak info yang akan dapat nanti.
Moga dengan usaha amalkan Teh Daun Raspberi ni dapat membantu Marsha dalam proses bersalin Marsha tak lama lagi.
Doakan bakal famili baru Marsha nanti dilahirkan dengan sihat dan Marsha dipermudahkan dalam proses bersalin nanti ye.
Oh...ada satu tips lagi Marsha akan share.
Tunggu next entry ya....😍😍

Marsha 
Part Time Blogger 
Review Product & Place Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

4 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us