Terpikat Pada Dessert di Tiffin Restaurant, Weil Hotel, Ipoh


Dessert di Tiffin Restaurant, Weil Hotel, Ipoh Cairkan Pandangan dan Rasa


Assalamualaikum...


Hari ni Marsha nak share story yang menarik tentang makanan.
Alkisahnya semalam Marsha sekeluarga habiskan voucher Buffet Lunch di Weil Hotel, Ipoh.
Sebab 20hb Sept expired so buat tempahan pada 19hb Sept untuk 3 orang.
Kebetulan encik suami pula busy ada program kat Pangkor jadi penceramah.
Jadi 19 hb adalah date terbaik lah bagi kami untuk spent time makan bersama buffet lunch.
Buffet lunch bermula jam 12 tghr hingga 2.30 petang.

Makanan yang Marsha nak share ni bukan calang-calang makanan.
Bukan main course hanya dessert sahaja.
Tapi ia amat menarik minat Marsha.
So far makan buffet kat mana-mana hotel pun tak pernah tengok dessert yang macam ni.
Memanglah kalau tengok menu eh biasa-biasa aje.
Tapi lain lah.....serius lain....hihihi

Bila masuk ke buffet lunch makanan pertama yang Marsha sentuh ialah dessert.
Puding karamel yang comel dan cute overload.
Rasa?? Of course tak mengecewakan....anak marsha pun suka sebab memang favorite dia...hihi
Kami pulun dessert dulu barulah beralih ke main course dll....sebab dari jauh tengok cute sangat...hihi.
Cute dan rasa sangat sedap jadi tak menyesal 'serang' dessert dulu...😜😜

Puding Karamel yang cute



Main course yang ada tak kurang hebat cuma dalam entry ni Marsha nak 'highlight' kan dessert nya.
Dessert yang cantik dimata dan sedap dirasa....teringat sampai arini....hihi
Main course yang ada nasi putih dan lauk-lauk best sebab semalam bleh rasa muscle.
Ada nasi ayam yang sangat sedap, ada ais kacang, roti dengan beberapa sup, buah-buahan, minuman dan salad.

Pelbagai Dessert

Ok jadi Marsha sangat recommend buffet lunch di Tiffin Restaurant, Weil Hotel, Ipoh secara overall walaupun entry ni hanya untuk dessert sahaja.
Datang dan cuba ye. Suasana dalam Tiffin Restaurant ni pun tenang dan sangat best.

Kalau nak cuba bolehlah hubungi Weil Hotel, Ipoh untuk tempahan.

Alamat:

292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, 
Perak, Malaysia

No tel:
+605 208 2228

+605 2082021 (Tiffin Restaurant)

Email:

enquiries@weilhotel.com
Laman Web:

http://www.weilhotel.com/







Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

2 Comments

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us