Tinggal Beberapa Hari Menanti Ahli Keluarga Baru

/
14 Comments

Few Daysss Waiting!!!


Assalamualaikum


Alhamdulillah arini officially last day kerja untuk tahun 2017.
Sudah mula start maternity leave atau cuti bersalin.
Marsha ambil awal supaya boleh get ready untuk bila-bila masa baby nak keluar.
Lagipun maternity leave ni Marsha tak pernah ambil lagi selama bekerja 5 tahun ni.
Masa bersalinkan Anith dulu Marsha masih tak bekerja.
Jadi maternity leave boleh utk 3-5 orang anak lagi lah kan...hihihi

Tak sabar???

Semestinya tak sabar nak jumpa ahli baru keluarga kami.
Bila rasa dia 'kicking', moving & 'punching' memang best sangat.
Ni tengah menaip pun dia dok aktif tau....tak sabar ibu nak jumpa anak ibu ni..hihi
Jantina? Insya Allah dah tahu....tapi Marsha tggu baby keluar dulu baru reveal ye.
Memang sangat dinantikan oleh kami bertiga sebab gap ngan kakak dia lama sangatt.

6 months preggy


Preparation?


Alhamdulillah 80% dah settle.
Dari barangan baby, barangan ibu, barangan pantang dll.
Hanya beberapa barang lagi masih belum beli dan plan nak beli masa baby fair 29hb-1 Okt di PHL Convenction Centre.
Jom lah ke sana sama sama nanti....💕💕
Harap nanti complete lah barang-barang semua.

Packing beg baby dah settle cuma beg ibu belum.
Appointmen dengan doktor pun dah habis hanya tinggal appointmen last dengan nurse je next week.
Doktor pun dah say goodluck.
Debaran makin terasa.....lagi mak yang preggy selang 2 tahun pun berdebar apatah lagi Marsha yang gap bertahun-tahun ni....hihi

Antara checklist ibu & baby (Ihsan google)


Senaman pun Marsha baru nak mula.
Apa fungsi senaman ni?
Fungsi senaman ni adalah untuk mudahkan laluan baby terbuka dan senang bersalin.
Pada 1st pregnancy dulu Marsha tak ada rezeki nak bersalin normal ekoran fetal distress masa tu.
Jadi option last adalah operation atau czer.
Alhamdulillah kakak Anith keluar dengan selamat.
Kali ni Marsha berimpian untuk bersalin normal atau VBAC (Vaginal Birth After Ceaserean) dan dah inform doktor.
Luckily doctor agreed dan diharapkan rezeki Marsha untuk VBAC kali ni.
Doakan Marsha tau.....💗💗💗

Dari segi mental dan fizikal pula insya Allah Marsha dah ready.
Marsha perlu positif dalam menempuhi proses bersalin nanti.
Doakan baby keluar sebelum EDD ye.
Disebabkan Marsha ada GDM time preggy jadi tak boleh overdue.
Nak tak nak baby kena keluar before EDD atau kalau tak keluar juga akan kena paksa bersalin.
Maybe akan diinduce.
Hope baby cepat keluar dan dipermudahkan proses bersalin Marsha.
Doakan Marsha dan baby selamat yer....😍😍😍

Okey kita jumpa next entry ya....Assalamualaikum.



Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

14 comments:

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)