Tunaikan Hasrat Umrah Power Root Bersama Alif Satar

/
8 Comments

Road Tour Tunaikan Hasrat Umrah Power Root Bersama Alif Satar

Assalamualaikum uolsss....


Bila sebut UMRAH semua orang pasti nak kan? Semua orang pasti nak pergi Umrah jika mampu.
Kos untuk membuat Umrah sekarang pun makin meningkat dari hari ke sehari.
Kalau ada rezeki kita bertuah apa salahnya kita cuba untuk memenangi peraduan yang dianjurkan khas oleh Power Root ni.
Alhamdulillah pada Hari Raya Eid Adha yang ketiga Marsha dijemput oleh pihak Power Root untuk meraikan Road Tour Tunaikan Hasrat Umrah Power Root bersama Duta Power Root iaitu Alif Satar.

Road Tour ini dijalankan di Mydin Sungai Petani, Taman Batik sebagai pilihan tempat road tour ini dan berlangsung dari 1 Sept 2017 - 3 Sept 2017.
Duta Power Root, Alif Satar hadir pada hari KEMUNCAK iaitu pada 3 Sept 2017.
Secara peribadinya Marsha tak pernah berjumpa atau bersua secara live dengan Alif Satar tapi kali ni rezeki Marsha dan adik baby untuk berjumpa secara live dengan Alif Satar.
Sebenarnya Marsha dijemput bersama team Blogger Utara yang lain iaitu Zarul Farhana, Timm, Pha Is dan Athin.
Jadi boleh tengok blog dorang juga untuk sharing event Tunaikan Hasrat Umrah ni.

Pada hari tersebut, kami diberi peluang untuk sesi beramah mesra secara eksklusif dengan Duta Power Root, Alif Satar sebelum event sebenar bersama peminat bermula pada jam 2 petang.
Memang seronok sebab dapat go live bersama Alif Satar tanpa crowded yang ramai dan boleh bertanyakan soalan kepada beliau.
Kami bertanyakan banyak soalan dan juga Alif memberikan jawapan yang sangat memuaskan hati.
Jom kita tengok sesi temuramah secara eksklusif ni yang telah marsha rakam.



Sebenarnya road tour ini dijalankan untuk memberi peluang dan penghargaan kepada pengguna atau peminat setia produk Power Root untuk menunaikan umrah secara PERCUMA dan dibiayai sepenuhnya oleh Power Root sehingga RM20,000.
Pakej premium yang ditawarkan untuk yang bertuah semasa mengerjakan umrah.
Dengan pembelian produk Power Root, pengguna layak untuk mengisi Lucky Draw yang akan di cabut secara rawak.
Yang paling best insan yang bertuah akan membawa seorang lagi untuk sama-sama mengerjakan umrah. Best kan?

Khusyuk

Team Blogger Utara dengan Duta Power Root, Alif Satar

Turn bergambar individu

Selfie sikitttt!!!


Jom kita tengok info lanjut tentang Peraduan ini:


Tunaikan Hasrat Umrah


PERADUAN MEMENANGI PAKEJ UMRAH POWER ROOT BERNILAI RM360,000 KINI SEMAKIN HANGATTempoh peraduan dilanjutkan ke 1 Oktober


SUNGAI PETANI, [3 September, 2017]: Inisiatif unik Power Root Berhad, “Tunaikan Hasrat Umrah”, yang membantu 36 rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat memenuhi hasrat mereka untuk menunaikan Umrah, bakal tiba ke penghujungnya.

Pengurus Pemasaran, Power Root Marketing Sdn Bhd, Ms Sharon Teh mengumumkan hari ini bahawa peraduan tersebut yang menawarkan pakej umrah berjumlah RM360,000 telah dilanjutkan tempoh selama 2 minggu iaitu ke 1 Oktober. Dilancarkan
pada 1 Mei, peraduan tersebut pada asalnya dijadualkan berakhir pada 15 September 2017.

Perlanjutan tersebut adalah untuk menggantikan tempoh dua minggu yang ‘hilang’ akibat gangguan perkhidmatan pos semasa musim Hari Raya. Ini memberi lebih masa kepada pelanggan untuk menghantar penyertaan mereka.

Setakat 25 Ogos, 13 orang pemenang telah dipilih menggunakan algoritma untuk memilih nombor siri yang bertuah. Setiap pemenang akan menerima dua pakej Umrah dan untuk memastikan keselesaan dan ketenangan fikiran mereka sepanjang perjalanan menunaikan ibadah tersebut, Power Root menawarkan pakej terbaik daripada Tabung Haji Travel and Services, yang bernilai lebih daripada RM10,000 setiap pakej.

Sharon berkata: “Peraduan ‘Tunaikan Hasrat Umrah’ adalah sebuah projek untuk Power Root menyumbang semula kepada masyarakat dan para pelanggan kami yang beragama Islam; sebahagian daripada mereka mungkin tidak mampu untuk menunaikan Umrah. Dan ramai yang mengambil masa yang lama untuk mempunyai simpanan yang cukup untuk menunaikan Umrah dan ada juga yang ditipu oleh individu dan agensi yang tidak bertanggungjawab.

“Bersempena dengan peraduan tersebut, dan selaras dengan objektif kami untuk menyumbang semula kepada komuniti, kami mengambil keputusan untuk mengadakan pameran jalanan eksklusif, bermula 1 hingga 3 September, di Mydin Sungai Petani, kerana ia merupakan salah sebuah bandar yang membangun di bahagian utara, dimana bilangan pelanggan kami juga kian berkembang.”

Pameran jalanan 3-hari tersebut sarat dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan dan tawaran-tawaran hebat, dimana pelanggan dapat mencuba nasib memutar papan beroda dan memenangi pelbagai barangan istimewa. Mereka turut berpeluang beramah mesra dengan duta AliCafe dan selebriti popular hari ini.

“Bagi mereka yang belum menyertai peraduan ini, masih ada masa untuk berbuat demikian. Pelanggan hanya perlu membeli mana-mana produk Power Root, dalam bentuk pek atau tin, gunting keratan logo atau cabut pembuka tin untuk dikepilkan bersama borang peraduan. Butir-butir, syarat-syarat dan peraturan peraduan boleh didapati di laman www.powerroot.com.my atau Facebook AlicafeFacebook Per’l dan Facebook Powerroot,” tambah beliau.



Untuk maklumat lanjut tentang Power Root, sila layari www.powerroot.com.my     
Alif Satar Duta Power Root


Ok dah baca semua?? Teruja kan?
Marsha pun tak lepaskan peluang untuk join Peraduan Tunaikan Hasrat Umrah ni.
Mana lah tau kot sangkut rezeki Marsha menunaikan umrah kali ni dengan tajaan Power Root.
Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia tak siapa tahu betul tak?

Marsha pun join...hihi


Event pada 3 Sept 2017 juga dimeriahkan dengan sesi karaoke bersama Alif Satar khas untuk peminat yang membeli tiket karaoke.
Ada juga tempat VIP Khas untuk peminat Alif yang membeli barangan Power Root.
Tak lupa juga hadiah spin lucky draw barangan Power Root untuk para pelanggan yang telah membuat pembelian.

Alif melayan peminat


Bila tengok sambutan crowd semasa sesi bersama Alif Satar sangat-sangat meriah.
Alif Satar sangat sempoi semasa melayan peminat.
Sangat respek beliau.

Ok buat yang nak join PERADUAN MEMENANGI PAKEJ UMRAH POWER ROOT ni masih boleh join tau sehingga 1 Oktober 2017.
Jangan tunggu je terus beli barangan Power Root dan sertakan bukti pembelian (keratan plastik atau kotak) dan hantar.
Sangat senang syaratnya.

Terima kasih Marsha ucapkan pada pihak Power Root kerana menjemput Team Blogger Utara. Tak lupa pada PR yang menjemput kami, BEE ABDULLAH sangat-sangat terima kasih atas jemputan dan layanan semasa event Tunaikan Hasrat Umrah.


Bersama PR yang comel, Bee Abdullah




Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

8 comments:

  1. wah..menarik..rezeki untuk bakal pemenang..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Semoga usaha ni dapat memberi peluang mana yang terpilih.. Rezeki takkan pernah salah alamat :)

    ReplyDelete
  3. Allahamdulilah nsumbangan yang sgt2 bermanfaat.. KALAU rezeki tak kemana

    ReplyDelete