WRAP: Persiapan Pertama untuk Babywearing Newborn


Break-In WRAP untuk bakal baby Newborn Marsha


Assalamualaikum..


Haaa....apa dia wrap? Bukan wrap makanan ala-ala KFC tau....hihi
Ni adalah antara jenis pengendong bayi atau dikenali sebagai babywearing.
Biasanya khas untuk bayi newborn yang baru lahir.
Sebab bayi yang baru lahir belum sesuai untuk guna SSC (Soft Structured Carrier) kerana SSC ni kebanyakkannya untuk bayi 4 bulan ke atas.

Last week Marsha ke kedai kawan untuk usha-usha car seat untuk adik baby.
Peringatan....jangan babywearing masa drive yer....bahaya.
Kalau tengah drive, car seat adalah yang terbaik untuk safety.
Ok masa nak balik kawan marsha bagi pinjam woven wrap dia yang dapat lucky draw GCDC aritu sebab anak dia yang bongsu dah setahun lebih.
Apa lagi lompat bintang lah Marsha walaupun dah ada Moby Wrap.
Boleh kita review perbezaan Moby Wrap dengan Woven Wrap kan? Sebab dedua walaupun wrap tapi metrial nya berbeza.

Ok jadi wiken aritu Marsha pun gugel lah cara nak break-in wrap ni.
Oh ya wrap ni dari Ultra Baby tau. Kita punya local seller tapi kualiti high end punya okey....hihi
Owner Baby Ultra ni adalah kawan Marsha juga iaitu Doktor Izam Suziani.
Okeh sambung bab gugel nak break-in wrap ni. Tujuan break-in ni adalah untuk jadikan wrap lebih strechable dan selesa untuk baby.
Ala macam baju baru kita basuh dulu kan? Tapi penggendong bayi kita buat break-in.

Bila gugel di youtube jumpa banyak cara dan Marsha terpikat pada satu method yang simple iaitu 'pillow technique' atau teknik bantal.
So Marsha follow method tersebut....okay kali ke-3 baru ok tapi tak secantik yang dalam video lah...hihi
Meh marsha share video yang Marsha rujuk tu kot-kot ada kawan-kawan nak follow juga.



Ok nak tengok hasil dari 'keras tangan' Marsha pulak??
Ni ha.....oklah kan janji dapat break-in pastu nampak ala-ala bantal...hihihi



Cara nak pakai wrap ni pun Marsha dah study sikit-sikit cara dia.
Tunggu adik baby keluar baru boleh buat full ikat wrap.
Marsha follow cara Dr Izam sebab wrap ni adalah dari Dr Izam.
Caranya sangat simple....jom kita tengok:



Harap nanti misi Marsha untuk babywearing ini success seperti misi Marsha lagi satu iaitu breastfeeding.
Ada lagi satu misi iaitu Cloth Diapering juga.....ok jumpa lagi next entry ya...:)


Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

13 Comments

  1. baru tahu pasal wrap... nicew sharing

    ReplyDelete
  2. Tak reti nak pakai wrap. Kita pakai Boba jer. Tu pon tunggu baby beso sket.

    ReplyDelete
  3. Tak brapa reti nak pakai baby wrap ni ...
    Tau guna baby carrier je ...

    ReplyDelete
  4. dulu dulu pakai gendong kain jugak . tk tau masih ingat ke tidak

    ReplyDelete
  5. Tak reti nak pakai.. Sy beli ring sling aje..

    ReplyDelete
  6. Boleh depan boleh belakang. sebelum ni nampak mak buat guna kain batik jee. gulung-gulung, siap. Hehee. Bila kin nak buat, terngangaa dah.

    ReplyDelete
  7. macam susah je nak pakai ni..tp saya belum jd mom lagi. jadi confirm la tak reti. hehehe..

    ReplyDelete
  8. wah..tazabarrr tunggu adik baby keluar, nak bereksperimen dengan wrap2 ni..hehe

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing marsha. Boleh prctice ni hihi. Tak pernah pakai pun baby wrap sebelum ni. Tengok macam elok je baby terletak. Tak sabar pulak bereksperimen dengan wrap camni hihi

    ReplyDelete
  10. Menarik pwrkongsian marsha..Lepas ni boleh cuba for next baby..

    ReplyDelete
  11. Mmg xreti wrap ni.. tapi lepas tgk ni boleh praktik ni..😊 tq sis

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us