Jaundis (Demam Kuning) Pada Bayi Baru Lahir

/
17 Comments

Jaundis pada Bayi Baru Lahir



Assalamualaikum


Kembali lagi Marsha bersama kalian untuk sharing pelbagai info dan juga pengetahuan untuk kita bersama....😊😊
Ok korang pernah dengar tentang Jaundis tak? Demam kuning??
Actually Jaundis dengan demam kuning sama je.
Biasanya bayi yang baru lahir kebanyakannya akan hidapi jaundis ni terutama skali bila ibu berdarah O...ni nurse dan doktor sendiri bagitau.
Jadi jika ibu darah O, kebarangkalian bayi yang baru dilahirkan kena jaundis adalah tinggi.

Apakah Jaundis atau Demam Kuning?


Jaundis ini adalah satu keadaan di mana kulit dan mata putih seseorang akan menjadi kekuningan ekoran dari peningkatan pigmen hempedu dalam darah yang disebabkan oleh penyakit hati.
Jaundis dikenali juga sebagai demam kuning di kalangan kita-kita dan orang-orang tua.
Jika bacaan terlampau tinggi kemungkinan akan tukar darah...bahaya kan?
Kesian juga dekat bayi yang baru lahir.

Pada waktu anak pertama dulu Marsha tak mengalami masalah jaundis ni.
Tetapi anak kedua yang Marsha lahirkan baru-baru ini mengalami masalah jaundis ini.
Hari esoknya sebelum keluar wad bersalin, nurse telah ambil bacaan kuning baby.
Resultnya?? 200 bacaannya....Allah sangat tinggi dan baby terpaksa ditahan di wad bayi (wad 6C) di Hospital Raja Perempuan Bainun, Ipoh.
Marsha pun tinggal dengan baby sebab nak breastfeed dan monitor perkembangan baby.

Masa dalam wad 6C baby ditempatkan ditempat yang intensif kerana baby punya bacaan jaundis agak tinggi.
Dan baby diletakkan di bawah lampu fotolight yang biasa.
Bila petang darah diambil dan didapati bacaan jaundis baby masih tinggi kemudian diubah dengan lampu fotolight yang lebih kuat kesannya.
Marsha yang rasa pun panas tapi sebab nak dia sihat Marsha terpaksa cekalkan hati dan serahkan segalanya pada yang pakar.
Selama berada di wad tersebut Marsha keep monitor dia dan breastfeed dia.
Bayangkan dalam keadaan masih sakit bersalin, sakit rengat masih terasa dan bimbangkan baby.

Macam ni la bayi baru lahir yang ada jaundis dirawat


Bila menjelang tengah malam lampu fotolight ditambah lagi dan sangat sedih tengok keadaan baby yang kuli kekeringan...tak sampai hati sampai rasa nak menangis.
Tapi Marsha terpaksa kuatkan hati ibu ini.
Demi kesihatan baby.

Alhamdulillah esoknya nampak lampu fotolight telah ditukar kepada yang biasa...syukur.
Alhamdulillah menjelang petang Marsha dan baby boleh discharge sebab bacaan jaundis baby dah turun tapi masih perlu cek bacaan di KKIA untuk pemantauan.
Masa discharge tu bacaan jaundis baby 195.5.
Jadi bermulalah kekerapan kami ke KKIA untuk cek bacaan jaundis baby.
Bacaan kedua 165, bacaan ketiga naik 195, bacaan keempat naik 212 dan akhirnya bacaan pada hari semalam 10/10/2017 turun kepada 122.
Alhamdulillah syukur dan doktor bagitau tak perlu datang untuk cek bacaan tetapi jika nurse yang datang ke rumah kata perlu cek balik terpaksalah...harap tak la kan...hihi

Jadi hari ni adik baby dah tak perlu ke KKIA untuk cek bacaan jaundis.
Semalam adalah hari last amik bacaan dan harap tak perlu dah ke KKIA lagi lepas ni.
Horeyyyyy!!!!!

Tipsnya??

Sebenarnya banyak tips nak turunkan bacaan jaundis baby.
Kalau google dan juga petua orang-orang lama.
Tapi Marsha tak berani nak amalkan.
Yang Marsha amalkan hanyalah kerap breastfeed baby dan kejut dia dari tido banyak.
Jadi kerap susukan 2 jam sekali.
Bila baby kerap poo dan pee, kuning akan keluar melalui poo dan pee.
Alhamdulillah Allah permudahkan.....syukur.
Jadi mommies yang alami masalah yang sama just breastfeed baby ye.
Insya Allah, Allah will ease everything....Aaamin.



Marsha 
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

17 comments:

  1. Kena kerap bf baby. Jangan biarkan baby syok tdur

    ReplyDelete
  2. Adik SA anak dia kali ni si Dida tu, memang x kena jaundis sebab dia elakkan minum soya, makan junkfood dan asam2 ni.. alhamdulillah anak dia x kuning..tp nasib2 jugak kot sebab potential darah O positive memang anak kena jaundice

    ReplyDelete
  3. Anak no.2 kena kuninf tapi tak teruk. Mmg kena kerapkan breastfeed dan mak elakkan makan jamu atau benda2 panas

    ReplyDelete
  4. Tak pernah lagi lalui family yang ada baby demam kuning. Terima kasih sebab share pasal ni.

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing. Good infor for all the new Moms out there.

    ReplyDelete
  6. anak-anak lelaki akk guna petua apa pun..mmg pro longed jaundice juga. Breastmilk jaundice.

    ReplyDelete
  7. Baby memang mostly kena jaundice ni. Tinggi jugak kalau 200 tu. Alhamdulillah sekarang dah makin baik anak akak :)

    ReplyDelete
  8. Teringat masa kecik2 orang tua jemur adik kat cahaya matahari. Baru tahu bahaya dan sebabnya.

    ReplyDelete
  9. Info yang bagus ni. Boleh praktikkan cara ni dan bagitahu kat kawan-kawan lain. Kena terus menerus bf baby ye. Ingat kena jemur kat cahaya matahari je.

    ReplyDelete
  10. Anak kena or tak ni depends pada nasib gak...
    My 1st one prolonged jaundice but the second one in one week clear .

    ReplyDelete
  11. Pengalaman anak kena kuning. Jenuh berulang klinik check darah tiap-tiap hari.

    ReplyDelete
  12. Useful tips especially for new mummy. At least it can be cured.

    ReplyDelete
  13. Denna kuning kerap terjadi pada bayi baru lahir. Kena ada rawatan yang sesuai. Tipa berguna untuk bakal ibu jugak.

    ReplyDelete
  14. Memang tengah buat research tentang jaundis ni. Thanks for sharing. Really helped me for my assignment

    ReplyDelete
  15. My baby had this problem too, if you're breastfeeding don't worry it will go away.

    ReplyDelete
  16. Anak annur dua-dua lahir dengan kuning. Siap prolonged jaundice lagi. Memang stress nak kena ulang alik klinik ambil darah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)