Resepi Bersama Pati Ayam Ginseng Brands

Sup Ayam Kampung Pati Ayam Ginseng Brands


Assalamualaikum


Bila mana menjadi maktang ni masa menjadi kucar kacir.
Tengah nak manage lagi masa. Almaklumlah dah 9 tahun anak sulung baru ada baby balik.
Ibarat ibu muda yang baru bersalin.
Muda ke iolss??? Awet muda kan.....hihihi
Ok dah dah menyimpang jom kembali ke pangkal jalan...hihi

Ok hari ni Marsha nak share resepi yang simple dimple untuk readers yang tak jemu singgah blog picisan ini.
Resepi sup ayam kampung....tapi bukan yang biasa ni.
Kali ni Sup Ayam Kampung Pati Ayam Ginseng Brands versi berpantang sebab Marsha tengah berpantang kan..hihi.
More healthy right??...💖💖
Tu je yang available makan pun selaian ikan bakar, ikan haruan...hihihi
Jom kita tengok bahan-bahan.

Bahan-bahan


3 ulas bawang putih (diketuk)
2 cm halia ( diketuk dan dicincang halus)
Ayam kampung - separuh ekor atau 500 gram
Air - 500 ml
Bunjut sup - 1 peket
Pati Ayam Ginseng - 2 sudu besar
Garam secukup rasa

Disebabkan Marsha masih berpantang jadi kaedah sup ayam kali ni adalah rebus.
Tak ade tumis sebab tak boleh makan makanan berminyak lagi.

Cara membuat



  1. Masukkan air dan ayam kampung. Rebus hingga ayam kampung mendidih dan empuk dengan api perlahan.
  2. Bila ayam sudah empuk, masukkan bawang putih, halia dan bunjut sup. Tambah air jika air kurang. Air boleh kurang semasa menunggu ayam kampung empuk.
  3. Selepas beberapa minit masukkan pati ayam ginseng Brands. Kacau hingga sebati.
  4. Tutup api dan perasakan dengan garam.
Sup Ayam Kampung Pati Ayam Ginseng

Haa....dah siap!! Simple je sup untuk ibu yang tengah berpantang.
Yang best bila masukkan bahan rahsia terbaik iaitu Pati Ayam Ginseng Brands.
Rasa cepat sihat dan bertenaga....alhamdulillah...😊😊

Jadi kawan-kawan yang nak mencuba boleh try resepi simple dimple ni.
Walaupun simple tetap sihat sebab tak berminyak dan dengan tambahan Pati Ayam Ginseng Brands.
Oh ya, kalau kawan-kawan nak tambah goji pun sedap.

Selamat Mencuba!!!




Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

17 Comments

  1. bila dah baca resepi ni, mula la rasa nak cuba balik rumah nanti hehe

    ReplyDelete
  2. Ohh ingat rebus guna air pati ayam gingseng Brands ni jer tanpa air biasa but boleh cuba lah macam mana rasa tak pernah cuba produk ni hehehe...

    ReplyDelete
  3. Bagus kan pati ayam ginseng ni.
    Mmg elok maktang amik ginseng2 ni...
    Nanti boleh la try masak ni...
    Thanks ye

    ReplyDelete
  4. SA tak pernah cuba lagi..sedap ye...kalau sedap boleh cuba..

    ReplyDelete
  5. Owhh kisahnya boleh masak ekk..ingatkan hanya boleh minum terus dari botol..hehehe ketinggalan betul sis ni. Boleh lah cuba nanti

    ReplyDelete
  6. sedap ke, akak takut2 pati ayam brand ni macam hanyir je rasanya... tapi kalau tengok kat gambar sup tu, macam sodap je...

    ReplyDelete
  7. Kadang menu orang pantang ni sedap gak..Simple & menyelerakan..tengok pada rupa la..rasa not sure..hehe

    ReplyDelete
  8. Tak lama dah lagi tempuh berpantang kan...oo pati ayam ni boleh masak juga ye. Akak dah beberapa kali nak cuba tak boleh masuk ler pati ayam ni. Kalau masak boleh kot...kena cubalah

    ReplyDelete
  9. tak pernah cuba lagi resepi cenggini. good sharing

    ReplyDelete
  10. nanti nak cubalah sebab tak pernah try lagi.

    ReplyDelete
  11. Thanks share resipi nie - boleh jadi juadah sihat juga kan sebab tiada minyak.

    ReplyDelete
  12. Tak tahu menahu psl pati ayam ginseng ni..ni time2 demam selsema ni elok la buat rasa nya ni..good sharing mommy!

    ReplyDelete
  13. I use brands to steam fish. Nice and nutritious

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us