Fleksibel dan Wangi Sentiasa Dengan Enchanteur Petite Parfume

Cipta Detik "Scent-sasi" Dimana-mana Sahaja


Assalamualaikum....


Korang nak tahu tak apa yang 'wajib' dan satu kemestian bagi seorang gadis atau wanita?
Mesti wangi.....betul tak? Ala....lelaki pun sama kan? Sebab wangi akan membuatkan seseorang lebih yakin bila keluar dan melakukan aktiviti formal atau tidak formal.


Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar. 
Menjelang tengah hari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain, kita akan touch up mekap at least menyapu gincu selepas makan tengahari dan juga solat. Menjelang petang pula, akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar. 
Satu perkara yang perlu kita sebagai wanita ingat setiap kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang berkekalan.  

ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. ENCHANTEUR juga sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.

Enchanteur Petite Parfume

ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan dan  iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli – yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usaha sama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.


Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban. Juga tidak mudah tumpah.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda – direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan.

Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)
Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.

Jolie (Lovely)



ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)
Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.

Cheri (Darling)


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)
Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria bau. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan si pemakai menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikan si pemakai teman istimewanya selamanya.  

Belle Amour ( Beautiful Love)


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable)
Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.

Adore (Adorable)


Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.   


Marsha 
Part Time Blogger 
Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

28 Comments

  1. Jolie dengan belle amour sedap sangat bau nya..

    ReplyDelete
  2. Aummm mesti bau best best nii hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aummmm.....memang semua wangi.....senang nak masuk dalam kocek je

      Delete
  3. Menarik perfume ni..senang di bawa..

    ReplyDelete
  4. enchanteur haruman sepanjang masa..

    ReplyDelete
  5. Bestnya wangi-wangi semuanya. Saiz dia pun comel jadi mudah sangat nak bawak kemana saja

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya. Mudah nk bawa. Boleh lah kekal wangi lepas ni.

    ReplyDelete
  7. mesti wangi semuanya tu

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  8. Suka keempat2 koleksi perfume petite enchanteur ni..senang buh dalam beg...

    ReplyDelete
  9. Harga mampu milik. Roll saja dah wangi :)

    ReplyDelete
  10. Kaklong suka yang warna biru tu. Lembut je baunya :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us