Keajaiban Bakal Muncul di Juice Works!!


Sesuatu yang ajaib bakal muncul...



Disember makin hampir menjengah kita. Dapatkah anda merasakannya? Sesuatu yang ajaib bakal muncul.
Apakah yang ajaib itu??

Daripada bunyi loceng yang menyinari hati sebagai nota yang biasa ditemui pada bulan yang akan datang ini berada di setiap sudut, ke senyuman yang lebih meriah di wajah orang yang kami temui. Sama ada kanak-kanak atau dewasa, rasa teruja di hati mereka semakin kuat apabila akhir tahun semakin mendekati.

Ia seperti suasana seluruh dunia bertukar kepada suasana yang lebih bahagia dengan ketibaan musin yang indah tahun ini – Krismas!

Jadi janganlah terkejut kika anda mendengar kami di Juice Works bersenandung bersama, atau jika anda melihat senyuman mengusik bibir kami apabila kami mencampur minuman anda.

Sempena musin yang meriah ini, kamu telah mencipta minuman yang istimewa, berkilau merah! Bagi kami, ini melambangkan semua kebaikan, kebahagiaan dan kegembiraan manis sepanjang tahun ini. Kami berharap nama minuman ini sendiri akan memberikan sentuhan gembira, kerana kami menyebutnya “Honey, it’s Christmas!”

Smoothie ais bercampur dengan jus embun madu, plum, strawberi, lemon, dan ditambah dengan jus delima mulberi dan delima runy=merah, ramuan kecil ini hanya boleh didapati dari 6 Nov 2017 sehingga 1 Januari 2018!

New Honey It's Christmas 


Mulberry kering, yang mempunyai rasa manis semulajadi tanpa gula tambahan juga memberikan tahap protein dan zat besi yang luar biasa untuk buah. Ia adalah sumber yang kaya vitamin C, serat, kalsium san antioksidan. Itulah sebabnya mengapa mulberi kering adalah lazat apabila dijadikan sebagai makanan ringan atau dicampurkan dengan yogurt, smoothies dan banyak lagi.

Delima dan benih permatanya yang tersendiri telah digunakan untuk tujuan perubatan selama ribuan tahun. Dengan antioksidan yang lebih tinggi daripada jus buah-buahan yang lain, ia juga mempunyai tiga kali lebih banyak antioksidan berbanding wain merah dan the hijau. Oleh itu, buat Timur Tengah ini dikatakan berkesan untuk memerangi penyakit jantung, tekanan darah tinggi, keradangan dan beberapa jenis kanser, termasuk kanser prostat.

Tembikai susu mempunyai kandungan air yang tinggi dan kadar kalium, yang menjadikannya buah yang baik untuk mengekalkan tahap tekanan darah yang sihat. Memandangkan ia mengandungi kedua-dua vitamin C dan tembaga, ia juga mengalakkan kulit yang sihat dengan membantu pengeluaran kolagen dan pembaikan tisu. Untuk meningkatkan lagi vitamin C-o-meter, jus lemon juga ditambahkan, untuk membantu pencernaan dan untuk menjaga sistem imun pada tahap optimum.

 Bagi strawberi, is adalah penuh dengan serat, folat dan antioksidan seperti vitamin C dan phytochemicals untuk membantu mengurangkan kolesterol dalam arteri dan vesel. Ia juga adalah kaya dengan iodin untuk membantu mengawal fungsi otak dan sistem saraf yang betul, di samping mempunyai dos tinggi kalium per beri, yang sangat baik untuk daya tumpuan dan ingatan.

Seperti yang anda boleh pastikan sekarang, gabungan minuman ini telah direka dengan bersunguh-sunguh untuk membantu anda menjauhkan diri daripada penyakit semasa musim perayaan, mengurangkan kolesterol semasa anda bermanja dengan makanan dan untuk memastikan anda terhidrat, dengan kulit yang sihat dan cantik!

Jadi, semasa anda berpesta pada akhir tahun dan meraikan kedatangan tahun baru, jangan lah anda lupa untuk meminumnya!

Dan daripada kami semua di Juice Works: Selamat menyambut hari Krismas dan tahun baru dengan badan yang sihat !

MENGENAI JUICE WORKS Malaysia



Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangang setia untuk kraf yang mengunnakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.

Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.

Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 29 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.



Untuk maklumat dan imej, sila hubungi
Chan
GreatWorks Marketing


Mobile +6010 295 4802

e-mel chan@greatworksmarketing.com




Marsha 
Part Time Blogger 
Review Product & Place, Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger 
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

7 Comments

  1. lama xminum juice woks..suka lychee melon

    ReplyDelete
  2. nampak macam sedap je, baca entry ni terus rasa terliur je.. mesti nak cuba nii

    ReplyDelete
  3. Wow! Sedapnya Smoothie terbaru JuiceWork ni. Sangat sukakan buah tembikai susu. Jus embun madu tu buat lagi nak rasa macam mana minuman terbaru ni.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us