Legakan Ketidakselesaan Bayi dengan Tasneem Naturel Baby Balm



Assalamualaikum....



Sekarang ni banyak produk bayi yang dijual dihasilkan secara natural dan organik. Macam-macam produk kan? Dari alat mandian, makanan bayi, minyak telon dan banyak lagi. Hari ni Marsha nak kongsikan satu produk yang dihasilkan oleh syarikat local di Malaysia. Yes, Marsha bangga orang kita, orang tempatan yang hasilkan produk. Malaysia boleh!!



Ok berbalik pada produk yang Marsha nak kongsikan ini. Produk ni lain dari yang lain. Kenapa ia lain dari yang lain? Sebab ia adalah produk berbentuk balm tetapi sesuai untuk melegakan beberapa jenis ketidakselesaan kepada bayi. Menarik kan?? Jom baca entri Marsha sampai penamat ye..💓💓






Tasneem Naturel Baby Balm | Solution Untuk Ketidakselesaan Bayi



Tasneem Naturel Baby Balm adalah nama produk yang Marsha nak kongsikan dengan semua pembaca amnya dan khususnya buat ibubapa yang mempunyai bayi. Seperti yang kita semua maklum bayi hanya memberikan tindakbalas melalui tangisan bila tidak selesa seperti kembung, lapar, sakit dan banyak lagi jenis ketidakselesaan. Jadi kita sebagai ibubapa perlu lebih peka dengan ketidakselesaan bayi kita. Jadi Tasneem Naturel Baby Balm ini dirumus khas untuk ketidakselesaan bayi supaya bayi sentiasa ceria dan sihat 💗.




Rangkaian Tasneem Naturel Baby Balm




Tasneem Naturel Baby Balm ini mempunyai empat jenis balm pelbagai manafaat iaitu Coughflu Time, Calm Time, Sleep Time dan Tummy Time. Keempat-empat balm ini mempunyai manfaat yang berbeza dan khusus untuk setiap ketidakselesaan bayi. Jom kita tengok keempat-empat balm secara detail.


Tasneem Naturel Baby Balm | Coughflu Time





Tasneem Naturel Baby Balm| CoughFlu Time


Kandungan yang ada dalam Tasneem Naturel Baby Balm | Coghflu Time ialah Lemon, Sweet orange, Eucalyptus, Cypress, Tea Tree. Kelebihan Tasneem Naturel Baby Balm | Coghflu Time pula:
  • Membantu mengurangkan selsema dan mencairkan kahak.
  • Membantu melegakan asthma
  • Mengurangkan suhu ketika bayi demam

Cara Guna:
Sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki, dan dada


Tasneem Naturel Baby Balm | Calm Time


Tasneem Naturel Baby Balm | Calm Time

Mengandungi bahan natural iaitu Lavender, Naval orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Chamomile dan ia sesuai untuk :
  • Memberikan keselesaan kepada bayi
  • Mengurangkan keletihan dan tekanan
  • Membantu bayi lebih tenang

Cara Guna:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan bayi

Tasneem Naturel Baby Balm | Sleep Time

Tasneem Naturel Baby Balm | Sleep Time

Dihasilkan dari gabungan bahan semulajadi Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Targerine fruit fermet, Ylang ylang dan sesuai untuk:

  •         Bantu anak supaya mudah tidur lena
  •        Bantu anak bangun dalam mood ceria
  •       Membaiki kualiti tidur bayi

Cara Guna:
Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan

Tasneem Naturel Baby Balm | Tummy Time

Tasneem Naturel Baby Balm| Tummy Time

Dihasilkan dari gabungan bahan semulajadi Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise, Juniper dan sesuai untuk:

  •        Membuang angin dalam perut
  •        Bantu melegakan perut sebu dan kembung


Cara Guna:
Sapu pada perut dan tapak kaki



Testimoni Pengguna Tasneem Naturel Baby Balm


Sudah ramai pengguna yang berpuas hati menggunakan Tasneem Naturel Baby Balm ini. Jom kita lihat apa kata pengguna...

Testimoni Sleep Time

Testimoni Sleep Time

Testimoni Calm Time

Testimoni Calm Time


Sangat best kan testimoni dari pengguna yang telah menggunakan Tasneem Naturel Baby Balm ni. Marsha sangat suka sebab ianya adalah produk yang berasaskan bahan semulajadi dan 100% pati minyak (Essential Oil) yang asli. Lagi satu bau dia wangiiiii!!! Serius ni.

Oh ya, Tasneem Naturel Baby Balm ni bukan sahaja sesuai untuk bayi tau tapi boleh digunakan dari bayi hingga dewasa. Jadi sangat tak rugi untuk memiliki satu set untuk satu keluarga.  Semua ahli keluarga boleh guna, best kan??


Untuk maklumat lanjut dan order boleh rujuk maklumat dibawah:

Alamat:

TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR

HOTLINE:
011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)

IG: TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ)
FB : TASNEEM NATUREL HQ
www.tasneemnaturel.com





Marsha
Part Time Blogger Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

23 Comments

  1. zaza dh try yang sleep time tu... syok dan tenang je rasa..relaks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak cuba kat baby dah tp tak cuba untuk diri sdri lagi...malam ni kita cuba...yeayyy

      Delete
  2. Nice reviews.. Boleh cuba juga nanti ni..

    ReplyDelete
  3. makin meluas dah balm ni. wow

    hai nak jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  4. Balm nie macam multi function kegunaannya. Baik utk baby Dan anak kecil

    ReplyDelete
  5. Sedap tasneem natural ni... anak I guna bau dia lembutlembutje ... sapuI pun tak ada benda pelik pelik naik macam ruam ke apa ke.. dorang tidur pun selesa.

    ReplyDelete
  6. tasneem natural memang best. neeza pun guna lagi2 yang calm itu. tenangkan perasaan yg selalu cepat marah. hehe biasalah anak no 3 ni api.. asyik nak meletup je hahaha

    ReplyDelete
  7. memang takrugilah produk ni kalau dibeli sebab dapat digunakan oleh seluruh keluarga kan

    ReplyDelete
  8. Ramai share bab balm tasneem ni...nak rekemen kat adik la suruh dia beli utk baby dia..

    ReplyDelete
  9. Ada juga baca few reviews sebelum ni pasal Tasneem balm ni. Saya teringin nak cuba yang sleep time sebab anak memang jenis susah nak tidur dan bila dah tidur, asyik terjaga pulak

    ReplyDelete
  10. Bagus produk ni sebab orang dewasa pun boleh pakai. Support local produk! Boleh suggest pada kawan-kawan yang masih ada baby :)

    ReplyDelete
  11. My son always got cough. I should try this instead.

    ReplyDelete
  12. Lah ingatkan beli balm ni dapat anak patung yang comel tu hehehehe tapi bagus lah balm ni nampak memudahkan kerja ibu bapa yang ada baby...

    ReplyDelete
  13. tertarik dengan produk ni..sebab ada macam-macam kegunaan..bolehla beli untuk keperluan baby nanti

    ReplyDelete
  14. Anak meragam akan buat mak mak stress..bagus ada produk bagai terapi untuk menenangkan anak

    ReplyDelete
  15. Banyak2 balm tu Mai bagi kat anak buat tummy time je, hahaha yang lain bolot kat diri sendiri sebab best kot! Hihi

    ReplyDelete
  16. Balm baby memang best pakai. kalau baby pakai pon dah rasa selesa, kita pakai pon rasa selesa juga, lagi2 sebelum tidur :)

    ReplyDelete
  17. Bagus betul produk ni. Bayi buat hal saja boleh sapu. Tenang fikiran.

    ReplyDelete
  18. Saya suka packaging dia..homey...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us