Program Tajaan Biasiswa Sekolah Bertemakan Saya Sihat Bersama YEO'S





Program Tajaan Biasiswa Sekolah: Saya Sihat Bersama YEO'S

Assalamualaikum



Hari ni Marsha nak share satu program yang sangat membantu pelajar-pelajar dalam penguasaan bahasa dengan membuat esei yang ringkas dan kreatif.  Ternyata ia mengambil perhatian banyak buat sekolah di semenanjung dan juga sabah sarawak tak terkecuali. Ia memberi peluang para pelajar menunjukkan kehebatan mereka dalam program ini. 

Setiap impian yang disulami dengan usaha pasti ada ganjarannya, begitulah umpama bagi para murid dan sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia yang telah menyertai Program Tajaan Biasiswa Sekolah: #SayaSihat Bersama Yeo’s. Dengan adanya program yang bertema #Sayasihat Bersama Yeo's telah menyerlahkan 7 buah sekolah seluruh negara. Hebat bukan??

Salah seorang peserta #SayaSihatBersama Yeo's, Amanda Kho, 11 dari SJK (C) Chung Hua Pujut, Miri telah berjaya mengunguli tempat pertama dalam program ini dengan membawa pulang RM3,000 wang simpanan manakala SJK Chung Hua No.5 dari Kuching telah berjaya menjuarai dalam kategori sekolah dengan peratus penyertaan murid-murid sekolah yang paling tinggi dengan memperoleh RM3,000 di ‘Majlis Penyampaian Hadiah Program Tajaan Biasiswa: #sayasihat Bersama Yeo’s yang telah berlangsung di dewan SJK Chung Hua No.5 pada 28 September 2017 yang lepas.


Program #Saya Sihat Bersama YEO'S



Merupakan satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), program ini yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia telah dijalankan selama lima bulan bermula 13 Mac hingga 15 Ogos 2017. 

“Tujuan utama Yeo’s mengadakan program berperingkat kebangsaan ini adalah untuk memberi pentas untuk kanak-kanak kita menunjukkan bakat penguasaan bahasa sambil mencungkil daya kreativiti mereka dalam penulisan esei ringkas yang mana intipatinya berkisarkan gaya hidup sihat,” kata Joe Wong, Pengurus Kanan – Komunikasi Korporat Yeo’s.


Bangga dan gembira…Encik Joe Wong, Pengurus Kanan - Komunikasi Korporat Yeo’s memberi sepatah dua kata sempena Majlis Penyampaian Hadiah Program Tajaan Biasiswa yang mendapat sambutan memberangsangkan seluruh negara. 


“Program ini dilaksanakan adalah seiring dengan saranan kerajaan dalam menuju ke arah masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas,” ujar Joe lagi.

Majlis Penyampaian Hadiah Program Biasiswa ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, antaranya En. Chen Fei Ming, Timb. Pegawai Pendidikan Daerah Kuching; Encik Billy Chin – Penolong Naib Presiden Jualan – Bahagian Sabah & Sarawak Yeo’s; En Tay Boon Huat, Pengurus Jualan Yeo’s dan Puan Chin Mui Ling, Guru Besar Sekolah SJK Chung Hua No. 5 selaku tuan rumah majlis.

“Kadar kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak merupakan tanda aras kepada kemajuan sesebuah negara. Hal ini merupakan impak jangkamasa panjang dan menunjukkan perubahan di masa akan datang. Malaysia sendiri menunjukkan peningkatan sihat di dalam hal ini dimana selepas era pasca kemerdekaan kita telah melihat tumbuhnya program baik dari Institusi Kerajaan ataupun swasta sendiri”, ujar En. Chen Fei Ming, Timb. Pegawai Pendidikan Daerah Kuching



Sokongan…Ucapan Aluan dari Encik Chen Fei Ming, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuching sebagai wakil pendidikan memberikan ucapan ketika Majlis Penyampaian Hadiah Program Tajaan Biasiswa Sekolah. 

Menurut Chen lagi, “Saya amat gembira kerana program anjuran Yeo’s ini telah memberi peluang kepada anak-anak kita menunjukkan bakat kreatif yang terpendam dan melahirkan daya pemikiran yang kritis di kalangan murid-murid dalam menyediakan esei ringkas. Di samping itu, murid-murid turut ditanamkan sikap menjaga alam sekitar dengan amalan kitar semula dengan mengumpul pek minuman Yeo’s”.

Peserta dan Pemenang Program #Sayasihat Bersama Yeo's


Sebanyak 500 buah sekolah rendah di seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam Program Tajaan Biasiswa Sekolah: #sayasihat Bersama Yeo’s, antaranya adalah SKJ (C) Tampoi, Johor, SK Putrajaya Presint 11 (1), SK Bukit Kuchai, Selangor, SK Sultan Sulaiman 2, Terengganu, SJK (C) Chung Hua Pujut, Miri, dan SJK Chung Hua No.5, Kuching dan sekolah-sekolah lain. 

“Kami amat gembira apabila mendapat sokongan jitu daripada penyertaan yang amat memberangsangkan. Kegiatan ini telah memberi satu impak yang berkesan untuk guru-guru dan murid-murid sekolah supaya mengambil berat terhadap pemakanan yang sihat di samping menerap tabiat kitar semula sumber seperti kotak minuman Yeo’s,” kata Joe. 

“Adalah disaran anak-anak sekolah rendah membina tabiat mengambil Yeo’s Yeogurt pada awal pagi sebelum pergi ke sekolah kerana ‘sekotak Yeo’s Yeogurt sehari, perut sihat tiap-tiap hari’. Yeo’s Yeogurt khas dirumus dan diperkayakan dengan susu dan asid laktik bagi membantu meningkatkan kelancaran fungsi sistem penghadaman. Jadi, ia baik bagi kanak-kanak untuk menjaga kesihatan perut,” ujar Joe.

Amanda Kho, peserta yang berjaya menjuarai program ini dengan daya kreatif dan kritisnya melalui penulisan esei ringkas dan atas usaha kitar semula dengan mengumpul pek-pek minuman Yeo’s, menyatakan hasratnya untuk membelikan hadiah buat neneknya tersayang. “Saya dan nenek mengumpulkan kotak terpakai minuman Yeo’s bersama-sama di kawasan taman riadah, kedai dan restoran serta kawasan sekolah. Melihatkan kesungguhan nenek untuk saya menang dalam program ini membuatkan saya berusaha untuk melahirkan sebuah esei ringkas yang kreatif dan kritis. Kasih sayang nenek membuatkan saya tidak berputus asa. Terima kasih nenek! Saya akan selalu belanja nenek minum Yeo’s Yeogurt supaya kami sihat bersama,” dia turut akhiri dengan menambah akan menyimpan sebahagian besar wang hadiah ke dalam simpanan pendidikan untuk kegunaan masa hadapan.


L-R : Encik Tay Boon Huat, Pengurus Jualan Yeo’s, Encik Chuo Kwong Ung, Guru Besar dan Amanda Khoo, Pemenang Tempat Pertama Kategori Murid dari SJK (C) Chung Hua Pujut, Miri, Encik Chen Fei Ming, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuching, Encik Joe Wong, Pengurus Kanan – Komunikasi Korporat Yeo’s, dan Encik Billy Chin – Penolong Naib Presiden Jualan – Bahagian Sabah & Sarawak Yeo’s

Dana Yeo’s untuk simpanan pendidikan…Begitulah niat Amanda Khoo sewaktu awal menyertai program anjuran Yeo’s, kini impiannya terlaksana atas usahanya sendiri.


Manakala Eileen Chan Jia Syn, 10, dari SJK Chung Hua No.5, Kuching yang memenangi tempat kedua berkongsi cerita lucu mengenai cara dia mengumpul kotak minuman Yeo’s, “Saya memperkenalkan Yeo’s Yeogurt kepada ahli keluarga, saudara mara serta rakan-rakan, apabila mereka habis minum saya terus dapatkan kotaknya! Tidak rugi saya berusaha demikian kerana ianya untuk menambah tabung pendidikan saya nanti.”

“Hadiah wang simpanan ini akan saya simpan untuk masa hadapan untuk ke Menara gading kelak”, ungkap Wee Jing Fang, 10, dari SJK (C) Chung Hua, Miri juga pemenang tempat ketiga.

Bagi murid yang telah menduduki UPSR tahun ini Chin Jing Xuan, 12, dari SJK Chung Hua Batu 10, Kuching yang telah bejaya membawa pulang RM 1000 sebagai wang simpanan, berkata, “Saya belajar untuk tidak mudah berputus asa malah saya telah berkembang dengan lebih giat berusaha untuk kejayaan yang saya peroleh hari ini”.

Pemenang ketiga seterusnya adalah Nathan Chai Jian Min, 10, dari SJK Chung Hua No.2, Kuching yang ditemani ibunya berkongsi rahsia kejayaannya berkata, “Sokongan dan kerjasama ibubapa, rakan-rakan dan para guru yang telah membawa saya ke sini pada hari penyampaian hadiah ini, terima kasih semua dan juga pihak Yeo’s”.

Manakala bagi hadiah keseluruhan selama lima bulan bagi kategori sekolah adalah berupa RM 3000 bagi tempat pertama telah jatuh kepada sekolah tuan rumah iaitu SJK Chung Hua No.5, Kuching, tempat kedua RM 2000 SJK (C) Chung Hua Miri, dan tempat ketiga bagi tiga buah sekolah adalah sebanyak RM 1000 kepada SJK (C) Chung Hua Pujut, Miri, SJK Chung Hua Siburan, Kuching, dan SJK Chung Hua Batu 10, Kuching. 

Puan Chin Mui Ling, Guru Besar SJK Chung Hua No.5, Kuching berkata, “Kami sememangnya menggalakkan para murid untuk menulis secara kreatif dan kritis, oleh itu kami akan memberikan tips–tips karangan yang baik sewaktu perhimpunan supaya mereka mendapat gambaran untuk rangka penulisan mereka. Pastinya mengumpul pek minuman Yeo’s bukan satu masalah kerana kantin kami memang pelanggan setia produk Yeo’s terutamanya Yeogurt! Wang hadiah akan kami gunakan untuk menambah infrastruktur untuk keceriaan sekolah.


L-R : Encik Tay Boon Huat, Pengurus Jualan Yeo’s, Puan Liew Nyiet Jin, Penolong Kanan HEM, Puan Chin Mui Ling, Guru Besar SJK Chung Hua No.5, Kuching, Encik Wong Tiong Hook, Pengerusi Lembaga Pengurus SJK Chung Hua No. 1-6 Encik Chen Fei Ming, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuching, Encik Joe Wong, Pengurus Kanan – Komunikasi Korporat Yeo’s, dan Encik Billy Chin – Penolong Naib Presiden Jualan – Bahagian Sabah & Sarawak Yeo’s , dan Encik Chan Chiaw Yam, Naib Pengerusi Lembaga Pengurus SJK Chung Hua No.5, Kuching.


Kerjasama….Merupakan kunci kejayaan Sekolah Chung Hua No.5 yang membentuk jawatankuasa khas diantara sekolah dan PIBG


Memetik kenyataan Tan Ai Chu selaku Guru Besar SJK (C) Chung Hua, Miri “Sepanjang program berlangsung kami selalu memberi taklimat mengenai kesihatan serta kebaikan Yeo’s Yeogurt semasa perhimpunan. Sekolah akan menggunakan wang hadiah sebagai modal untuk program keceriaan sekolah agar suasana lebih bersih, ceria dan kondusif bagi murid-murid dan tenaga pengajar,” ucapnya apabila berjaya memenangi tempat kedua.

“Kami akan meneruskan hasrat dalam menceriakan sekolah dengan tema kitar semula supaya konsisten dalam menjaga alam sekitar,” ujar Chuo Kwong Ung selaku guru besar SJK (C) Chung Hua, Pujut, Miri.

Manakala bagi Phun Teck Min dari sekolah SJK Chung Hua Siburan, Kuching berkata, “Kami akan salurkan wang hadiah kepada murid miskin tegar seperti mana kami berkongsi kegembiraan sewaktu mengumpul pek-pek minuman Yeo’s.

SJK Chung Hua Batu 10, Kuching menerusi guru besarnya Hiew Siaw Chew menyampaikan bahawa mereka telah mendirikan AJK khas untuk program tajaan biasiswa ini, “Kami mendapat kerjasama yang baik daripada murid-murid, ibu bapa serta tenaga pengajar yang berdiri dibelakang AJK ini. Terima Kasih Yeo’s”, ujarnya.

Manakala dua buah sekolah yang terletak di Semenanjung Malaysia diraikan berasingan kerana kekangan masa dan jarak. Sekolah SK Putrajaya Presint 11 (1) dan SK Sultan Sulaiman 2, Terengganu masing-masing menerima RM500 hadiah saguhati.

Encik Mohd Kaman Awang, selaku guru besar SK Sultan Sulaiman 2, Terengganu berkata, “Apa sahaja yang terbaik buat murid-murid itulah yang akan kami usahakan bersama. Saya bersyukur kerana gandingan guru bertugas dan murid-murid membuahkan hasil dan manfaat kepada semua pihak. Kami akan sumbangkan kepada dana PIBG untuk kegunaan masa hadapan”.

Bagi Marsha, tanpa bantuan guru-guru para pelajar tidak akan mencapai tahap dimana mereka berada sekarang walaupun usaha dan minat dari pelajar itu sendiri tetapi guru-guru juga memberikan kesan yang mendalam dalam mencungkil bakat dan melahirkan pelajar yang berpotensi seperti dalam program ini.


L-R : Cik Ayuni Hilmi ; Skuad Renjer Sekolah – Bahagian Pantai Timur, Encik Joe Wong, Pengurus Kanan – Komunikasi Korporat Yeo’s, Encik Kaman Awang; Guru Besar dan Puan Norhayati Bt Abdullah Penolong Kanan HEM SK Sultan Sulaiman 2, Terengganu.

Kasih guru dan kesungguhan murid – Itulah yang dapat disimpulkan apabila guru-guru di sekolah pantai timur ini yang memenangi hadiah saguhati atas kejayaan bersama. 


Guru besar SK Putrajaya Presint 11(1), Norhayati Bt Abdullah tampak gembira sewaktu berkongsi cerita bagaimana setiap kali waktu rehat mereka akan berganding bahu mengumpul kotak Yeo’s,”Kami akan hias dinding sekolah dengan mesej-mesej yang bagus untuk murid-murid sekolah ini, terima kasih Yeo’s!” 

“Kami berharap usaha dan semangat murid-murid sekolah dapat diteruskan supaya kegiatan mengitar semula dan pemakanan yang sihat dapat menjadi satu tabiat yang berpanjangan dan berterusan,” tambah Joe.

Gaya Hidup Sihat Bersama Yeo's!!

Hebat kan penangan Program #Sayasihat Bersama Yeo's ini ternyata memberi impak yang tinggi kepada sekolah dan juga para pelajar. Marsha berharap moga program ini menjadi program tahunan untuk menyuntik semangat pelajar dan juga menghargai pelajar yang berminat serta berpotensi dalam penulisan esei.





Marsha
Part Time Blogger Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

23 Comments

  1. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar...

    ReplyDelete
  2. Terbaik la pihak Yeo's.Moga murah rezeki mereka...

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat adik-adik yang menang. Bagus sangat ada program macamne banyak bakat-bakat baru dapat dicungkil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bakat anak anak dapat dicungkil melalui pertandingan ni

      Delete
  4. Pandai n rajin Amanda tu..nnt blanja nenek Yeos yogurt bebanyak ya..hihu

    ReplyDelete
  5. Satu usaha yg bagus ni. Sebaiknya, ia dijadikan aktiviti tahunan kan.

    Good sharing..

    ReplyDelete
  6. Hebat. Tahniah yeos menjayakan program dan tahniah pada yang menang

    ReplyDelete
  7. Yeos memang banyak buat kerja amal. Terbaik!

    ReplyDelete
  8. Teringat zaman sekolah dulu . Vitagen selalu buat program untuk student2 sekolah . Sekarang pihak Yeos buat program yg sama

    ReplyDelete
  9. Bagus Yeo's ni ada tunaikan tanggungjawab sosial korporat dengan tajaan biasiswa. Patut dicontohi lebih banyak syarikat.

    ReplyDelete
  10. Satu usaha sama yang menarik 😉

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us