Unboxing Althea Box | Un-Pore-Gettable Box


Un-Pore-Gettable Box: Pore Solution To Remember


Assalamualaikum


Cantik dan wanita adalah sinonim dan sangat sukar di 'separate' kan. Simple macamana pun basic seperti toner,  bedak muka dan lipstik mesti ada. Percaya tak?? Sila percaya okey....hahahahaha

Okay hari ni Marsha nak share satu produk eh bukan....satu box yang Marsha beli baru-baru ni dari Althea Korea. Jauh tau dari Korea. Lawati laman web Althea - klik-klik - bayar- produk dikurier - sampai.

Althea Pink Box

Box yang Marsha tertarik ialah Un-Pre-Gettable Box yang fokus untuk pemulihan masalah pori terbuka. Harganya pun memang jimat berganda-ganda.
Mesti ramai yang menghadapi masalah pori terbuka ni kan? Include me...😓😓

Punca Pori Terbuka


Ada beberapa faktor yang menyebabkan pori terbuka ni. Antaranya ialah:

  • Terdedah kepada pancaran UV
  • Merokok
  • Penuaan
  • Genetik
  • Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat (pemakanan)
  • Perubahan hormon.
Jadi dengan Un-Pore-Gettable ni boleh membantu dalam menyelesaikan masalah pori terbuka ini.
Dalam masa yang sama boleh save duit dan juga jadi wanita ala ala korean punya....cunnn...hihi


Althea Un-Pore-Gettable Box


Okay ni lah box yang Marsha terima direct terbang dari Korea.



Un-Pore-Gettable Box


Banyak tak item kat dalam Un-Pore-Gettable Box ni? Banyak kan? Semua ni untuk 'Pore Solution'.
Jom kita tengok secara terperinci item-item yang ada dalam box ni:

  • Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask
  • Common Labs Mild Peeling Finger Pad 
  • Laniege Powder Fit Cushion #23 Sand
  • Rire All Kill Pore Tightening Ice Stick
  • Dear, Klairs Supple Preparation Facial Toner
  • My Beauty Mask Pack
  • Innisfree Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit
  • Random Sample Kit
Kandungan dalam Un-Pore-Gettable Box

Sebenarnya Althea ni keluarkan pelbagai 'Althea Box'. Kali ni Marsha tersangkut dengan Un-Pore-Gettable Box' ni. Sesuai dengan permasalahan kulit yang Marsha alami. Almaklumlah dah cecah 35 yr old...hihihi.

Okey jom kita tengok dengan lebih terperinci setiap item dalam Un-Pore-Gettable Box ni.


Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask

Innisfree | Super Volcanic Pore Clay Mask



Dihasilkan dari tanah liat gunung berapi di Pulau Jeju. Adoi sebut Jeju ni dalam wishlist nak kesana.
Nanti ada rezeki sampai sana boleh tengok tanah liat gunung berapi disana. Mask ini berfungsi untuk hilangkan sebum minyak yang keluar dari liang pori dan nyahkan kekotoran pada wajah.

Review Marsha:

Cara pemakaian yang senang dengan mask yang sejuk dan best. Selepas pakai dan cuci kulit rasa lebih smooth dan licin. Rasa ringan sangattt...:)

Sejuk sangat muka bila pakai




Common Labs Mild Peeling Finger Pad 

Common Labs| Mild Peeling Finger Pad


Okey ni adalah exfoliator dan antara exfoliator favorite Marsha. Ia berfungsi untuk mengecilkan pori, menghilangkan kulit mati dan mencerahkan kulit.

Selain itu juga ia berfungsi untuk:


  • membersihkan kulit wajah
  • penjagaan kulit wajah semasa dirumah
  • membesihkan kawasan-kawasan yang mungkin kita 'missed' masa mencuci muka.
  • Bersihkan kawasan 'make up' yang tak perlu.
  • Memudahkan untuk bersihkan 'make up' dimana sahaja....besttt!!

Review Marsha:

Bila cuba rasa sejuk dan segar sangat. Kulit mati pun siap melekat di Finger Pad tu. Lepas guna rasa lembut je kulit muka.

Feel Good with it


Laniege Powder Fit Cushion #23 Sand


Laneige| Powder Fit Cushion #23 Sand


Brand ni brand glamor ye tak? Selalu tengok iklan kat TV tapi tak pernah cuba sebab tau harga nya setanding kualiti...hihi. Ia cover pori dan juga parut dari nampak ketara. Sangat selesa mencuba.

Dari bentuk 'cream' ke 'powder twist cushion'. Rasa ringan macam kulit asal,

Review Marsha:

Selepas apply kat kulit muka Marsha nampak pori dan parut tak berapa nampak. Rasa sangat ringan dan tone kaler sangat sesuai dengan kulit Marsha. Video jom!!




Rire All Kill Pore Tightening Ice Stick

Rire| All Kill Pore Tightening Ice Stick


Ia berbentuk stick dan sangat mesra pengguna. Mengandungi 'Glacial Milk Form' dan berfungsi untuk mengecilkan pori, mengurangkan 'water retention' dan mengurangkan suhu kulit secara sementara.

Review Marsha:

Lepas apply kat kulit wajah pori nampak tak terbuka lebar. Lebih kecil dari biasa dan rasa selesa. Tak melekat seperti sesetengah produk yang Marsha sudah cuba.


Dear, Klairs Supple Preparation Facial Toner


Dear, Klairs| Supple Preparation Facial Toner


Ni adalah antara produk yang Marsha suka sebab tu berminat sangat dengan Un-Pore-Gettable Box ni. Marsha dah ada Klairs BB Cushion yang cute itu....hihi. Boleh baca tentang produk Klairs yang lain di SINI.

Supple Preparation Facial Toner ni memberikan kelembapan pada kulit selepas cuci muka, menyeimbangkan PH untuk lebih penyerapan dan sesuai untuk kulit yang sensitif. Ia juga di 'upgrade' kompone kelembapan dan lembap lebih lama.

Review Marsha:

Cara pemakaian yang simple sangat sesuai untuk Marsha yang jenis 'on the go' ini dan kulit marsha yang kering ni rasa lebih lembap selepas apply dimuka.
Jom kita tengok video Marsha ni




My Beauty Mask Pack| Red Ginseng Gold Hydrogel Mask


My Beauty Mask Pack| Red Ginseng Gold Hydrogel Mask (sebelah kiri)


Taraaa..........maskkk!! Memang antara favorite Marsha bermask-mask ni. Rasa release je tau.
My Beauty Mask Pack (Red Ginseng Gold Hydrogel Mask) memberikan kelembapan pada kulit dengan kandungan yang natural. Jadi kulit tak kusam dan lebih segar serta bertenaga.

Review Marsha:

Lepas guna rasa kulit lebih lembap dan licin. Kulit muka pun nampak segar dan bertenaga. Suke sangatt...💕💕. Sangat sesuai dengan kulit marsha yang kering ni.


Innisfree Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit


Innisfree| Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit

Haa...lagi satu dari Innisfree iaitu Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit. Brand Innisfree ni serius best sangat. Lepas try dalam Un-Pore-Gettable ni tak mustahil Marsha akan tambah pembelian nanti...hihi.

Dalam Innisfree Jeju Volcanic Pore Sample Kit ni ada 3 item yang comel-comel je. Ada kapas muka, Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam dan Jeju Volcanic Pore Toner. Jadi boleh bawa untuk travel.
Pek kecil dan jimat ruang.

Ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran sebum atau minyak di kulit wajah, megecilkan pori dan juga menanggalkan kulit mati.

Review Marsha:

Sesuai untuk dibawa travel kerana ianya kecil dan jimat ruang. Lepas guna kulit kasar rasa lebih lembut dan muka tak berminyak.

Random Sample Kit


Althea Korea ni sangat bermurah hati tau. Dah la box penuh dengan item-item yang Marsha suka lepas tu dapat sample kit lagi. Jadi try - suka - boleh beli....hihihi. Banyak brand ada dalam sample kit ni antaranya ialah: Dear, Klairs , IOPE, Skinmiso, CP-1, Boom De Ah Dah, Mamonde dan banyak lagi. Pastinya semua best dan khas untuk masalah pori.

Random Sample Kit


Menarik tak Un-Pore-Gettable Box ni? Haa....kalau berminat jangan lepaskan peluang grab box ni di web Althea. Untuk pengetahuan Althea Box ni Limited tau. Once dah sold out gigit jarilah nampaknya..huhu. Marsha menunggu lagi Althea Box yang baru nak klik order...hihihi

Maklumat lanjut boleh ke web Althea


  • Best Price
  • Free Shipping 2 item Above
  • 30 Days Return
  • 100% Asli

Jadi cepat ke web Althea sebelum geget jari!!!



Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

48 Comments

  1. singgah petang...
    wah lepas ni makin cantik laaa....:)

    ReplyDelete
  2. menariknyaaaa! kena kawal nafsu nih sebab dah banyak sangat beli skincare products huhu

    ReplyDelete
  3. Bestnya semua item tu! Makin cun la nanti 😊

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  4. best kan althea box...pakai mask selalu bole kecilkan pori

    ReplyDelete
  5. Semua jenama best2 huaaaa. Althea memang best kalau beli belah kat sana. Dah la dapat kotak yang cantik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ena akak pun suka,plan nak beli box lain pula...hihi

      Delete
  6. banyaknya barang! semuanya best best. boleh trtutup pori kat muka

    ReplyDelete
  7. Beauty product dari Althea ni memang favorite jugak tau. Memang berkualiti.

    ReplyDelete
  8. Bestnya tengok produk2 dalam box althea kali ni. Mengancam nak beli. Jenama Klairs tu memang best. Innisfree pun best jugak bila pakai memang sesuai dengan kulit. Nak fefeling korea gitu tau. ok. nanti nak terjah website althea lah.

    ReplyDelete
  9. Wah bestnya..
    Kita ada masalah pores..
    Nnt boleh try set yg ni plak

    ReplyDelete
  10. Saya memang suka Skincare dari althea

    ReplyDelete
  11. Macam-macam ada ye. Memang berbaloi kotak ni..lepas ni boleh cun balik.

    ReplyDelete
  12. Wah . Macam menarik je althea ni . Boleh rawat masalah pori terbuka ni . Kejap lagi nak terjah website dia

    ReplyDelete
  13. mask innisfree tu best! nisa suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best nisa..nanti habis wajib repeat order

      Delete
  14. Seronok tgok ramai yang shopping kat Althea..akak ni tak dana nak shopping...sibuk dengan kerja je...nanti la nak skodeng apa yang menarik

    ReplyDelete
  15. Wah bestnya! Pori-pori ni memang jenuh nak jaga. Tapi bila jaga konsisten, ia akan sentiasa bersih. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul masalah pori ni memang susah nak ok balik kena ada produk tertentu

      Delete
  16. product dari Althe memang semuanya ohsemm.. saya pon dapat gak.. tapi lom review lagi.. tak sabar nak bukak..hehehee..

    ReplyDelete
  17. Bestnya orang perempuan sekarang ni banyak dapat barang dan semua boleh gunakan hehehe best nya.

    ReplyDelete
  18. Seronoknyaa..luqman teringin nak try Innisfree punya produk yang clay mask tuh. Volcanic Pore Care Kit pon cam best jugak.hehe

    ReplyDelete
  19. Wahh jelesnya dia dapat barang dr Althea. Sis dah lama rindu Althea ni tapi depa tak rindu gan sis..huhuhu. Barang2 diorg memang best

    ReplyDelete
  20. Rasa nak try la..liang pori AS agak jelas nampak area atas hidung..pastu berminyak, takyah nak cakap la huu~

    ReplyDelete
  21. best dapat althea box ni. ramai blogger dapat. barang dalam tu pon not bad.

    ReplyDelete
  22. alhai geram je tgk althea ni tau. produknya semua best2 !

    ReplyDelete
  23. Bestkan ? Semua box althea berbaloi sgt 😊 done follow sini , salam kenal sis.
    mellyacrayola.blogspot.com

    ReplyDelete
  24. Macam best je Innisfree tu. Next purchase nak try finger pad plak. Tq share review

    ReplyDelete
  25. Bestnya dapat macam-macam ddaripada Althea

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)

Subscribe Us