Mengapa WD-40 dipercayai ramai dan mesra kepada alam sekitar?

by - 12/20/2017 08:00:00 AM


Assalamualaikum


Mengapa WD-40 dipercayai ramai dan mesra kepada alam sekitar?


Diasaskan pada 1953, produk Syarikat WD-40 sentiasa menemani pengguna di seluruh dunia sebagai produk yang perlu ada tidak kira sama ada diletakkan di bawah sinki, garaj mahupun kotak peralatan sejak berdekad lamanya. Penggunanya yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk mekanik dan jurutera, membuktikan ia adalah  produk selamat yang sentiasa dipercayai ramai.


Environmental Free 


Kepercayaan yang diletakkan oleh pengguna terhadap produk ini mendorong syarikat untuk terus melakukan pelbagai usaha bagi melindungi pengguna dan pada masa sama, memelihara alam sekitar.

Sebagai contoh, formulasi yang digunakan untuk produk popular di dalam tin biru kuning, Produk Pelbagai Guna WD-40 tidak mengandungi bahan kimia penyebab kanser, benzena yang digunakan dalam pembuatan plastik, resin, nilon dan banyak lagi. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat akut dan sum-sum tulang. Pada kebiasaannya ia digunakan sebagai pelarut cat untuk industri, bahan pengilat, peluntur cat, petrol dan lain-lain.



Produk Pelbagai Guna WD-40 sememangnya produk biodegradasi atau mudah diurai iaitu menepati panduan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) bagi biodegradasi (Kaedah 301 – kaedah ujian biodegradasi aerobik). Bekas yang digunakan untuk produk ini juga bersifat kitar semula, sama seperti bekas keluli yang lain.

Ia juga mematuhi Sekatan Bahan Terlarang Kesatuan Eropah (RoHS) yang bermaksud ia tidak mengandungi plumbum (Pb), merkuri (Hg), kadmium (Cd), hexavalent chromium (Cr6), polybrominated biphenyls (PBB) atau polybrominated diphenylether.

Add caption


Bahan terlarang ini berbahaya kepada alam sekitar dan mencemarkan tapak pelupusan sampah. Ia juga mengancam keselamatan pekerjaan ketika proses pembuatan dan pelupusan.

Selain itu, produk syarikat bersifat mesra ozon memandangkan ia tidak mengandungi Kloroflurokarbon (CFC) yang lazimnya terkandung di dalam sesetengah produk aerosol dan boleh memusnahkan lapisan ozon bumi.

Propelan adalah sejenis bahan yang membantu menyembur keluar Produk Pelbagai Guna WD-40 dari bekas tin. Bahan propelan yang digunakan di dalam Produk Pelbagai Guna WD-40 ialah karbon dioksida (CO2) iaitu gas lengai. Penggunaan CO2 juga mengurangkan bilangan sebatian organik tidak menentu di dalam produk sekaligus menjadikannya lebih baik kepada alam sekitar.

Memandangkan penyembur WD-40 adalah bahan mudah terbakar, syarikat melakukan yang terbaik untuk sentiasa mengingatkan pengguna dan paling utama ialah penyembur berkenaan mesti diuji untuk mengetahui jarak mudah terbakar dan pembalikan api iaitu sama ada semburan itu akan berbalik kepada pengguna. WD-40 tidak memberi kesan pembalikan api tetapi ia masih mempunyai keupayaan untuk menyalakan api dan dikategorikan sebagai bahan mudah terbakar.

Menerusi pengguna setianya di 176 negara di seluruh dunia, WD-40 sentiasa berbangga dengan usaha yang dilakukan dalam aspek penjagaan pelanggan serta keprihatinan terhadap alam sekitar yang menjadi sebab mengapa pengguna terus bergantung kepada produk ini dalam menyelesaikan masalah seharian.
 
Selamat untuk seisi keluarga
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk WD-40 atau data teknikal mengenainya, sila rujuk http://wd40.asia.


Tentang syarikat WD-40®

Syarikat WD-40®  adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-hakisan untuk lapisan luar Atlas Missile  (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi tujuan membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, menghilangkan kelembapan dan lain-lain.

Produk syarikat WD-40® sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit. Hari ini WD-40® boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist Automotive.

Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia

Maklumat lanjut dan gambar, sila hubungi Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6012 362 7205
Email chan@greatworksmarketing.com

Marsha
Part Time Blogger Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

You May Also Like

18 sahabat ibu

  1. item wajib ada untuk setiap rumah.

    ReplyDelete
  2. Dipercayai ramai kerana ia berkesan sebagai anti karat, pelindung anti-hakisan membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat dan TB memang akan standby satu dirumah sebab pasti akan guna punya WD-40 ni

    ReplyDelete
  3. ada baca pasal produk ni sebelum ni! suka tentang ciri dia yang mesra alam dan tak ada CFC.. dengan cuaca tak menentu sekarang, kita kena lebih gunakan produk begini!

    ReplyDelete
  4. have not tried this product before. looks promising from your review

    ReplyDelete
  5. Sebelum ni selalu je dengar pasal brand ni tapi tak sangka pulak banyak functionnya. Nanti boleh juga beli letak sebotol dekat rumah

    ReplyDelete
  6. Lia suka sangat WD40 lepas tahu banyak betul kegunaan dia. Kita yang perempuan pun boleh je pakai. Mudah kan!

    ReplyDelete
  7. Ramai dah tahu pasal WD40 ni..kami mmg pakai ni dah lama utk kerja2 kat site

    ReplyDelete
  8. Mmg banyak kegunaan WD-40 ni. Wajib ada kat semua rumah, semua benda boleh pakai.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih kerana menitikberatkan alam sekitar.

    ReplyDelete
  10. benda ni memang perlu ada and memang husband beli ni, best bila tahu its good for environment

    ReplyDelete
  11. Wajib kena ada kat rumah ni.
    Thank you for sharing

    ReplyDelete
  12. Nice sharing. I just know about this. Thanks for the info

    ReplyDelete
  13. Produk mesra bumi....patut ada kat setiap rumah ni...

    ReplyDelete
  14. Bagus WD-40 ni. Kat rumah pun ada satu.

    ReplyDelete
  15. Mmg ada satu kt rumah spare...
    Sebab suami selalu guna

    ReplyDelete
  16. Produk ni bagus, satu rumah, satu WD-40. Hehehe. Bertahun simpan kat rumah. Guna waktu emergency! Pagar sangkut. hahaha

    ReplyDelete
  17. produk yang bagus dan menarik.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)