Minumlah Semasa Anda Berbelanja!!

by - 12/18/2017 08:59:00 PM

Assalamualaikum


Minumlah Juice Works Semasa  Berbelanja!!


Anda lebih baik berhati-hati, anda lebih baik tidak menangis, kereana ada banyak beli belah yang anda perlu lakukan! Kesesakan jalan raya dan saat akhir membeli belah adalah begitu gila sekarang. Bah kan ia menjadi lebih gila.

Adakah kaki anda terasa sakit dan berasa anda tersekat di dalam suasana buruk dengan pelbagai pilihan yang anda lihat? Tibalah masanya untuk anda berehat dan mendapatkan diri anda minuman yang sesuai untuk menghidrasikan badan sebelum menyambung kembali aktiviti membeli-belah.

Sempena dengan musim perayaan ini, Juice Works telah mencipta satu minuman yang istimewa dan berkilau merah! Ia melambangkan semua kebaikkan, kebahagiaan dan kegembiraan manis sepanjang tahun ini. Juice Works berharap nama itu sendiri akan memberikan sentuhan kegembiraan; “Honey, it’s Christmas!” sempena perayaan yang bermakna ini.

Honey Its Christmas dari Juice Works


Smoothie ais bercampur dengan jus embun madu, plum, strawberi, limau dan tambahan bermusim delima mulberi dan delima ruby-merah. Ramuan ini hanya boleh didapati dari 6 Nov sehingga 1 Jan 2018!

Kandungan anti-oksidan yang banyak didalam minuman ini boleh membantu mengecilkan radikal bebas yang jahat didalam badan anda, vitamin C, serat, folat dan kalium juga adalah keperluan untuk badan anda pada musim yang sibuk ini.

Apa lagi, untuk setiap pembelian RM 20 yang and belanjakan di Juice works, anda akan mendapat satu setem. Kumpulkan 5 setem dan tampalkan di kad yang disediakan. Boleh diambil di mana-mana cawangan Juice Works.

Kad yang digunakan untuk mengumpul setem


Cukup 5 setem anda akan mendapat edisi terhad beg kitar semula (ya, ia adalah sangat berguna untuk membeli-belah). Tawaran istimewa ini adalah sah sehingga 31 Jan 2018 atau sehingga stok masih ada.

Beg Kita Semula Juice Works yang Menarik

 Jom kita tengok video beg kitar semula yang ohsem ni...menarik sangat


Oh ya! Tidak lupa juga bahawa ia adalah musim untuk memberikan kegembiraaan kepada semua, Juice Works juga telah menyediakan baucar tunai bernilai RM 10 setiap satu untuk membolehkan anda untuk menghadiahkan kepada orang yang tersayang. Kerana Juice Works tahu, hadiah yang terbaik untuk orang tersayang adalah “hadiah kesihatan” dan cara yang lebih baik dan mudah untuk memastikan orang yang tersayang mendapat nutrien yang terbaik.

Juice Works ingin juga mengucapkan terima kasih atas sokongan semua sepanjang tahun 2017, dan Selamat Menyambut Hari Krismas yan sihat dan Tahun Baru yang hebat!



MENGENAI JUICE WORKS Malaysia



Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangang setia untuk kraf yang mengunnakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.

Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.

Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 29 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.


Untuk maklumat dan imej, sila hubungi
Chan
GreatWorks Marketing

Mobile +6010 295 4802
e-mel chan@greatworksmarketing.com


Marsha
Part Time Blogger
Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018

You May Also Like

24 sahabat ibu

  1. Suka tgk beg dia tu. Cantik.

    ReplyDelete
  2. rasanya tak pernah jumpa lagi juice works ni.. ke, x perasan..

    ReplyDelete
  3. bahan bahan dalam Honey Its Christmas nampak menarik juga :D

    ReplyDelete
  4. Ana dh rasa honey it's Christmas tu. Sedap tau marsha. Best bila boleh collect stampt dan redeem kemudian. Cantik kan beg tu.

    ReplyDelete
  5. Cantik beg tu. Kalau kaki kumpul beg macam saya ni memang berbaloi lah. Bagus jugak bila diaorang buat macam ni - beli air, kumpul setem dan redeem beg. Saya suke :D :D

    ReplyDelete
  6. nampak sedap betul air tu! kena try jugak ni. Sambil tu boleh kumpul dapatkan tote bag tu! hihi

    ReplyDelete
  7. eh apsal sama macam entri lia hehehe memang juice works nampak tempting baru minum 2 hari lepas

    ReplyDelete
  8. besnye dapat beg tu. comey. huice die pon nampak sedap.

    ReplyDelete
  9. Weekend ni Lia nak beli Juice Work kat Queensbay Mall. Tak boleh tahan air dia terliur & nampak sedap.

    ReplyDelete
  10. Okay. Dah ada sebab nak pergi Juiceworks. Air terbarunya sedap.

    ReplyDelete
  11. Juicework ni nampak sangat menggiurkan 😂😂 nasib baik tengah puasa ais kalau tak nak gi cari dah ni

    ReplyDelete
  12. TB baru dengan pasal Juice works ni sejak akhir2 ni je.. minum juice terbaru la ye ni? TB terliur pulak tengok gambar atas tu..

    ReplyDelete
  13. Belum pernah cuba minuman jus kat sini. Paling dekat kat rumah outlet Bangsar. Nampak post semua cakap jusnya sedap. Tak sabar nak cuba!

    ReplyDelete
  14. Akak mmg suka juice work..sebulan mesti minum 5 kali..seminggu sekali sebab ianya berkhasiat..pure fruit juice yg bagus utk tubuh badan

    ReplyDelete
  15. Sal tak pernah try lagi juice works ni..nti nak carik jugaklah sebab, nampak menarik

    ReplyDelete
  16. Minum Juice kumpul stamp boleh tebus beg !wow menrik sungguh promosi dia

    ReplyDelete
  17. Juice works mmg terbaik. Sis pun suka minum juice ni kalau terjumpa di shopping mall

    ReplyDelete
  18. Nyum nyum sedapnya! Yaya suka campuran carrot diorang lagi best sebab diorang cuma gunakan bahan yang fresh sahaja

    ReplyDelete
  19. sedapnya minum jus dari Juice Works ni. sedap! wow..tengah ada promo ni, kumpul stamp dapat beg..kena kumpul jugak ni

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  20. Only tried twice, so far it was acceptable. Very juicy yet refreshing. It's the recycle bag that I'm craving for!

    ReplyDelete
  21. I love fresh fruit juice and this is my favourite too.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)