2D1N StayVacation Escape With The Butterfly Project & Traveloka di The Journal Hotel KL

/
25 Comments


Assalamualaikum



Hari ni dah masuk penghujung minggu kedua tahun 2018. Macamana permulaan hari korang hari ni? Moga semuanya dipermudahkan Allah...Aaamin. Ok arini Marsha nak share pengalaman Marsha join satu program yang sangat awesome dengan The Butterfly Project group pertama kali. Rasa beruntung walaupun masih baru (less than a year) Marsha join komuniti The Butterfly Project, Marsha terpilih untuk join aktiviti bermalam bersama-sama insan hebat dalam komuniti The Butterfly Project. Yang tambah best lagi ia ditaja sepenuhnya oleh Traveloka tau. Nak tau program apa yang Marsha join??




2D1N StayVacation Escape With The Butterfly Project & Traveloka di The Journal Hotel KL





Best tak bila tengok nama program ni?? Tau nampak best sebab join venture dengan Traveloka kan? Tapi serius best in real tau...hihihi. Semuanya ditaja. Dari penginapan, program dan juga makan minum kami. Alhamdulillah syukur sangat. Actually 20 Nov 2017 The Butterfly Project 'Mamasan', Tammy Lim post dekat FB Page The Butterfly Project tentang event 2D1N StayVacation Escape With The Butterfly Project & Traveloka di The Journal Hotel KL. So Marsha cuba nasib isi form dan tak sangka Marsha terpilih sebagai salah seorang peserta butterfly. Hanya 40 perserta dari blogger niche lifestyle yang terpilih. Tak pasti jumlah yang apply tapi Marsha pasti mesti ramai yang apply dan Marsha rasa sangat-sangat bertuah kerana terpilih. A big thanks to Tammy Lim and commitee..💗💗

Hari berganti hari tak sabar nak menantikan tarikh 16 Dec 2017. Seminggu sebelum ke event kebabom ni dapat tau siapa room mate Marsha. Alhamdulillah room mate Marsha sempoi je dan sporting. Like me too....hihihi. Jadi kami mula berhubung dan berkenalan. Nak tau sape room mate Marsha? Seorang lifestyle blogger dari Pulau Mutiara yang popular tau. Korang mesti familiar dengar nama Lia Hasty kan? Haa....itulah gadis comei lote yang menjadi room mate Marsha.

Kebetulan pula blogger terkenal Cik En juga terpilih ke event 2D1N StayVacation Escape With The Butterfly Project & Traveloka di The Journal Hotel KL ni, jadi kami set time travel kesana bersama-sama menaiki ETS. Maksudnya Marsha terpaksa tinggal husband dan anak-anak sehari semalam. Dah la tak pernah tinggalkan famili kecil Marsha ni. Tapi En Suami cakap takpe dia bg 'Me Time' untuk Marsha. Anak-anak dia boleh jaga. Alhamdulillah dapat suami yang sangat-sangat memahami. Love u!!! 💘💘💘

Tiba harinya 16/12/2017, Marsha bergerak ke KL Sentral dengan menaiki ETS jam 720 pagi dari Ipoh bersama Cik En (Cik En naik kat Batu Gajah) dan selamat sampai ke KL Sentral jam 950 pagi. Kami gerak pagi hari yang sama sebab program start jam 10 pagi hingga 11 pagi dengan pendaftaran dan makan-makan ringan. Jadi hanya perlu bermalam satu malam di KL Journal Hotel sahaja. Masa sampai tu dah ramai peserta butterflies yang dah sampai sedang menjamu selera. Memang Marsha tak pernah FTF dengan blogger lain. Majoriti dari KL & Selangor tapi ada yang datang dari pelbagai negara juga seperti Penang dan Perak. Jadi event ni memang sangat bermakna sebab Marsha akan dapat kawan baru. Yeay!!! Masa ni sempat beramah mesra dengan room mate Marsha, Lia Hasty dan Kak SA (Suria Amanda) antara blogger yang awal termasuk Cik En lah...hihi. 


Bersama bloggers hebat dari kiri Lia Hasty, Kak Suria Amanda, Marsha & Cik En

Selesai sesi pendaftaran dan tea break terus dengan jadual seterusnya seperti kat bawah

Itineary



Bila tengok jadual tu sangat best sebab aktiviti lebih kepada santai dan mengenali antara satu sama lain antara blogger dan juga belajar benda baru. Juga ada pengenalan serba sedikit tentang Traveloka dan KL Journal Hotel. Masa registeration Marsha dapat goodies dari Traveloka dan Name Tag. Wah memang teruja sangat.


Goodies Bag From Traveloka


Posing sikit dengan Name Tag Chomel





Welcoming Sesion, Ice Breaking & Bloggers Introduction

Ini adalah aktiviti pertama kami dalam program ni. Melalui aktiviti ni kami diberi sedikit penerangan ringkas tentang program Escape with Traveloka ni. Dengan penerangan yang lebih jelas kami dapat mengetahui objektif program ini. Actually program ini adalah program pertama The Butterfly Project berkolaborasi dengan syarikat yang gah yang berpusat di Singapura iaitu Traveloka. Memang Marsha rasa bertuah sangat terpilih join program yang sangat menarik ni. Sekarang Traveloka telah masuk Malaysia dan masih baru tapi Marsha pasti sambutan hangat di Malaysia dari pengguna-pengguna aplikasi Traveloka khususnya sangat memberangsangkan.

Sesi 'ice breaking' pula untuk mengenali antara blogger dan juga organizer The Butterfly Project juga Traveloka. Ayat bestnya sesi suai kenal....hihi. Kami lakukan beberapa aktiviti yang menyeronokkan dan kat sini nampak semua 'butterflies' sangat sporting...💟💟. Tak kekok pun walau kami semua kebanyakan pertama kali bersua muka. Tak lupa juga games yang sangat sempoi yang sebenarnya memerlukan kita belajar untuk lebih alert.



Talk Pengenalan Tentang Traveloka, Kenali Aplikasi Traveloka & KL Journal Hotel


Selesai 'Ice Breaking' kami diberi taklimat sedikit tentang Traveloka dan juga aplikasi Traveloka oleh serta serba sedikit tentang KL Journal Hotel oleh General Manager KL Journal Hotel sendiri sehingga waktu lunch iaitu jam 1 petang. Taklimat yang sangat menarik kerana melalui taklimat ini Marsha dan kawan-kawan blogger dapat mengetahui lebih detail tentang Traveloka dan KL Journal Hotel. Serius sebelum ni Marsha hanya tau tentang Traveloka tapi tak secara mendalam. KL Journal Hotel pun Marsha baru tahu ada hotel yang ala-ala 'boutique hotel' yang sangat menarik di tengah kota metropolitan. 

Pengenalan Tentang Traveloka

Talk pertama ialah lebih kepada pengenalan tentang Traveloka oleh Traveloka Incharge dan juga Big Bos Traveloka Malaysia. Marsha pasti bila sebut Traveloka mesti ramai pernah dengar kan? Terutama kepada peminat rancangan Asia Got Talent 2017 kerana Traveloka adalah sponsor utama rancangan tersebut. Tapi Marsha nak story sikit tentang Traveloka. 


Talk oleh Big Bos Traveloka Malaysia (Credit to: www.fishmeatdie.com)


Traveloka adalah salah satu platform penempahan tiket penerbangan dan hotel bagi destinasi domestik dan antarabangsa yang mudah secara online melalui laman web atau aplikasi telefon bimbit. Untuk pengetahuan semua, Traveloka adalah salah satu platform penerbangan dan tempahan hotel utama di Asia Tenggara, yang melayani lebih daripada 100,000+ laluan penerbangan dan lebih 100,000 hotel di seluruh dunia. Traveloka bekerja keras untuk menyediakan pelanggan mereka dengan kadar hotel dan penerbangan yang paling murah setiap hari. Best kan? Traveloka memberikan servis yang terbaik buat individu yang suka travel dan melancong. Kita boleh pilih dan rancang percutian serta perjalanan dalam satu website atau aplikasi sahaja. Tak perlu pergi banyak website untuk tempah hotel dan tiket penerbangan. Traveloka ni based kat Singapura tapi sekarang dah ada di Malaysia juga. Jadi boleh lawat Traveloka Malaysia untuk tempahan penerbangan dan juga hotel dalam dan luar negara. 

Terdapat pelbagai pilihan syarikat penerbangan dan hotel di Traveloka ni.  Kalau tengok dekat website Traveloka ni, rasanya lebih dari 20 buah syarikat penerbangan yang ada. Antaranya ialah Air Asia, Malaysia Airlines, Malindo Air, Lion Air, Thai Lion Air, Garuda Indonesia, Jetstar, Thai Airways, KLM, Emirates, Etihad Airways, Bangkok Airways, Vietnam Airlines, Cathay Pacific, Air France, dan banyak lagi.

Untuk hotel pulak ada Pop! Hotel, Favehotel, Tune Hotel, IBIS, Novotel, Aston, Best Western, Whiz, Amaris, Santika, Fragrance Hotel, Mariott, dan banyak lagi. Memang sangatttt banyak pilihan, dari yang bajet hingga ke hotel 5 bintang. Tinggal pilih je ikut kemampuan masing-masing dan duit dalam poket...hihi

Paling menarik, harga yang dinyatakan adalah yang terbaik dan paling kompetetif untuk tiket penerbangan dan hotel di Asia Tenggara di dalam satu platform. Mudahkan! Traveloka menawarkan harga jujur tau maksudnya tak ada 'hidden charge'. Jadi kita bayar dengan harga tersebut tanpa tambahan yang lain. Selain itu, korang juga boleh buat perbandingan harga terus dekat Traveloka.  Yang menarik bagi Marsha, potongan-potongan harga yang sentiasa ditawarkan oleh pihak Traveloka ni sangat menarik. Traveloka memang kerap kali buat potongan harga tau jadi tunggu je sale dari Traveloka.

Website Traveloka Malaysia

Talk yang kedua ialah lebih kepada aplikasi Traveloka yang latest dan mesra pelanggan. Disini kami diberi penerangan cara nak menggunakan aplikasi Traveloka di telefon bimbit. Jadi dengan adanya aplikasi Traveloka ni kita boleh buat penempahan hotel dan penerbangan di mana sahaja. Caranya? Senang sahaja. Sign in dan boleh pilih tarikh penerbangan, destinasi dan buat bayaran melalui debit atau kredit kad. Senang kan? Jadi aplikasi ni boleh di download direct melalui Apple Store untuk pengguna Apple dan Google Store untuk pengguna android. Menariknya download secara PERCUMA sahaja. Banyak sangat tawaran yang ditawarkan oleh Traveloka ni. Jadi boleh tempah penerbangan dan hotel melalui satu aplikasi sahaja. Senang kan?? Jadi jangan lupa cepat-cepat download aplikasi Traveloka yang best ni ya 💕💕



Aplikasi Traveloka di Telefon Bimbit Marsha

Ok korang boleh menonton video dibawah. Ia adalah pengenalan kepada aplikasi Traveloka (Telefon Bimbit) . Wajib tengok tau....💗💗. Jika ada memerlukan pertolongan atau nak baca tentang soalan lazim boleh ke link Traveloka Help Center.



KL Journal Hotel

Talk yang ketiga adalah pengenalan tentang KL Journal Hotel yang terletak di tengah-tengah kota metropolitan di Kuala Lumpur. Betul Marsha belum pernah dengar KL Journal Hotel ni sebab Marsha jarang ke Bukit Bintang. Biasanya selalu ke Putrajaya, Shah Alam gitu je. Jarang menginap di tengah-tengah bandaraya KL. Lagipun harga hotel-hotel di tengah bandaraya ni memang agak pricey kan...hihi.




Menurut Manager KL Journal Hotel, hotel ini berkonsepkan boutique hotel yang stylish berada di tengah-tengah bandaraya KL dan sangat hampir dengan Bukit Bintang. Mempunyai bilik-bilik yang berkonsepkan tentang Kuala Lumpur. Setiap bilik ada gambar lama yang menggambarkan Kuala Lumpur. Sangat unik.



Bilik Marsha dan Lia Hasty

Buku 555 yang Legend

Anatara hiasan dalam bilik



Selesai taklimat dan Q & A kami diberi masa untuk lunch - check in dan ready untuk next class....yang ni tak sabar nak join...💕💕. Jom lunch!!!!



Lunch Time!! - Kedai Kopi Journal


Hahahahaha....ini time yang seronok ialah makan. Pelik kalau orang kata makan tak seronok..hahaha. Ok untuk lunch kali ni unik tau sebab bukan buffet. Kami makan ala carte tau boleh order-order..hihi. Menunya ialah:


1) Malaysian Style Curried Butter Fish and Chip
2) Spicy Grilled Beef Bolognese Sandwich
3) KKG Signature Wagyu Beef Burger
4) Pan Fried Chicken Chop & Pilaf Rice
5) Spaghetti Arabiata


Jadi Marsha pilih lain pada lain sikit iaitu KKG Signature Wagyu Beef Burger . Marsha tak pernah cuba lagi Wagyu Beef sebab tau harga dia mahal ya amat...hihi. Jadi tengok menu ada Wagyu Beef Burger so Marsha pilih menu ini untuk set lunch Marsha. Biasa makan nasi kali ni kita western plak.....hihihi. Air pun sedap ada air special tapi Marsha tak minum sebab tengah pantang ais so air suam saja....hihihi. Rasanya sedap macam rupanya jugak. Juga ada buffet snack dan juga dessert. 

Nyummy kan???



Lepas kekenyangan kami diberikan kunci bilik dan boleh check in - refresh diri untuk bersedia kelas lepas ni. Masalahnya bila masuk bilik kami tak rest tau sibuk dok amik gambar bilik. Memang cantik bilik dia dan rasa sangat selesa. Lepas bergambar dengan room mate Marsha, Lia Hasty kami baru rest...hahahaha. Dedua jenis suka bergambar...keke




Perasmian Program Escape With Traveloka Simbolik Butterfly

Ini pun satu aktiviti yang sangat menarik. Aktiviti perasmian ni dimulai dengan melepaskan satu sangkar rama-rama yang cantik sebagai simbolik of The Butterfly Project. Sangat sweet. Simbolik The Butterfly Project. 


Sesi simbolik Butterflies



Perasmian ni dijalankan sebelum kami memulakan workshop kami dan terus buat sesi fotografi official. Memang semua butterflies nampak happy dan sangat teruja.


All of US!! Credit to: www.fishmeatdie.com







Ok Here We Go With Workshop!!


Lepas settle sesi fotografi kami menuju ke kelas masing-masing. Kelas masing-masing? Ya kami join kelas berasingan. Lia join kelas Floral Watercolor dan Marsha join kelas Travel Journaling Workshop anjuran OrangeBerry. Kelas ni memang Marsha pilih sebab Marsha suka travel. Jadi kelas ni sudah dibooking awal sebelum hari program sebab kena sediakan gambar travel sendiri. 




Actually ada beberapa kelas untuk program ni iaitu:

1. Bathbomb & Scrub Workshop @ Wunderbath
2. Leather Passport Holder Workshop @ DiyKL
3. Travel Journaling Workshop @ OrangeBerry
4. Watercolour floral Workshop @ Black Milk Project

Tapi Travel Journaling Workshop juga menjadi pilihan Marsha...hihi. Masa sangat mencemburui sebab masa yang diberikan dari jam 3 hingga 6 petang sebenarnya singkat. Rasa kejap je. In between jam 3-6 petang kami ada tea break pun sedap-sedap menu dia. 


Minum petang kami

Jom layan pic Marsha dan Lia masa kelas walaupun kelas kami berlainan. Hasilnya.....




Antara hasil peserta group Art Journaling Class
Lia Hasty bersama Floral Class member (Credit to: www.fishmeatdie.com)

Selesai kelas kami naik ke bilik untuk mandi, solat dan bersiap-siap untuk dinner malam nanti. Sebelum datang ke event ni kami dah diberitahu semasa dinner akan ada sesi pertukaran hadiah dan kami diminta membeli hadiah ikut range harga untuk tukar-tukar dengan room mate. Jadi Marsha dah belikan set bodywash yang sangat cantik untuk Lia. Nak tengok gift Marsha untuk Lia jom baca entry Lia, LiaHasty.com. Jangan lupa komen dan follow tau.


Dinner & Exchange Xmas Gift


Tepat 730 kami turun ke Kedai Kopi Journal bersama-sama dengan xmas gift kami untuk dinner. Menu dinner kami disediakan dengan buffet yang sangat enak. Macam-macam la ada dari main dish sehingga dessert. Semua sedap. Buat yang tengah diet memang wajib buat 'cheat day'.....hahahahaha. 


Sambil menjamu selera sesi perukaran hadiah dijalankan. Kami bertukar-tukar hadiah dengan room mate masing-masing. Jadi Marsha bertukar hadiah dengan Lia. Nak tau tak hadiah kitaorang?? Hadiah yang Marsha bagi Lia boleh lawat entry Lia di LiaHastydotcom ya.



Jom Exchange Gift!!

Hadiah dari Lia untuk Marsha. I love it!!

Then, selepas dinner kami bebas untuk masa sendiri. Ada yang keluar lepak kat bukit bintang, ada yang lepak dekat pool dan ada lepak layan live band.  Marsha, Lia dan Kak SA lepak kejap layan live band dan  lepas tu kami naik bilik. Lepak bilik kemudian lena.....hahahahahaha. 

Layan Live Band



Sayonara Butterflies!!


Esoknya program santai sahaja. Disebabkan sesi bergambar dan Q & A sudah dijalankan di hari sebelumnya jadi kami hanya turun breakfast, chatting dengan rakan-rakan bloggers dan berposing-posing di area KL Journal Hotel yang sangat menarik ni. 



Sempat chit chat dengan Butterflies 

Kemudian tepat jam 1200 tengahari Marsha checkout sebab tiket ETS Marsha balik ke Ipoh jam 2 petang. Sayang nak tinggalkan The Butterflies dan dalam masa yang sama tak sabar nak balik jumpa yang tersayang. Big hug & thank you buat The Butterfly Project comittee sebagai organizer dan juga Traveloka sebagai sponsor. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang Marsha ceduk dan dapat selama program dua hari ini. Semestinya Marsha akan merindui momento di KL Journal Hotel ni. Jom kita balik Cik En...💓💓 

Bubye Rom Mate!! Nanti jumpa lagi ya!!


Last pic bergambar sebelum checkout



Sebeleum mengundurkan diri, Marsha nak mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang terlibat dalam program terbest yang Marsha join ini:


The Butterfly Project


Traveloka Malaysia
Instagram: @/travelokamy


KL Journal Hotel
Facebook: The KL Journal
Instagram: @thekljournal


Orange Berry
Laman web: http://www.craftsbyorangeberry.wordpress.com
Email: craftsbyorangeberry@gmail.com
Instagram: @orangeberry17







Marsha
Part Time Blogger Review Product & Place
Lifestyle, Parenting, Travel, Health & Beauty Blogger
Shaklee ID shoot to Master Coordinator 2018


You may also like

25 comments:

  1. wow bestnya ..next time nak join juga

    ReplyDelete
  2. bestnya kak.. takde rezeki boleh join lagi.. part diy tu best.. hehehe :D

    ReplyDelete
  3. Bila baca catatan ni rasa seronok juga kalau bercuti dalam negara walaupun di kota raya sesibuk KL tu. Pengisian program juga hebat...

    ReplyDelete
  4. bestnye dpt join event camni kannn....

    ReplyDelete
  5. wah bestnya Marsha..satu pengalaman yang amat berharga kan :)

    ReplyDelete
  6. Bestnya join2 event sebegini. Dpt eratkan hubungan sesama blogger. Tambah2 banyak pulak aktiviti yg menarik dlm tentatif tu. Serious best !

    ReplyDelete
  7. Jelesnya tgk akk join event ni.. 😍 nanti ada rezeki nak join jgk sambil jumpa rkn blogger..

    ReplyDelete
  8. Syiokknya dapat join aktiviti serta event mcm ni. Sis kalau ada peluang memang nak join aktiviti2 mcm ni so boleh kenal2 dgn rakan2 blogger yg jauh dan dekat. Satu lagi dapat dok hotel best2 pulak tu

    ReplyDelete
  9. Nampak semuanya happy dengan aktiviti The Butterfly Project ni.. bestnya kalau dapat join seklai.. hehe

    ReplyDelete
  10. Waaaa untuk hotel yang tak terlalu besar, luaslah bilik dia.

    ReplyDelete
  11. banyak aktiviti yg menarik dalam program ni . The KL Journal pun cantik tempatnya dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.

    ReplyDelete
  12. bestnya..macam-macam aktiviti korang buat ye..

    ReplyDelete
  13. OMG that burger...T.T making me hungry...i feel so left out for not attending this..huhuuhuh..all of you all look like you had so much fun...

    ReplyDelete
  14. Terharu bila awak sebut nama kita. Rasa nak jumpa lagi & peluk lah.. huhuhu Hopefully dapat jumpa lagi next event.. muah muah

    ReplyDelete
  15. Oo..kena isi form ek kalau nak join. Ingatkan dia main pilih camtu je

    ReplyDelete
  16. Nampak korang benar2 enjoy menyertai event ni. Bestnya teringin nak join huhuhu

    ReplyDelete
  17. Rawlins takde rezki pergi hari tu tapi tengok perkongsian uols semua, memang terasa best giler gathering macam nie kan

    ReplyDelete
  18. bestnya..tgk kat ig ramai yg share masa program ni, meriahhh..jeles tgk...

    ReplyDelete
  19. Bestnya aktiviti yg Butterfly Project buat...
    Yang paling penting KL Journal tu pun nampak ohsem sgt utk staycation kab

    ReplyDelete
  20. looks so fun. I miss going event like this

    ReplyDelete
  21. best yer dapat "me time" dengan rakan-rakan blogger

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. Hai Kak marsha. tak sempat nak kenal2 dgn akak. masa nak balik je dapat. tu pun sekejap jeee. alaaaa

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen. Moga dimurahkan rezeki semua. Tunggu saya terjah balik yer..:)